Bab 52

6.3K 162 11
                                    

"Sya, bangun!" Emir membangunkan aku dengan memercikkan sedikit air ke muka ku.

"Emm." Aku mengerdipkan mataku berkali-kali.

"Dah sampai. Cepat lah keluar."

"Oh,dah sampai." Aku segera keluar dari kereta dan meregangkan sedikit badanku.

Aku melihat sekeliling.

Ini rumah Emir? Kenapa kat sini? Bukannya nak singgah mall beli cincin?

"Aik?! Tak jadi beli cincin ke?" Soal ku dalam nada marah.

Siapa yang tak marah bila orang dah semangat nak tengok cincin yang cantik berlambak di kedai tu.

"Aku dah beli kan kau time outstation. Janganlah marah ye. Aku belikan khas untuk kau cincin tu. Kau tengok lah nanti kat beg kertas hitam di seat belakang." Terangnya.

Aku mencebik.

Aku baru je nak semangat gambar cincin yang berlambak di kedai cincin tu and then post kat instagram.

"Ok lah." Suaraku mendatar. Hampeh doh.

"Jangan lah merajuk ye. Nanti cincin kahwin kita pilih sendiri ye. Kau ok tak ni?" Soal Emir yang dari tadi hanya memandang ku.

"Mm...ok. Jom lah masuk, bantu-bantu kat dalam. Lusa kan kita ada event." Aku terus cepat-cepat meninggalkan Emir.

"Marah lah tu." Kata nya dalam nada kecil.

Dia terus cepat-cepat masuk ke rumah.

************

Selepas semua persiapan super speed punya dah selesai.

Tiba lah masanya.

Tup! Tup! Tup!

Dah hari event aku. Majlis tunang je pun.

Tapi berdebar lah.

Aku didandankan dengan baju kebaya putih dan make up yang nipis.

Tak perlu nak tebal macam mak nenek nak hilangkan kedut di muka. Nipis dah ok. Nampak cantik kot.

"Cantiknya anak mak ni." Mak memeluk ku.

"Mak ni. Mestilah anak mak ni cantik. Tengok lah mak Ain ni, cantik jugak orangnya." Aku memuji mak sambil membalas pelukan mak.

"Dah lah tu. Majlis dah nak mula ni. Walaupun majlis kecil-kecilan ni jemput family je tapi Ain mesti jaga adab sopan tau." Nasihat mak.

"Ok mak. Tapi kan,mak nasihat ni macam Ain ni dah nak kahwin pulak."

"Kahwin kah tidak. Mak tetap risau tau tentang Ain." Mak memukul belakang ku.

"Janganlah risau ye mak. Ain tak kan buat kecoh lah. Jomlah turun mak." Aku memaut lengan mak.

Mak memberi thumbs up dan turut sama untuk turun ke bawah.

************

"Hok aloh, handsome lah kawan aku ni." Ryan memukul-mukul belakang Emir kuat.

Emir mengelak dari belakang nya berterusan dipukul.

"Sakitlah siot. Aku ni pakai apapun tetap handsome lah." Emir memuji diri sendiri.

"Dahlah tu bro. Sepatutnya kau yang dah turun dulu sebelum Hasya ni. Cepat-cepat!" Tengku Adam menarik tangan Emir.

"Ok ok. Jap." Emir membetulkan dahulu sampingnya dan songkoknya di hadapan cermin panjang.

"Dah handsome dah tu. Jom." Kata Ryan.

"Ok." Emir keluar dengan yakinnya. Padahal dalam hati tu, dah macam nak tercabut jantung tu.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now