Bab 36

6.1K 170 3
                                    

"Emir,duduk dulu. Mami nak bincang sikit pasal kamu dengan Hasya." Kata Datin Zulaikha yang sudah duduk di sofa.

Emir yang baru habis kerja terus dipanggil. Mustahak ke benda tu?

"Kenapa mami? Nak tanya pasal keputusan Hasya ke? Baru je kemarin petang jumpa, takkan lah dah tanya pulak kan." Usik Emir. Emir terus mengambil tempat di sebelah Datin Zulaikha dan menghirup teh susu sejuk yang disediakan.

"Mami pun tau lah. Takkan lah si Hasya tu terus buat keputusan. Dah dia kata nanti. Nantilah tu. Cuma mami risaukan anak mami ni.

Betul ke kamu nak kahwin dengan dia ni? Kamu yang nak kan. Jangan pulak mainkan anak orang. Kang mami yang susah pulak." Kata Datin Zulaikha panjang lebar.

Emir terus berhenti menghirup teh dan terus meletakkan kembali di atas meja.

"Jujur Emir kata lah. Emir tak suka pun Hasya. Maksud Emir belum sukakan dia dan tak benci dia pun. Tapi Emir rasa dia yang terbaik. Emir dapat rasakan yang dia jodoh Emir.

Emir rasa Allah bagi petunjuk kepada Emir untuk berubah kembali dan hantar Hasya sebagai orang yang mampu merubah Emir jadi lebih baik. Emir buat semua ni kerana Allah.

Allah dah aturkan segalanya. Andai Hasya tu jodoh Emir,takkan jauh ke mana pun. Tetap jodoh Emir jugak walaupun bagaimana masanya pun." Luah Emir sejujurnya. Panjang luahan yang terbuku di hatinya.

"Mami suka lah dengar Emir cakap macam tu. Andai dia jodohku...aiseh. Comel je anak mami ni mengayat. Harap hati Hasya pun cepat cair dengan ayat super power Emir ni." Datin Zulaikha mengusik Emir sambil ketawa terkekek-kekek.

Emir terus menghirup teh susu sejuk dihadapanya. Terasa bahang di muka selepas diusik mami kesayangannya. Malu lettuw anak manja.

"Dahlah Emir naik dulu. Nak mandi. Tak lama lagi masuk waktu maghrib dah." Emir terus bangun dari duduknya selepas menikmati minum petangnya.

"Mmm...yalah. Pergilah mandi. Dah bau dah Emir ni."

"Ehhh...masih harum ye. Cuma nak bersihkan diri je untuk solat maghrib." Balas Emir yang tidak mahu mengalah pada Datin Zulaikha.

"Yelah Emir. Dah dah. Pi mandi. Lepas solat tu,siap-siap ye. Teman mami ke kenduri anak kawan mami."

"Oklah mami ku sayang." Emir terus membimbit beg nya menaiki tangga menuju ke biliknya yang berada pada bilik pertama.

Datin Zulaikha hanya menggeleng-geleng kepala. Satu-satunya anak yang masih dengan dia. Apalah agaknya khabar dua anaknya yang dah lama tak jumpa tu.

**********

"Mak rasa kamu patut terima je pinangan boypren (boyfriend) kamu tu. Lagipun mak tengok dia tu baik-baik je. Tak macam lelaki kat luar sana."

Mak mengambil tempat di kerusi hadapanku.

"Makkk...jangan terus terima je. Ain nak istikharah dulu minta petunjuk. Nanti-nanti dia bukan jodoh Ain. Habis rumah tangga kami retak seribu. Mak jugak yang bising nanti. Ain tak nak hidup camtu." Balasku.

Aku menghirup nescafe panas yang terhidang sambil menikmati nasi lemak power sedap mak.

"Mak bagi cadangan je. Bagus sangatlah tu. Kalau boleh setiap hari buat solat istikharah tu. Biar dapat petunjuk cepat."

