"Assalamualaikum." Emir mengetuk pintu dan memberi salam.
"Waalaikumsalam. Masuk."
Emir membuka pintu dan masuk.
"Kau buat apa kat sini?" Aku segera menapuk kaki ku yang sedang diurut Aisy sebentar tadi.
"Aku jenguk kau lah. Nanti apa pulak kata tetamu tentang aku. Dikata pulak tak pandai jaga bakal bini aku." Kata Emir seperti mahu mencari pasal.
"Ok lah. Kau dah nampak aku ok kan. So,keluar lah sekarang." Halauku. Actually nak lindungi aurat aku ni.
"Kau ok kan. Ok lah. Jom Emir. Take care girl." Ryan menarik tangan Emir secara paksa.
"Apsal kau tarik tangan aku ni." Emir menarik tangannya.
"Kau ni tak perasan ke? Hasya tu nak urut kaki dia. Tu yang dia minta kita keluar cepat."
"So? Urut kaki je pun." Kata Emir yang masih tidak faham dengan situasi.
"So...dia tak nak lah aurat dia dinampak. Kamu dua kan belum kahwin lagi." Ryan menjentik kepala Emir.
"Adui!" Emir mencebik.
"Dah faham kan."
"Faham dah. Aku otak aku ni loading sikit." Emir menyapu kepalanya yang kena jentik Ryan.
"Jom lah. Baik kau layan tetamu dulu. Dah cukuplah tu nampak Hasya ok."
Kata-kata Ryan Kali ini seperti orang matang. Biasanya, gaya dia ni lah paling tak boleh blah.
"Emm...ok."
Emir melayan tetamu yang datang walaupun hanya keluarga terdekat. Well, Emir lah orang paling ramah dalam keluarga. So, tak kekoklah dengan keluarga saudara mara dia.
**********
"Wowww! Boss caring lah. Tak pernah lah nampak boss begitu. You are lucky girl Sya." Siew Lin menyiku ku.
Aku tersipu-sipu malu.
"Tapi aku nak tau lah,kenapa kau terima dia ye? Sebelum ni,bukan main kau cerita kat aku yang boss kau tu beginilah,begitu lah. Siap curse boss Kau lagi tu." Kata Aisy panjang sambil ketawa.
"Yang curse tu tiada ye. Rasa nak lempang boss aku je tau. Jangan nak lebih pulak." Aku membetulkan sedikit fitnah. Hahahhahaha.
"Aku pun nak tau lah." Siew Lin pandang aku dalam.
"Kau faham-faham je lah Siew Lin. Aku ada solat istikharah dan jawapan solat aku tu, aku rasa aku mimpi tentang Emir. Tu je lah sebab dia."
"Apa lah yang kau tengah mimpikan dia tu?" Aisy membuka muka seperti mahu tau.
"Sibuk je lah kau. Tak yah lah kau tau. So,aku takde reason yang betul pun." Kataku yakin.
"Kau tak sayang boss ke?" Soal Siew Lin ingin tahu.
"Sayang sebagai employer aku je lah. Kalau nak suka sayang dia tu, aku tak terfikir pulak."
"Baik Kau fikir tentang tu. Dia tu bakal husband kau. Kau kena lah belajar sayang dia. Barulah kasih sayang tu wujud antara korang." Kata Aisy mengingatkan aku.
Aku berfikir sejenak.
Betul jugaklah apa yang dia cakap tu.
"Ok lah. Aku cuba." Jawabku acuh tak acuh. Acah macho gitu.
"Good." Siew Lin dan Aisy memberi thumbs up.
Sekepala lah kawan aku dua orang ni.
************
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
De Todo-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...