Part 75 : Penyeksaan
Chapter Song : Sorry To Myself by Baek A Yeon
Hai guys! We back again after months! ❤ I'm sorry sebab dah lama sangat tak update ff ni. Tak tahulah sama ada masih ada readers atau dah hilang 😭
By the way, enjoy ~
☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙
" Kau tahu? " San bertanya untuk kepastian kepada Wooyoung.
Wooyoung memandang lelaki itu sebentar sebelum mengangguk. Mengiyakannnya.
" Jadi, apa step seterusnya? Kita perlu siasat dengan lebih mendalam lagi sebelum kita terangkan pada boss dan boss besar. " Jongho mencelah, bertanya akan langkah mereka seterusnya.
Boss besar mereka, atau Jeon Jungkook pasti akan berpuas hati jika mencari maklumat dan menyiasat dengan lebih terperinci.
Pertanyaan ahli termuda membuat para hyung mula berfikir tentang apa yang seharusnya mereka lakukan.
" Rasanya kita kena pergi siasat siapa punya kerja ni. " Agak lama mendiamkan diri, si ketua mula membuka mulut mengeluarkan arahan dan cadangan untuk langkah mereka yang seterusnya.
" Okay, jadi Wooyoung dan San akan pergi menyiasat. Aku perlukan Jongho dekat sini untuk tolong Yeosang uruskan senjata sebelum kita menyerang. Aku dan Mingi akan keluar esok untuk berjumpa dengan penyiasat upahan. Seonghwa dan Yunho akan detect lokasi Wooyoung dan korang boleh cari dengan lebih terperinci tentang siapa yang terlibat pasal ni. " Tambah Hongjoong lagi. Menerangkan dengan lebih terperinci akan tugas - tugas yang perlu dilakukan oleh setiap ahli kumpulannya.
Misi mereka menjadi lebih risiko kerana mangsa merupakan seorang wanita mengandung. Mereka berlapan perlu sentiasa peka dalam setiap hal tanpa melakukan apa - apa kesilapan.
Takut andai bukan seorang nyawa yang melayang, mungkin nyawa mereka berlapan juga turut serta melayang. Bukannya tidak tahu apa yang mampu Tuan Jeon lakukan.
☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙
Deruan nafas termengah - mengah dihembus oleh Chaerin. Dengan mengenangkan kondisinya yang sekarang, dia hanya mampu merintih meminta tolong agar dilepaskan.
Dia tidak kisah andai dia tidak diberikan makanan dan diseksa setiap hari. Namun memikirkan akan kandungannya yang sudah sarat, membuatkan dia semakin risau.
Risau andai dia gagal menyelamatkan anak pertamanya dan Tuan Jeon. Dia sungguh takut andai bayinya pergi meninggalkan dirinya.
Dia tidak memerlukan makanan untuk dirinya, dia hanya mahu anaknya makan agar dia akan sihat. Dia langsung tidak ingat sudah berapa hari dia berada di situ.
Bunyi kuakan pintu besi mengejutkan dirinya yang sedang melayan perasaan. Derapan tapak kasut tumit tinggi melangkah dekat ke arahnya.
Seorang wanita berpakaian dress yang amat ketat dan seksi sedang berpeluk tubuh di hadapannya. Bibir wanita itu yang dioles dengan lipstick berwarna merah, menghasilkan senyuman yang cukup sinis.
Seronok melihat wanita yang dibencinya terikat lemah seperti itu. Baru puas hatinya melihat wanita yang pernah menyakitkan hatinya itu.
" Suka betul aku tengok kau macam ni. Dan aku lagi suka tengok macam mana reaksi Jungkook bila tengok isteri kesayangan dia macam ni. " Wanita itu ketawa sinis.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfiction[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...