Tup tup tup!!!
Pejam celik pejam celik.
Baru je Aisy kahwin dan tiba-tiba aku pulak yang kahwin hari ni.
Paling aku takutkan, semua staff dari company akan datang sebab Emir jemput tapi diorang semua tak tahu yang berdiri di pelamin sebelah boss diorang ni aku.
Matilah akuuuu.
"Jangan lah buat muka macam tu Sya. Macam-macam je reaksi muka kau ni. Buatlah muka happy tu sikit. Kau tu dah nak jadi bini orang. Nampakkan lah sikit keanggunan kau tu." Aisy mengejutkan aku dari lamunan.
Apa kau fikir ni Sya? That doesn't matter. Getus hatiku.
"Ok makcik andamku. Cantik jugak kau make up muka aku yang tak seberapa cantik ni ye. Terserlah kecantikan aku. Hohoho." Kataku sambil menatap mukaku di cermin.
"Hek eleh ni budak. Sempat lagi memuji diri dia ni." Aisy memukul lembut belakang ku.
"Takpelah kan. Aku ni bukannya selalu nak jadi cantik hias diri aku tau. Lagipun,hari ni aku jadi ratu sehari. So,dayang ku,please listen to all my request today." Aku tersenyum sumbing mengejek.
"Dayang kepala otak kau." Aisy memukul kuat belakang ku.
"A-a-aduh! Sakit siot!" Aku menahan sakit pukulannya.
Aisy ni suka sangat pukul belakang aku. Memang take kerja ni orang.
Kalau dia ketawa,bergosip,nonton cerita hantu atau marah,tak sah lah jawabnya kalau tak pukul orang.
Belakang atau bahu kau jadi penamparnya.
"Jom kita turun. Pengantin lelaki dah ada kat bawa."
"Eh awal lagi ni. Cepat jugak dia sampai." Aku gelisah. Siapalah yang tak nervous kalau bab kahwin ni.
"Eh eh,tak caya ke? Tengok WhatsApp ni. Laki aku yang bagitaulah." Aisy memaparkan telefonnya padaku.
Aku menarik nafas panjang. Dah lama aku tak nervous macam ni. Seram habis,sejuk tangan aku ni dah mula naik.
"Aisy,pegang tangan aku." Aku menghulurkan tangan ku.
Aisy menyambut huluran ku.
"Sejuk giler tangan kau." Bisik Aisy.
"Nervous lah."
"Baca Bismillah dulu." Aisy mengingatkan aku.
"Bismillahirrahmannirrahim." Aku menarik nafas panjang sekali lagi dan hembus perlahan.
"Dah ok kan. Jom turun." Aisy menggenggam erat tanganku.
Aku sekadar menggangguk.
This is where my marriage life will start begin.
***********
Bunyi derapan kaki berdua di tangga menyebabkan semua tetamu melihat kami.
Tambah nervous aku jadinya.
Aku memandang sekilas Emir yang berada berdekatan Ryan.
Matanya memandangku terpegun atau itu imaginasi aku je.
"Duduk nak." Mak menarik tanganku lembut.
Aku hanya menuruti.
Nasib baiklah staff company tu semua datang time aku sanding je bukan time aku nikah ni. Lega aku sikit.
"Dah sedia?"
"Dah." Semua di situ menjawab.
Woww. Jantung aku ni terus berdetak laju bila tok kadi tu sebut sedia.
Aku dah sedia ke???
"Aku terima nikahnya Ainin Hasya binti Abdullah dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah!"
Hanya dalam sekali lafaz aku sudah bergelar isteri kepada Emir Naufal.
Aku tidak tahu mahu mengucapkan apa tapi hanya rasa syukur kepada Allah sahaja aku dapat panjatkan setinggi-tinggi syukur.
Emir datang mendekati aku untuk upacara membatalkan air wudhuk.
Emir merenung ku dalam sebelum menyarungkan cincin pada jari manisku.
