✦【PART 74】✦

2.3K 268 90
                                    

Part 74 : ATEEZ's New Mission

Chapter Song : Say My Name by ATEEZ

Kita kembali lagi setelah lama tiada update. Maaf, selama ni busy dengan ayah yang tengah sakit jantung. Tapi, sekarang dia dah takda :)

Keseksaan dia semuanya dah berakhir. Walaupun sebak, tapi takpe. Aku masih boleh terima pemergian dia. Sebab aku percaya, walaupun dia hidup, dia akan menderita. Jadi baik aku biar dia pergi.

Hati aku rasa sangat lega bila tengok arwah tersenyum dan wajah dia berseri - seri. Aku lega bila sedar yang Allah dah memanggil dia ke dunia yang lain. Di mana dia takkan rasa kesakitan dia lagi 😊 Allah sayangkan dia lebih dari segala - galanya.

Dalam kenangan, Allahyarham Encik Mohd Shukor bin Abas (Fatimah).
22 November 1958 - 20 Ogos 2019

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan tinggi di sisi Allah. ✨

Al-fatihah.

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

Setelah misi mereka mula dikeluarkan semalam, Ateez kini memulakan tugas mereka untuk mencari di mana isteri boss besar mereka berada.

Masing - masing gigih mencuba untuk mendapatkan lokasi terkini tentang di mana Chaerin berada dan siapakah dalang yang merancang penculikan itu.

Hongjoong merancang strategi dan posisi, Seonghwa dan Yunho yang berada di bidang 'hack', Yeosang, San dan Mingi di dalam bidang penyiasatan dan pengumpul maklumat manakala Wooyoung dan Jongho berada di dalam bidang pengintipan.

Langsung tidak dapat mereka tidur kerana mahu menyelesaikan misi itu secepat mungkin kerana takut tidak dapat menepati masa yang diberikan Tuan Jeon.

Tahu - tahu sahajalah mereka bagaimana mahu berurusan dengan Tuan Jeon kerana mereka sudah belajar dari pengalaman pertama di mana mereka bermula kerja dengan lelaki itu.

Penuh dengan kecerewetan dan pernah Yeosang dan San dihukum kurung tanpa makanan dan minuman selama 2 hari hanya kerana telah menggagalkan misi yang telah diberikan.

Jadi, untuk misi ini mereka perlu melakukan sebaik mungkin kerana telah diberi peluang kedua oleh Tuan Jeon dan mereka telah diamanahkan untuk menyelamatkan isteri majikan itu.

" Korang ada jumpa apa - apa tak? " Hongjoong yang sedari tadi lagi menunggu kepulangan dua ahlinya yang sedang melaksanakan tugas mengintip, bertanya sebaik saja melihat kedua - dua orang lelaki itu pulang.

Jongho memandang ketua mereka. " Dekat sana takda yang mencurigakan. " Jawabnya ringkas dengan nada hampa.

Berejam - rejam dia dan Wooyoung mengintip untuk melihat jika ada sesiapa yang cuba berkelakuan aneh di rumah Taehyung.

Ya. Mereka sedang mengesyaki Taehyung, walaupun Chaerin itu merupakan adik kepada lelaki itu sendiri.

Namun, mereka cuma sekadar meletakkan lelaki itu sebagai salah satu suspek. Dan Taehyung merupakan salah seorang suspek dari beberapa orang suspek.

Mendengar jawapan dari si maknae, si ketua terdiam sebentar memikirkan jika ada apa - apa lagi strategi untuk mereka dapat mengenal pasti siapa dalang yang sebenar - benarnya.

" Buat sementara ni, ikut apa yang kita plan. Kita akan dapat suspek sebenar kalau Seonghwa dan Yunho dapat kenalpasti dari mana datangnya video tu dan siapa pengirimnya. " Lelaki itu mengeluarkan arahan.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now