✦【PART 18】✦

4.3K 692 240
                                    

Part 18 : tidur sebilik?

Chapter song : Cherish by Yuju (gfriend) & sunyoul (up10tion)

First of all, sorry sebab ambil masa yang lama untuk update chap ni sebab busy dengan wedding day kakak aku. So sorry.


By the way thanks for 20k reads and we'll reaching 5k votes. TYSM❤

Again, im doing this by myself👌 hope you guys satisfied👌❤

❀ ❀ ❀

Malam hari perkahwinan mereka, kesemua penghuni rumah berkumpul untuk menjamah makan malam yang telah dimasak dan dihidang oleh pembantu rumah.

Jungae duduk di kerusi berkaki panjang yang khas untuk kanak - kanak sepertinya, bersebelahan dengan kerusi di mana Namjoon duduk. Itulah dia, tidak dapat berenggang dengan uncle kesayangannya itu apabila saja dia melihat lelaki kacak itu.

Masing - masing menjamah makanan dengan senyap. Hanya bunyi dentingan sudu dan garpu yang berselisih dengan pinggan kaca saja berbunyi.

" So, korang tak rancang nak pergi honeymoon ke? " Soal Yoongi, mata tidak lari dari pinggannya.

Tuan Jeon yang mendengar soalan dari Yoongi mendongakkan kepalanya memandang Yoongi sebelum menjeling Chaerin yang hanya diam memakan chicken chop di pinggannya.

Menu makan malam mereka yang sedap membuat Chaerin lebih berdiam diri apabila mendengar soalan dari mulut Yoongi.

" Aku busy. Nak honeymoon apanya. " Jawab Tuan Jeon.

Yoongi hanya menjongketkan sebelah keningnya sambil memandang Tuan Jeon seolah - olah ingin memerli lelaki itu.

Sudah seminggu dia ke pejabat namun tiada kerja yang perlu dibuatnya selain hanya duduk dan memeriksa hasil kerja staf - stafnya. Itu pun hanya 2 atau 3 fail saja. Sibuk? Kau mengelak ke ni Jungkook?

" Kau tu owner syarikat sendiri, cuti jelah. Siapa je nak bantah if kau cuti. " Sampuk Namjoon.

Tuan Jeon yang mendengar hanya mengeluh. " Nanti - nanti jelah Joon. "

Mereka menyambung menjamah makan malam mereka.

❀ ❀ ❀

Selepas saja makan malam, mereka membuat keputusan untuk menonton movie memandangkan masing - masing masih belum mengantuk walaupun sudah membuat banyak kerja harini.

Kesunyian menemani mereka yang diam tidak bercakap. Hanya watak di dalam movie saja bercakap dan membuatkan mereka kusyuk menonton.

Sehinggalah tiba di satu adegan movie di mana pasangan ibu bapa dan seorang bayi mereka sedang tidur bersama - sama, adegan itu membuatkan Jungae tersengih.

Jimin yang perasan, menegur kanak - kanak itu.

" Kenapa baby gelak? " Soalnya. Kanak - kanak itu yang sedang berbaring di atas dada daddynya yang berbaring di sofa memandang Uncle Jiminnya. Tuan Jeon yang mendengar soalan dari Jimin memandang Jungae yang menelentangkan badan kecilnya di atas badan sasanya, juga menanti jawapan dari si cilik.

" Sebab nanti, daddy dengan mommy boleh tidur sama - sama dengan baby. " Balasnya diakhiri dengan sengihan comel.

Mereka yang mendengar hanya mampu tersenyum.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now