✦【PART 78】✦

1.9K 231 22
                                    

Part 78 : Ready, Set & Go!

Chapter Song : Now Or Never by MONSTA X

Assalammualaikum dan hai! 🎈
Welcome back to the new update!

Hope chapter ni korang dapat fahami sebab mungkin ada perkara yang korang takkan faham bila aku terang 😂

Jangan lupa vote dan comment! 🙏❤

Enjoy Your Reading! ❤

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

Tempat mengisi peluru dipenuhkan dengan butir - butir peluru sebelum dimasukkan ke dalam sarung pistol dan digantungkan pada pinggang.

Pistol itu akan dijadikan sebagai senjata tambahan jika ada sebarang kecemasan atau kehabisan peluru pada sniper mereka nanti.

Namun ianya tidak terlalu berbahaya kerana ahli - ahli mereka sudah ada yang berada di sana dan menyamar sebagai orang yang diupah untuk memantau gudang itu.

Jadi, Tuan Jeon hanya akan ke sana bersama dengan Ateez dan Namjoon serta Yoongi sahaja. Tidak perlu beramai - ramai kerana mereka sudah lebih dari mencukupi.

" Harini aku nak jadi silent shooter. " Kata San kepada Wooyoung sambil sniper yang dipegangnya diacahkan seperti sedang hendak menembak.

Wooyoung sekadar berdecit sambil meletakkan pisau lipat miliknya ke dalam poket mereka.

" Mujurlah sebab boss minta aku join dia serbu, kalau tak, kau memang takkan jadi shooter ni. " Ada nada tidak puas hati di dalam kata - katanya.

San tersengih. Dia tahu yang jika dibanding dia dengan Wooyoung, Wooyoung lebih masih menembak dari jarak jauh.

Tapi disebabkan kerana dia tidak terlalu sihat, terpaksalah dia menjadi penembak dari jarak jauh.

" Dah siap ke? " Hongjoong menyergah mereka yang masih berbual.

" Nak siap dah. Hyung siap dah ke? " San bertanya seolah - olah memerli.

" Sejak kau belum lahir lagi aku dah bersedia. " San berdecit.

Hongjoong menunggu sehinggalah Wooyoung dan San selesai bersedia. Dan kemudiannya, mereka bertiga keluar dari bilik senjata itu.

Masing - masing sudah siap memakai kasut namun masing - masing tercengang dengan pertanyaan Jongho.

" Sekarang ni, kita nak naik motor ke kereta? " Mereka bertujuh mengalihkan wajah ke arah Jongho, si maknae.

" Motor. " Mingi menjawab.

" Kereta. " San menjegil ke arah Mingi.
" Motor jelah. " Mingi masih tidak puas hati.

" Aku cakap kereta! "

" Tapi, aku cakap motor! "

Seonghwa mendengus. Kata saja mafia, penyiasat, pembunuh upahan handalan. Tapi, realitinya? Hanya mereka - mereka sahaja yang faham betapa munafiknya seorang - seorang punya perangai.

" Senang - senang, beli private jet jelah. Dua - dua kita tak payah pilih. " Yeosang mencelah.

" Banyak duit kau. " Kerling Yunho.

" Siapa cakap pakai duit aku? " Yeosang mencerlung Yunho yang memakai topi gaya senduk itu.

" Dah tu duit siapa? " Yunho bertanya.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now