"Kita cuba dulu baju yang akak pilih ni ye. Maaflah baju yang akak pilih ni besar sikit. Nanti baru buat ikut ukuran yang betul ye. Lagipun yang kamu tempah ni bukan untuk sewa je tapi terus jadi hak milik. So,nak buat baju pengantin kamu ni kena tepat dengan saiz badan sesuai." Kak Ila menerangkan panjang lebar.
Kami yang mendengar hanya menggangguk dari tadi.
"Nah, try lah dulu baju yang akak pilih ni." Kak Ila menghulurkan baju kami. Masing-masing tiga helai baju.
Kami menyambut huluran Kak Ila dan tanpa banyak kata terus ke bilik persalinan pakaian.
"Emir,pakai yang mana satu ni dulu?" Aku menguatkan suaraku.
"Aku pakai tuxedo hitam. Kau sesuaikan lah dengan baju kau kat situ."
"Ok lah bakal Encik suami." Aku memilih-milih baju yang diberikan.
"Ni cantik." Aku tersenyum riang.
Tik! Tik! Tik!
5 minit, Emir sudah pun siap dengan tuxedo hitamnya disepadankan dengan neck tie berwarna biru laut.
Emir keluar dan duduk di sofa berhampiran. Dia menunggu pengantin perempuan yang lambat ni.
Jam terus berdetik. Dah 5 minit Emir menunggu. Dah kebas punggung ni duduk.
" Sya! Lama lagi ke? Belum lagi kahwin, dah bersiap lama macam nak kahwin hari ni!" Emir berdiri dan ke Hulu ke hilir menunggu nya.
"Japlah. Malu lah nak keluar."
"Malu-malu pulak dah. Cepatlah! Nak cuba baju lain lagi ni." Emir duduk kembali dan menyilangkan kaki serta tangannya."Ye lah. Keluar lah ni." Aku membuka pintu dan langsir yang disertakan itu.
Emir masih tidak perasan kehadiran si pengantin lambat ni. Asyik dengan telefon dia lah.
"Emir, aku dah siap ni." Aku memperagakan pakaian ku di hadapan cermin sekali lagi.
Emir menoleh memandang ku.
Cantik gila perempuan ni. Bakal isteri aku ke ni. Desis hati Emir.
"Ok ke ni. Nanti banyak pulak omel kau macam makcik joyah kampung membebel tu." Aku menyilangkan tanganku.
Sekali-sekali aku memutarkan gaun yang ku pakai di hadapan cermin.
"Ehem! Ok lah tu. Dah lah cepat gambar bagi mami."
"Nak ambil gambar lagi?" Aku menjongketkan kening ku sebelah.
"Lahhh...yalah. Mami tadi bagitau aku. Kak Ila tolong gambarkan kami dua." Emir menyerahkan iPhone miliknya untuk menangkap gambar kami.
"Waittt! Gambar kita dua? Sama-sama?" Soalku bingung.
"Yes. Mami suruh." Matanya melirik ke arah lain.
Saja je tu buat cerita. Mami tak minta gambar pun. Idea aku je. Bisik hati Emir.
"Emmm...yelah. Satu gambar je." Aku cepat berdiri di sebelah Emir. Namun ku jarakkan sedikit. Non muhrim ye.
"Apa jauh-jauh ni. Nanti apa kata Mami pulak." Emir menarik lenganku.
Apa lagi,mukaku terkena badan dia lah.
"Apa ni?! Kita belum kahwin lagi. So,tak perlu lah nak dekat-dekat. Mami akan faham jugak tu. Gambar untuk baju je pun. Bukan gambar kahwin." Aku menjarakkan tubuh kami.
"Masalahnya jauh betul. Dekat sikit je pun." Nada Emir seperti mahu marah.
"Emmm..yelah." Aku dekatkan sedikit jarak antara kami.

YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...