Bab 56

5.4K 173 5
                                    

Tibalah hari di mana Aisy akan tinggalkan aku.

Huarghh!!!

Dah jadi milik orang dah kawan aku satu ni.

Dia ada cakap kat aku.

"Sya,aku dah nak jadi bini orang minggu depan. So,minggu ni aku nak balik rumah dah dan bawa semua barang aku balik. Terima kasih jadi housemate paling rare dan sporting Sya. Kau tak lah baik sangat tapi aku tau kau kawan paling setia pernah aku jumpa.

Take care Sya. Lepas ni kita dah ada haluan hidup masing-masing. So,jangan lupa aku tau." Aisy memeluk aku sebab malam tu dia dah nak balik ikut abang dia.

Aku membalas pelukannya.

"Gembiranya aku jumpa kau. Lain masa kita lepaklah sama-sama kan. Pergi bercuti ke sama-sama. Kau jangan risaulah. Kalau aku dah kahwin pun, tak kan ke mana pun aku. Kat area KL ni jugak."

"Kau ni buat aku nangislah." Aisy mengelap air matanya yang jatuh berjuraian.

Hek eleh! Dia yang menangis pulak. Padahal kata-kata aku tadi tak lah sedih mana.

"Nah,untuk kau. Bantal couple gitu untuk kau. Aku punya colour ungu and kau colour biru. Your favorite colour." Aku memberi dia bantal berbentuk hati berbungkuskan beg.

"Thank youuuu...and ini untuk kau. Baju blouse colour putih hitam. Sama jugak dengan aku tapi saiz lainlah." Dia turut sama memberikan aku beg hadiah yang berisikan baju itu.

"Memang lah saiz lain. Aku tinggi kau tu pendek. Of course lah baju aku saiz lebih besar. By the way,thank you so much. Jumpa lagi nanti ye." Air mataku mau turun tapi ku tahan.

"Byeee...jumpa lagi. Jaga rumah kita hingga sebelum kau kahwin ye." Aisy naik ke dalam kereta.

Aku hanya mampu melambai dan hadiahkan senyuman sebab aku dah tak mampu nak kata apa. Takut aku yang menangis pulak.

Aku masuk ke dalam Rumah selepas kereta Aisy hilang diperkarangan.

"Dah jalan dah kawan Ain?" Soal Puan Rusna sedih.

Aku hanya menggangguk. Tidak mahu mengatakan apa-apa kerana takut air mata yang bertakung ni jatuh kat depan mak.

Itu seminggu lepas but now. Aisy betul-betul dah jadi milik orang.

Pengapit diorang ni adalah aku dan Emir atas permintaan si pengantin baru tak tahu malu ni.

Menyampah aku jadi pengapit diorang ni. Baru je lepas lafaz akad dah panggil sayang abang gitu.

Mesti terus macam tu ke? Ishh...tak kuasa betul aku.

Bukan tu je. Ada lagi. Aku yang jadi pengapit ni yang...

"Sya,Emir. Ambil gambar sekali." Aisy mengajak kami sekali bergambar.

Padahal orang tu nak bergambar dengan pengantin. Dia boleh pulak ajak kami sekali.

Aku yang penat jadi pengapit diorang ni. Penat urus perangai mengada diorang ni.

Tapi takpe,yang penting Aisy happy.

"Tibalah masa untuk memotong kek. Pengantin bagai di pinang dua meh sini."

Pengacara ni pulak si Ryan sebab dia yang nak. Tak malu betul lah dia ni. Nasib baiklah mulut ala-ala makcik bawang.

Selesai semuanya, barulah aku jumpa Aisy sendirian sebelum balik.

"Aisy,jaga laki kau tu baik-baik. Laki kau tu kawan aku jugak tau. Aku pun tak taulah bila korang dua ni sangkut tapi aku doakan korang hidup bahagia aman sentosa. Take care Aisy. Bye."

Aku memeluk Aisy erat. Aisy pulak sudah menangis teresak-esak. Senang sangat dia ni nangis kalau bab keluar air mata ni.

"Apa kau buat kat bini aku tu Sya sampai nangis macam tu? Kau pukul dia erkk..." Tiba-tiba suara menyapa dan semestinya Tengku Adam lah. Dah dia kata 'bini aku'.

"Takde masa aku nak pukul dia ni. Aku bagi kata-kata yang menyayat hati gitu. Well,take care kawan aku ni baik-baik. Kalau dia ada mengadu kat aku pasal kau, siap kau aku kerja kan."

"Don't worry lah. Aku akan jaga dia macam nyawa aku." Tengku Adam mengenyitkan matanya pada Aisy.

Aku yang ternampak adegan menyampah tu terus keluar dengan segera. Meluat aku macam nak muntah tengok adegan tu.

Aku harap korang bahagia dunia akhirat. Semoga Allah memberi kebahagian dan perkahwinan korang ni sentiasa dalam lindungan Allah.

***********

Huarghh!!!

Mengantuk aku ni memang tak boleh tahan. Macam tak tidur seminggu padahal tidur jugak aku semalam.

Berkali-kali aku ke tandas membasuh mukaku tapi mengantuk tahap dewa ni tak hilang jugak.

Aku menongkat mukaku dengan tanganku. Mataku terkebil-kebil menahan mengantuk yang amat ini.

"Hello. Takkan awak kerja ni setakat makan gaji je. Tak nampak pun awak buat kerja." Kutuk orang itu.

Aku yang menyedari suara sumbang itu terus mendongak. Dah agak dah,perempuan jalang tu datang lagi.

Baru berapa hari datang,dah datang lagi.

"Excuse me, miss. Do you need anything?" Soalku sinis.

"Nak jumpa dengan Emir."

Hek eleh minah ni. Kalau perangai tu cantik macam muka dia kan bagus. Tapi perangai dia ni tak boleh bawa bincang. Buat aku naik panas je. Hurm!

"Ada appointment? Sebab ada staff jumpa dia kat dalam." Aku cuba bercakap seperti biasa. Marah Ku tahan.

"Ok."

Nadine terus menerjah masuk ke office Emir.

Aku yang melihat perbuatan nya yang sedemikian terkejut habis. Aku cuba menghalangnya tapi tidak sempat.

"Emiiiiiir..." Nadine yang masuk menerjah itu terus memeluk Emir.

Aku dan staff yang ternampak adegan itu terkejut.

Emir jugak begitu. Emir terus berdiri menolak Nadine.

Nadine terdorong ke belakang.

"Awak tak rindu I ke? Kita kan dah lama tak habiskan masa bersama. Awak ingat tak kenangan kita masa kita sambung belajar kat London. Mesti awak ingatkan. Ni cincin yang awak bagi masa lamar I kat sana."

Nadine sengaja mengatakan semua itu kuat-kuat. Dengan tangannya yang siap menunjukkan cincin di jari manisnya.

Apa ni? Aku tak faham. Apa kejadah semua ni?

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now