Yeah!!! Dah sampai rumahku.
"Terima kasih." Aku terus keluar dari kereta dan mengambil barangku di tempat duduk belakang.
"Wait! Aku nak kau fikirkan apa yang aku cakap tadi." Kata Emir.
Fikir apa erk? Ntah. Tak kisah aku.
Aku hanya menggangguk. Dan terus meninggalkan Emir. Tak kuasa nak lama-lama duk sama dia. Nanti kat office jumpa lagi.
"Sya! Bakso kau tinggal." Emir memanggilku kembali.
Aku menoleh. Bila masa aku beli bakso lagi?
"Aku takde beli lah. Lagipun bila masa kita singgah tadi?" Soalku.
"Aku yang beli awal pagi sebelum kita jalan tadi. Untuk kau dengan kawan kau." Emir menghulurkan bungkusan itu.
Siapa yang tak mahukan. Aku ambil lah. Namanya jugak rezeki.
"Terima kasih." Aku menyambut hulurannya.
"Bakso cinta kuah cinta ya. Sama-sama." Emir mengenyitkan matanya.
Dah kenapa mamat ni? Gila dah agaknya.
"Pergilah balik. Nak siap-siap untuk masuk office lagi." Arahku. Malas mau hadap dia lama-lama.
"Jumpa kat office. Nanti ada meeting jam 10. So,datang sebelum jam 9.30." Dah keluar dah arahan CEO kita ni.
"Orait boss." Aku tabik hormat.
Kereta Emir terus hilang dari pandangan.
"Arghhh..." Aku menggeliat kuat. Sakit badanku duduk lama dalam kereta. Padahal lebih kurang 1 jam je pun.
Pintu rumah tiba-tiba terbuka. Terjegul muka Aisy.
"Hai Aisy. Assalamualaikum." Aku tersengih tengok wajah cemberut Aisy. Rindu lah tu.
"Waalaikumsalam Sya. Rindunya aku kat kau." Aisy terus berlari dan terus mendakapku kuat.
"Sakitlah Aisy."
"Sakit ke? Sori." Aisy terus melepaskan dakapannya.
"Aku nak masuk dulu. Nak pi office lagi jam 9 ni."
"Ala...cerita lah ngan aku. Baru jam 8 kot." Aisy mencebik.
"Nanti malam lah kita cerita ye. Aku ada meeting jam 10 ni." Aku memujuknya. Kesiannya kawan aku sorang ni.
"Ok lah. Nanti kau kena marah dengan boss kau kan. Tapi kan...siapa yang hantar Kau balik tadi? Aku sangka kau naik bas."
Kali ni si penyiasat tak berbayar ni pulak nak siasat aku. Harap dia tak lah ejek-ejek aku.
"Boss aku." Selambaku sahaja menjawabnya. Kalau dibiar berlarutan, memang tak pergi kerja aku ni dibuatnya.
"Kenapa dia hantar kau? Ke dia ikut kau pi sana jugak seminggu ni?" Soalnya lagi.
Tak boleh jadinya. Banyak soal lah budak ni.
"Nanti malamlah kau tanya aku. Aku nak pi bersiap ni." Aku cuba melarikan diri dari soalannya.
"Ok ok. Nanti malam kau jawab erkk. Jangan kau lari pi tidur sudah. Aku tau,kau tu suka mengelak."
Aisy ni dah makan memang dengan sikap aku yang suka mengelak ni.
"Yelah-yelah. Kau pi lah makan sana. Ada bakso yang dibelikan Emir tu." Terpaksa lah akur dengan anak satu ni. Kalau tak...memang dicarinya aku sampai lubang cacing.
**********
"Kenapa aku nak ajak dia kahwin?" Gumamku sendiri.
"Bukannya aku nak balas dendam sebab dia pernah tendang aku? Tapi kenapa aku rasa tak nak balas dendam ye? Takkan lah aku dah suka kat dia. Tak mungkin tapi boleh jadi."
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
De Todo-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...