Dengan tanganku yang terasa sejuk itu,aku mengucup tangannya yang panas dengan lembut.
Kemudian,dahi ku yang terbuka itu terasa hangat apabila kucupan Emir singgah lama di dahiku.
Semua tetamu yang hadir berbisingan apabila Emir mula mengucup dahi ku.
Aku hanya mampu menahan malu.
Mak yang berada di sebelah ku peluk erat dan ku kucup tangannya yang sudah kelihatan tua itu.
"Jaga anak mak ye Emir. Layan dia baik-baik dengan adil. Mak serahkan tugas mak kepada kamu untuk jaga dia. Mak harap kamu perkahwinan kamu kekal hingga ke jannah." Saat mak mengatakan semua itu. Jelas terlihat di raut wajah seorang ibu kesedihan dan kegembiraan dengan air mata yang berjatuhan itu.
Aku tertunduk saat mak mengatakan semua itu.
"InshaAllah mak. Emir jaga dia baik-baik. Doakan yang terbaik untuk perkahwinan kami." Emir tiba-tiba menggenggam tanganku.
Aku mendongak memandangnya.
Dia hanya tersenyum kepada ku.
Bila tengok dia dekat macam ni,nampak kacak jugak ye suami aku ni. Hohoho. Dah jadi suami aku pulak ye boss yang aku cari gaduh masa mula-mula kerja dulu.
Datin Zulaikha yang berada di samping ku,ku peluk erat.
"Jaga anak mami yang manja ni baik-baik. Hasya sabar je lah dengan perangai sengal dia ni. Tapi mami tahu,pilihan anak mami ni sentiasa baik." Datin Zulaikha yang bakal ku gelarkan mami memberi ku nasihat.
"Baik mami. Sya ni dah kenal sangat dengan perangai dia ni,mi. Sya kan PA dia." Aku mengucup tangan tua mami.
Mami dan mak ketawa kecil.
Mata Emir mengerlingku geram.
"Semua tetamu,silakan menjamu selera." Kata Dato' Zamri untuk mempersilakan tetamu.
"Emir, Hasya. Jam 10 ni kita kan terus ke hotel untuk majlis perkahwinan kamu. Memandangkan kamu sudah makan,kalau kamu dua nak rehat, naik lah dulu." Kata Datin Zulaikha.
"Ok mi. Kalau begitu, Sya nak pergi naik dulu untuk berehat."
"Emir pun." Emir turut sama dengan ku.
"Kak." Tiba-tiba seseorang memanggilku.
Aku menoleh tapi yang peliknya si Emir pun turut sama menoleh.
"Oh, Fiya. Kenapa? Nak something?" Kataku lembut.
Safiyah dah jadi adik ipar aku. Mestilah layan dia baik-baik.
Tiba-tiba dia memelukku.
Aku terkejut.
Dah kenapa ni? Dia marah ke aku dah ambil abang kesayangan dia ni?
"Congratulations kak. Finally, Fiya dah ada kakak yang boleh ajak bercerita. Dah lama Fiya nak seorang kakak." Fiya mengeratkan lagi pelukannya.
Aku tersenyum dan menyapu-nyapu kepala Safiyah.
"Thank you. Nanti bolehlah Fiya kongsi cerita dengan kakak kan."
Fiya melonggarkan pelukannya. Dia tersenyum dan menggangguk perlahan.
"Dah lah tu Fiya. Abang nak rehat dengan akak ipar kamu ni." Emir menarikku dari pelukan Safiyah.
"Orang tak culik pun lah isteri abang tu. Ambillah isteri abang tu. Fiya pun nak pergi tolong mami kat dapur." Safiyah terus meninggalkan kami berdua.
"Jom." Emir menarik tanganku.
Aku hanya menuruti. Bibirku menguntum senyuman. Terasa lucu dengan si dua beradik ni.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...