✦【PART 59】✦

3.3K 451 78
                                    

Part 59 : Rahsia Yang Terbongkar

Chapter Song : Sorry Not Sorry by EXO Chen

FYI, lirik lagu tu takde kaitan dengan chapter ni cuma tajuk dia je yang ada kaitan sikit.

And by the way, for those yang maybe terasa dgn ape yg aq comment tu, maaflah. Xde niat nk buat korg trasa. Cumanya aq paling pntang bile org tegur typo aq. Sbb typo tu klmahan aq. Rse mcm diprmainkan bile org tegur. Mesti korg faham rse bile kelemahan sndiri dijudging oleh org, kan? Aku tak kisah kalau sorang dua tu nak tegur mungkin untuk pengetahuan aku supaya aku boleh betulkan. But, korang tahu jelah, bila korang komen dekat satu perenggan tu, apa ii pun xbleh diubah sbb komen korg tu. Yes, aq sensitif but panas baran at the same time, but unfortunately, I cant control it. So, sorry. ✨

At first, aku fikir taknak update chap ni malam ni, but idea datang bile aq cuba nk brdalih ke fanfic OPT, so sorry untuk yg trtunggu new update dr fanfic tu. ❤

Please alert, kandungan chapter tidak diedit seperti biasa yang boleh menyebabkan mempunyai banyak typo.

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

Seminggu sejak kepulangan Chaerin dan Tuan Jeon dari bercuti di Jepun berlalu dengan pantas. Usia kandungan Chaerin juga sudah berginjak ke 7 minggu.

Sejak berita itu disampaikan, Chaerin dilayan dengan baik oleh kesemua ahli keluarga termasuklah rakan - rakan suaminya, Namjoon, Yoongi, Jimin dan Hoseok.

Dia dilayan dan dijaga rapi oleh mereka. Mereka sentiasa memastikan dia berada di dalam keadaan sihat dan selesa memandangkan itu merupakan pengalaman pertamanya menjadi bakal seorang ibu.

Apa sahaja yang Chaerin mahukan, pasti saja Tuan Jeon akan cuba mendapatkannya bagi menggembirakan gadis itu. Dan baru - baru ini, gadis itu meminta agar suaminya menyediakan hidangan makanan barat, kerana tidak mahu menghampakan gadis itu, Tuan Jeon bercadang untuk mengubah sedikit selera makan mereka ke makanan barat selama seminggu ke dua minggu sehinggalah Chaerin sudah puas.

Rumah agam yang selalunya dipenuhi dengan keriuhan penghuni rumah menjadi sunyi pada hari itu. Kesemua orang sudah keluar untuk melakukan hal masing - masing. Jungjae dan Jungna sudah dihantar ke sekolah seperti kanak - kanak sebaya mereka yang biasa kerana sudah lama mereka ketinggalan pelajaran dan Tuan Jeon terpaksa menyetujui pujukan isteri pertamanya. Tuan Jeon dan 4 orang rakannya, seperti biasa akan menuju ke pejabat mereka untuk membuat kerja manakala Pakiu juga keluar untuk bekerja memandangkan dia sudah diterima bekerja di sebuah tempat namun tidak pula dia bercakap di mana dia bekerja. Kini hanya tinggal Chaerin bersama anak tirinya yang bongsu saja di rumah itu.

Gadis atau, dia sudah layak digelar sebagai wanita berbadan dua, yang sudah sedia kebosanan bertambah bosan apabila Jungae sedang tidur kerana letih bermain sejak pagi tadi. Dia duduk termenung di atas katil sambil memikirkan apa yang perlu dia buat.

Mahu membuat kerja rumah, pasti saja pembantu rumah akan melapor kepada suaminya jika dia melakukan kerja berat itu kerana pembantu rumah sudah dipesan dan diberi amaran agar tidak membiarkan dia melakukan sebarang kerja rumah.

Mahu tidur? Sudah berbelas jam dia tidur semalam dan tenaganya sudah penuh dan matanya langsung tidak dapat dipejam. Buntu fikirannya yang cuba memikirkan apa yang patut dia lakukan sekarang.

Anaknya yang sedang tidur di sebelah dipandangnya. Sekali sekala membetulkan rambutnya yang melindungi wajahnya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menjelajahi rumah itu. Ciuman lembut dikucup pada dahi Jungae sebelum dia bangun dari katil dan keluar dari bilik dengan senyap.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now