✦【PART 51】✦

3.6K 438 169
                                    

Part 51 : He Need Her...

Chapter song : You In Me by KARD

Nak comment koranggggg😭❤✨

— ☙ — ☙ — ☙ — ☙ — ☙ —

Chaerin terjaga dari tidurnya apabila cahaya matahari pagi yang menerbit memasuki ruangan bilik hotel menerusi sliding door yang dibuka.

Pasti suaminya sudah bangun terlebih awal. Memikirkan tentang suaminya.

Suaminya ada di sisinya tapi, kenapa dia tidak merasakan kehadiran lelaki itu? Malah lelaki itu juga sering menjauhinya kebelakangan ini.

Air mata yang tidak sedar tergugur itu dikesatnya. Isteri Tuan Jeon bangun dari baringannya yang sejak semalam dia tidur di lantai sejuk itu tanpa berbekalkan tilam dan blanket, yang ada hanyalah sebuah bantal untuk dibaringnya.

Sekurang - kurangnya suaminya masih belum kejam,..... Kan?

Dia memandang sekeliling bilik dan menyedari bahawa Tuan Jeon sudah tiada di dalam bilik. Pasti sejak awal pagi lagi lelaki itu telah keluar meninggalkannya untuk bersarapan.

Dan ketika itu, perutnya berkeroncong kuat, mengejutkan tuannya agar mengisinya dengan makanan. Tangan ditekap pada perut dan diramas kuat perut itu.

Perlahan - lahan dia bangun dan menuju ke arah tudung saji besi semalam dan membukanya, ternyata makanan itu sudah basi dek kerana tiada yang menjamahnya.

Telefon bimbitnya berdering, menyedarkannya dari lamunan. Tudung saji itu ditutup semula oleh Chaerin.

Segera dia mencapai telefon bimbit lalu duduk di birai katil menghadap sliding door yang menunjukkan suasana pantai.

Jungjae♡

Chaerin mengesat air matanya lagi lalu menjawab.

" Yeoboseyo? " Sapa Chaerin dengan senyuman, cuba untuk menenangkan suara seraknya.

" Annyeong, mommy!! " Makin lebar senyuman Chaerin mendengar sapaan mereka tiga beradik.

" Nae, annyeong, sayang. Kenapa telefon mommy ni? " Chaerin menyoal lembut.

" Jae rindu mommy. " Anak sulungnya bersuara sayu.

" Mommy pun rindu sangat dengan Jae, Nana dengan baby. Jae dah sarapan? " Soal si mommy, cuba menahan esakannya.

Makin membuak - buak rindunya pada tiga orang anaknya itu sejak berada di situ. Merekalah yang sentiasa menjadi orang yang membelanya tapi, anaknya tiada di sisinya untuk membelanya dari dihina oleh daddy mereka sendiri.

" Dah. Mommy. Daddy mana? " Soal si kecil, Jungae.

" Daddy? Daddy keluar kejap. " Bohongnya.

" Oh. Mommy. Mommy okay ke? " Soal Jungjae yang mula dengar esakan perlahan mommynya yang cuba ditahan.

" A-aniya. Mommy okay je. " Chaerin membalas.

Esakannya mula keluar.

Dia tipu. Sebenarnya dia sakit.

Sakit sangat.

Semuanya atas perbuatan Tuan Jeon.

" Wae mommy nangis? Mommy sakit ke? " Jungna menyoal dengan suara serak, sedih mendengar esakan mommynya.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now