✦【PART 10】✦

4.7K 626 306
                                    

Part Ten : Mommy for Mr. Jeon's children? Euww... Pt. 1

My another favourite song. Aku suka suara diorang. Kyeowo ❤ dengarlah time baca. Even xde kaitan.

Untuk chapter ni, semuanya idea dari aku sendiri, partner tengah dalam mood exam. Good luck Mommy Chae aum aum agagaga -psychohyuns.

And also votes for this ff dah 900++. Thank you~

Sorry sangat - sangat if chapter ni agak cliche ☹❤

❀❀❀

Hari demi hari, sudah masuk sebulan Chaerin berada di rumah agam Tuan Jeon, mereka semua sudah dapat menerima kehadiran Chaerin dengan baik. Malah Namjoon, Yoongi dan Hoseok sudah menganggap gadis itu seperti salah satu dari keluarga mereka. Mereka tersangatlah senang dengan kehadiran seorang wanita yang mengurus diri dan rumah mereka.

Berlainan dengan Tuan Jeon pula, di saat rakan - rakannya sibuk melayan Chaerin, dia pula bingung dengan sebuah perasaan aneh yang datang seperti tidak diundang. Dia bencikan perasaan itu, sering menganggunya. Tapi, salah satu sebab lain dia membenci perasaan itu ialah kerana dia sendiri sudah trauma. Trauma dengan perasaan dipanggil cinta dan perempuan. Dahulu, dia pernah berjanji pada dirinya untuk mengunci perasaan dirinya dari mencintai wanita.

Dia lebih gembira hidup tanpa seorang isteri di sisinya. Dia sudah membiasakan dirinya. Kerana itu, dia tidak perlukan wanita untuk dirinya dan anak - anaknya. Namun dia sudah terlambat dan tidak mampu untuk menghentikan anak - anaknya dari menyukai dan lebih menyayangi Kim Chaerin, pengasuh anak - anaknya.

Patutkah dia menerima semua itu atau...

Membuang perasaan itu dari menghantuinya?

❀❀❀

3 anak Tuan Jeon sedang baring berdekatan dengan Chaerin sambil menonton movie di sofa manakala Namjoon, Yoongi dan Hoseok baring di lantai beralaskan permaidani yang dibentang luas di ruang tamu.

Kesemua mereka berkumpul di rumah kecuali Tuan Jeon yang sedang mengadakan janji temu dengan seorang CEO syarikat yang baru saja menandatangani kontrak bekerjasama dengan syarikat Tuan Jeon, manakala Jimin pula terpaksa menemankan Tuan Jeon kerana dialah bodyguard lelaki itu.

" Mommy. Nak susu. " Minta Jungae dengan pelatnya.

" Baby nak susu? Kejap ye, mommy buatkan untuk baby. " Chaerin berura babgun dari sofa meninggalkan anak - anaknya yang masih berbaring di sofa.

Gadis itu membancuh susu untuk Jungae buat seketika sebelum loceng rumah mereka berbunyi menandakan seseorang datang.

Hoseok yang menawarkan dirinya untuk membuka pintu bangun dan berjalan ke sebuah gajet yang dilekatkan di dinding berhampiran pintu untuk melihat siapa yang datang.

Selesai melihat tetamu tidak diundang yang datang, Hoseok mengeluh sebelum pandangannya beralih ke arah Namjoon dan Hoseok yang juga pada masa yang sama memandangnya dengan reaksi tanda tanya.

" Dia datang. " Jawapannya berakhir dengan keluhan.

Yoongi mulai memberi respon dengan menunjukkan reaksi meluat. " Bukak jelah pintu tu, kang dia report dekat Jungkook, kita juga kena bebel. " Pinta Yoongi.

Dengan tidak relanya, Hoseok membuka pintu kerana si 'dia' yang tidak henti - henti menekan butang loceng rumah.

Derapan tumit tinggi setinggi 5 inci berdetak dengan lantai mozaic lantai, memasuki ruang tamu rumah agam Tuan Jeon.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now