✦【PART 14】✦

4.9K 670 195
                                    

Part Fourteen : Seperti Sebuah Keluarga

Terima kasih untuk yang dah vote ff ni sampai dah nak ke 3k votes dah. Thanks sangat - sangat. Aku tak tahu nak balas apa untuk korang but aku akan cuba update chapter yang memberangsangkan hati korang yang baca. And maybe boleh terbuka hati silent readers untuk vote ❤✨

And satu lagi untuk new readers and old readers, jangan persoalkan kenapa Taehyung jadi jahat. Jangan persoalkan aku ni benci Taehyung atau ape pon. Taehyung tu aku anggap dia sebagai abang aku. Maybe dia bukan bias aku, but aku bukan sesuka hati aku nak.jadikan orang tu jahat sebab aku bencikan dia. But aku just rasa watak Taehyung jadi jahat tu sesuai. And aku dah plan yang terbaik sampai ke ending. Jadi stop mempersoalkan jalan cerita aku. Memang cerita aku tak sehebat senpai - senpai kesayangan korang. But aku cuba sedaya upaya aku untuk buat orang suka karya aku. Jadi please stop persoalkan kenapa Taehyung jadi jahat. Sorry if rasa aku ni biadap 🙇

Ini 100% idea aku tanpa -psychohyuns maybe ada kekurangan sikit. But aku cuba 💃

❀ ❀ ❀

Hari demi hari berlalu dengan pantas sehingga mereka tidak sedar bahawa ulang tahun kelahiran Jeon Jungae akan tiba tidak lama lagi.

Cahaya matahari yang sedang menerbit memancarkan cahayanya menembusi tingkap yang terbuka di bilik Tuan Jeon dan anaknya, namun Jungae tidak tidur bersamanya kerana mengikut kakak dan abangnya yang merajuk dengan daddy mereka akibat hal Seolrin itu. Bapa tunggal yang sedang nyenyak tidur itu terbangun akibat sinaran matahari yang mengena wajahnya.

Mata digosok, menjelaskan kornea mata dan rambutnya yang serabut diselakkan ke belakang menggunakan tangan.

Lelaki itu bangun dan membersihkan dirinya dan menukar pakaian rumah yang baru sebelum.kembali duduk di atas katil.

Perkara pertama yang dia buat setelah duduk ialah membuka iPhone miliknya bagi memeriksa sesuatu yang penting yang mungkin dia lupa. Aplikasi kalendar di tekan oleh Tuan Jeon.

Kalendar bulan 7 diperiksanya dan dia tersedar yang hari lahir Jungae hanya tinggal 3 hari saja lagi.

Melebar mata Tuan Jeon sebaik.dia sedar dia belum sempat menyediakan persiapan majlis untuk menyambut hari kelahiran anak bongsunya.

Kaki secara spontan turun dari katil dan berlari anak ke bilik 4 orang rakannya di mana Jungae tidur semalam. Pintu bilik dibuka dan kaki laju ke katil Namjoon di mana lelaki itu dan anaknya sedang berbaring. Jungae yang sudah terjaga sedang mengusik Namjoon yang sedang tidur.

" Baby. " Panggilnya. Kanak - kanak itu melangut kepalanya memandang si daddy.

" Waeyo? " Sahutnya. Tuan Jeon tidak menyahut dan hanya mendukung Jungae keluar dari bilik itu.
" Daddy nak buat birthday party untuk baby. Baby nak pakai ape? " Soal Jungkook, pipi anaknya dikucup - kucupnya. Belum mandi pun masih wangi. Aigoo.

" Baby nak jadi princess!! " Rajuknya pada si daddy ditolak ke tepi.

" Okay. Kita bagi baby jadi princess baby, eo? " Kepalanya laju saja mengangguk.

" Daddy jadi prince. Joon oppa, Jae oppa, Uncle Seok, Uncle Chim and Uncle Yoon pon. " Tuan Jeon geli hati melihat anaknya yang cuba mengingat kesemua nama mereka.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now