"Hai Dato' Ehsan. Assalamualaikum. Apa khabar? Dah lama tak jumpa kan?" Emir berjabat tangan dengan Dato' Ehsan disertakan dengan senyuman lebar.
"Hahhahhaha... Pakcik baik je. Dah besar panjang ye kamu Emir. Apa khabar kamu sekeluarga?" Dato' Ehsan memeluk Emir.
"Alhamdulillah baik je. Jom kita mulakan meeting sekarang."
"Awal lagi lah Emir. Pakcik pun nak jugak kenal-kenal dengan Staff kamu ni. Kamu ni tak ubah macam bapak kamu. Suka nak cepat." Dato' Ehsan ketawa.
Muka air Emir berubah sedikit kelat namun dapat ditapuk.
"By the way,saya Ainin Hasya. Assistant baru boss. Senang bertemu dengan Dato' yang peramah ni." Aku melemparkan senyuman manis.
"Saya Kate dan ini Izhar. Kami staff boss yang bakal bentangkan modal projek."
"Wow...semua pekerja kamu ni bagus-bagus lah Emir. Pakcik tak sabar nak tengok pembentangan mereka." Senyuman Dato' Ehsan masih tidak lekang.
"Maaflah Dato' tapi boleh tak kita awalkan pembentangan ni. Sebab saya nak balik awal. So,mungkin hingga esok sahaja saya free. Boleh tak Dato'."
Peluh Emir mulai merenik. Sudahlah dia yang nak projek ni,boleh pulak nak cepatkan. Harap Dato' Ehsan akan terima.
Aku, Kate dan Izhar sudah berkerut seribu bahasa. Emir kata seminggu di Melaka ni tapi kenapa nak balik awal pulak ni?
"Boleh-boleh. So,kita mula sekarang?" Dato' Ehsan masih dengan senyumannya.
"Terima kasih banyak Dato'. Terima kasih sangat-sangat." Emir sudah menggenggam tangan Dato' dengan mukanya kembali ceria.
"Saya nak jumpa announcer saya. Kamu boleh ikut assistant saya ni ke bilik meeting." Dato' Ehsan menunjuk assistant nya yang dari awal lagi setia berdiri di sisinya.
"Ok Dato'. Sekali lagi terima kasih."
Kemudiannya kami mengikuti assistant Dato' Ehsan ke bilik meeting.
**********
Sepanjang 2 hari kami meeting di Syarikat tersebut. Penat nya bukan kepalang.
Mula jam 8 pagi, dan habisnya jam 5 petang. Terasa kebas punggung ni duduk berjam-jam. Nasib baik ada rehat dua kali.
"Kita balik malam ni jugak." Emir kelihatan serius.
"Wait boss. Malam ni?! Penat lah boss. Esoklah. Apa yang boss kelam kabut kan ni?!"
Badanku sudah mulai lelah. Perlu kan rehat tapi boss sengal ni nak balik malam ni?! Sorry to say, okay. Nak rehat.
"Aku cakap malam ni, malam ni lah!" Suara Emir naik seoktaf.
"Woiii... Emir. Kau kena ingat, yang kau ni tengah bawa staff kau. Kau tak tau apa yang boleh jadi kalau kau memandu time penat-penat ni!"
Aku tidak lagi membahasnya boss kali ni. Geram bukan kepalang aku. Apa problem dia ni?
"Tutup mulut kau tu! Tak perlu nak melawan! Dengar jelah cakap aku! Yang kau tau, nak melawan je." Emir sudah menghentak stereng keretanya.
Kate dan Izhar yang berada di seat belakang hanya mampu menelan liur. Namun pandangan mereka di buang ke luar tingkap.
"Sebenarnya apa problem boss ni? Tiba-tiba nak marah-marah. Lepas tu nak awalkan meeting lah. Nak balik awal lah.
Baklah cerita dengan assistant sorang ni. Takdelah saya nak marah-marah boss." Aku sudah membebel panjang.
Emir masih dengan muka ketatnya terus memandu menuju ke hotel.
"Kate! Izhar! Pergi balik ke bilik hotel sekarang. Ada benda aku nak cakap dengan perempuan ni."
Apa lagi, Kate dan Izhar terus keluar dengan cepat nya. Takut dengan boss yang macam mau makan orang ni.
"Apa kena dengan boss tu?" Kate mencebik.
"Biarlah boss tu. Mesti Hasya tau nak selesaikan benda ni. Jomlah balik ke bilik hotel. Aku nak tidur. Lenguh badan aku ni."
Izhar terus berlalu pergi meninggalkan Kate. Malas mau sibuk. Bukan hal dia.
***********
"Mak aku sakit. So,aku nak balik awal lah. Tiada yang jaga dia melainkan pembantu di rumah tu." Emir sudah tertunduk sambil tangannya ditongkatkan pada stereng kereta.
"Tapi boss tak boleh lah buat tindakan terburu-buru. Kalau boss accident, lagilah menyusahkan hati Datin Zulaikha."
Terdengar esakan kecil di sebelahku dan sudah pastinya dia adalah Emir.
Aku membiarkan dia menangis. Mesti dia ni anak mak, tu lah pasal dia risau. Tapi mana bapak dia?
Setelah beberapa minit, barulah tangisan Emir hilang. Dah lega lah tu. Dasar lelaki cengeng sorang ni. Tak gentle lah. Hahahahaha.
"So,dah habis dah menangis." Aku tersenyum sinis memandangnya.
"Aku selesma jelah. Dahlah jom balik." Emir terus memutar kereta kembali ke hotel.
Aku tertawa kecil. Senang je pujuk boss muda sorang ni. Ego lebih je. Nak marah tapi cepat je nangis kalau pasal mak dia. Hahahahahahaha.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Sonstiges-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...