Bab 23

6.1K 186 5
                                    

"Esok dan hari ni saya bagi cuti. Sebab Tuan Ehsan tak boleh meeting dengan kita esok atas urusan yang penting. So,have a great time,guys."

Senyuman Emir hari ni manis semacam. Kelihatan ikhlas. Dan hari ni pun dia nampak happy semacam pulak.

"Thanks boss. So,boleh lah ni kami round Melaka untuk hari ni dengan esokkan,boss?" Soal Kate. Kena pastikan dulu,takut boss marah kat kami pulak.

"Didn't I already say that you can have a great time for today and tomorrow? So,you can enjoy." Emir memberi jawapan yang menggembirakan untuk mereka.

Woww...speaking english lah Emir. Of course lah kan sebab dia CEO.

"Terima kasih banyak boss. Ini yang buat kami sayang sangat kat boss ni." Aku melekapkan kedua belah tapak tanganku. Yayy!!! Boleh lah putar Melaka puas-puas.

"Tapi bersyarat."

Aku, Kate dan Izhar terus memandang boss. Ada syarat?

"Hasya kena temankan saya untuk round area Melaka esok. Dan korang semua mesti datang ke Shore Sky Tower malam ni sebab ada event." Emir tersenyum puas.

Mukaku sudah berubah kelat. Aku baru je nak enjoy esok. Kacau betullah boss ni.

"Ta-tapi kan boss..." Aku cuba mencari alasan.

Aku takkan biarkan dia suka-suka nak kacau cuti aku esok.

"No excuse." Emir tersenyum sinis dan terus meninggalkan kami di ruang makan hotel itu.

Selera makan ku terus hilang. Tak jadi aku nak makan. Bagus aku masuk bilik aku balik dan fikirkan cara mengelak dari boss.

"Aku balik bilik dulu Kate, Izhar." Aku meninggalkan mereka berdua.

Kate dan Izhar sudah berpandangan antara satu sama lain. Muka Kate sudah berkerut tapi Izhar pulak tersenyum sumbing.

"Kau tak pelik ke dengan boss dan Hasya tu. Macam ada chemistry la." Bisik Kate kecil.

"Kau tak payah lah bisik-bisik. Kita dua je kot kat sini ni. Tapi aku rasa tak pelik pun. Ok lah tu." Izhar terus mengangkat tangannya untuk memanggil waiters.

"Buta gaknya kau ni. Nak aku bagi kau kaca mata aku ni supaya nampak jelas! Dah terang-terang boss tu macam suka Hasya.

Entah apa si Hasya tu buat kat boss. Dia bomoh-bomoh kot boss kita tu." Kate mula memburuk-burukkan orang.

Izhar mendengar apa yang Kate katakan sambil memesan makanan dan minuman untuk makan tengah hari.

Setelah waitress itu berlalu pergi. Mukanya terus berubah kelat.

"Hasya tu baik lah. Tak baik kau buruk-burukkan dia. Kalau bukan sebab dia lah,boss kita tu masih macam pak harimau kelaparan."

Izhar terus mengeluarkan telefon nya dek malas mau gosip dan buruk-burukkan orang.

"Mmm...yelah. Dia baik kot tapi aku tetap nak siasat budak tu." Kate mula mendagu pada tangannya.

"Terpulang kat kau lah Kate. Aku tak nak sibuk. Silap hari,aku pulak yang kena pecat sebab kau kalau aku join sekali." Izhar terus bermain telefon nya.

"Whatever..." Kate terus bangun dari duduknya tadi dan terus pergi meninggalkan Izhar sendirian.

Kening Izhar terjongket sebelah. Pelik melihat kawannya yang suka menjaga tepi kain orang ini. Ke dia pun suka Emir?

***********

"Semua dah siap ke?" Soal Emir setelah keempat-empat mereka sudah berkumpul.

"Dah boss nampak kami kat sini. Maknanya dah siaplah boss." Aku menjawab. Mulut aku ni power up kalau jawab soalan cepumas.

"Melawan je lah kau ni. Aku hempuk kang betul-betul kali ni." Emir sudah mengangkat tangannya seakan-akan mahu memukulku.

"Ampun. Ampun boss." Aku tersengih-sengih.

"Jangan kau tersengih- sengih kat sana tu. Dahlah. Jom gerak." Emir bangun dari duduknya dan terus berlalu ke luar.

"Jom." Kate turut bangun. Tanganku ditariknya.

Aku hanya menuruti langkahnya kerana tanganku berada dalam genggamannya.

Izhar yang memerhatikan kami dari belakang sudah berkerut seribu bahasa.

Harap-harap dia tak rancang apa-apa. Desis hati Izhar.

Maaf ye buat pendek je. Kepala nj asyik pening sejak kebelakangan ni. So,next chapter will be more longer. InshaAllah...
Need vote guys.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now