"Emmm...yelah mak. Orang ni banyak benda nak fikir. Dah lah main terima pinangan orang je. Silap-silap, lelaki kahwin dua pun diterima. Tak pun duda tua anak sepuluh." Ejek ku sambil mata mengerling mak.

"Eh eh... Dah si Emir tu boyfriend kamu, takkan lah nak tolak pinangan dia. Mak terima lah. Mungkin dia tu tak nak lah menggatal lama-lama anak dara orang, biar kahwin terus. Kan senang." Kali ni mak marah. Membebel lagi.

Aisy yang menyaksikan dua beranak ni hanya terkerdip-kerdip.

"Ok lah mak. Mak menang. Apa-apa pun. Ain tetap nak istikharah dulu. So, Ain akan bagi keputusan sendiri lepas istikharah. Mungkin seminggu lagi kot." Kataku dengan keputusan muktamad di tangan. Padahal di tangan ni ada nasi lemak je sekarang ni.

"Baguslah tu nak. Mak pun malas nak perang mulut dengan kamu ni. Mudahan keputusan istikharah kamu tu baik-baik je." Mak terus menyuapkan nasi lemak. Mahu mematikan perbualan yang macam mau perang dunia ketiga.

"Makcik nak tahu tak. Si Hasya ni selalu menang je kalau perang mulut ni tapi hebatlah makcik. Kalah si Hasya ni oleh makcik. Mesti perangai perang mulut ni Hasya ambil dari makcik kan." Kata Aisy selepas menghabiskan nasi lemak yang dikunyahnya.

Kami semua ketawa mendengar kata-kata Aisy.

"Memang begitu kalau kak Ain ni dah balik. Mesti ada je perang kat rumah ni. Tak tenteram Man nak belajar." sambung Aiman lagi.

"Eh,tau jugak kau belajar erkk." Kutukku sambil menyiku lengannya.

Aiman mencebik. Tak suka lah tu dikutuk.

"Bagus nya Aiman. Belajar rajin-rajin. Kalau keputusan Aiman bagus, kakak bawa Aiman ke KL lawat-lawat tempat dan pergi mall." Kata Aisy.

Aiman menggangguk laju.

"Nakkkk!"

Aku hanya tersenyum. Baguslah tu. Biar dia ni rajin belajar. Ada jugak inspirasi nak belajar bagus-bagus.

*************

"Assalamualaikum semua." Datin Zulaikha yang memberi salam menyebabkan semua mata tertancap pada Datin dan Emir.

"Waalaikumsalam. Dah sampai pun kawan baik aku ni." Kata Datin Farhani terus memeluk Datin Zulaikha.

"Dah lama tak jumpa ye. Sibuk je kebelakangan ni." Kata Datin Farhani terus menarik tangan Datin Zulaikha menuju ke sofa berdekatan.

Semestinya,Datin Zulaikha ikut je lah. Terlupa pulak anak yang satu tu.

Aku? Tinggal sendiri je. Mak ni. Dah lah minta temankan ke kenduri kawan dia,kita pulak ditinggalnya sendiri. Desis hati Emir.

Emir terus keluar menuju ke kolam luar berdekatan taman bunga. Mengambil udara segar lah katakan.

Ting!

WhatsApp masuk.

'Emir,kau tak boleh ke jelaskan dengan mak aku yang kita dua ni tak couple pun.' -Hasya

Emir tersenyum sinis sambil tangan ligat menaip.

'Nope. Benda dah jadi. So,kau kena lah terangkan sendiri kalau nak kecewakan mak kau.'

Data di offkan. Saja nak sakitkan hati orang yang jauh nun di sana.

Emir meregangkan badan yang sedikit lenguh. Terasa lelah badan bila penat kerja terus pergi jalan lagi.

"Excuse me, that's you Emir?"

Emir terus menoleh ke belakang. Matanya terbuntang. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now