✦【PART 12】✦

4K 660 127
                                    

Part Twelve : prank?

First of all, aku nak ucapkan thanks for 8K reads. Laju betul ya allah dia naik terharu aku.

And aku capai 700 followers aku

Dedicate to one and only mommy senpai : -psychohyuns if takde mommy aku ni, tak tahulah aku boleh maju macam sekarang atau tak ;-;

Chap ni membosankan dan hambar ;-; sorry. Otak aku blank lepas demam.

❀ ❀ ❀

Ketegangan yang berlaku sudah 3 hari berlalu. Tuan Jeon tidak langsung bercakap dengan mereka, mereka juga begitu. Lebih menyakitkan hati ialah apabila Tuan Jeon tidak langsung meminta maaf pada babysitter anak - anaknya yang telah dia tampar 3 hari lalu.

Pagi yang indah menjadi senyap apabila Tuan Jeon hanya bersarapan bersama Seolrin yang sudah lupa jalan hendak pulang ke rumahnya.

Sejak beberapa hari kejadian itu berlaku, Seolrin semakin bermaharajalela di rumah itu. Dia sentiasa mengarah Chaerin untuk melakukan sesuatu kerja untuknya yang sebenarnya tugasan itu haru dilakukan oleh pembantu - pembantu rumah apabila Tuan Jeon sibuk bekerja di pejabat. Chaerin hanya mampu menurut saja.

Tuan Jeon berasa bengang apabila setiap kali waktu makan, pasti rakan - rakan dan anak - anaknya tidak makan bersama dia dan Seolrin. Tersangat bengang dirinya apabila dia diabaikan seperti orang tidak wujud dalam rumah itu.

Duda yang sedang duduk di sebuah kerusi di sudut tepi meja makan itu melihat jam tangan mahal yang dipakainya.

Jam sudah menunjuk pukul 10 pagi, namun tiada tanda - tanda bahawa penghuni rumah yang lain akan turun bersarapan.

Seolrin yang di sebelah hanya sekadar menjeling sambil tangannya mula menyuap nasi goreng yang dihidang menggunakan sudu masuk ke dalam mulutnya.

" Puan Oh! Mana anak - anak? " Laung Tuan Jeon dari meja makan kepada Puan Oh, ketua pembantu rumah yang berusia hampir separuh abad.

Puan Oh tergopoh - gopoh ke meja makan. " Ouh, tuan, anak - anak tuan semua Namjoon dah bawa sarapan dekat luar. " Jawab Puan Oh dengan riak takut untuk memandang muka Tuan Jeon yang mulai berang.

" Takkan hari - hari nak makan dekat luar?! Makanan kat rumah ni siapa yang nak makan?! " Jerkah Tuan Jeon, lelaki itu berdiri dengan muka marahnya dan menepuk meja.

Terhinjut bahu Puan Oh mendengar jerkahan Tuan Jeon, Seolrin yang duduk berhampiran apatah lagi.

" You ni kenapa? Biarlah diorang tu. Diorang cuba nak rapatkan kitalah tu. They give us times untuk kita spend sama - samalah tu sayang. " Seolrin cuba menenangkan Tuan Jeon.

Lengan Tuan Jeon yang terdedah akibat lengan bajunya yang dilipat hingga ke siku, diusap Seolrin perlahan.

Tuan Jeon hanya terdiam namun masih dengan riak marahnya.

" Sudahlah. Saya pergi kerja dulu. " Lelaki itu menolak kerusinya ke belakang dan berjalan ke ruang tamu, meninggalkan Seolrin yang hanya memerhati pemergiannya dengan riak menggoda.

Lipatan lengan dibuka dan dibutang kemas pada hujung lengan. Coat hitam yang dipadankan dengan kemeja berwarna putih tanpa dipadankan dengan tali leher disarungkan ke tubuhnya. Coat dibutang elok.

Lelaki itu mencapai beg kerja dan kunci keretanya sebelum keluar dari rumah. Selepas siap memakai kasut kerja yang hitam berkilat itu, lelaki itu terus masuk ke dalam kereta dan kereta bergerak keluar dari pagar automatik menuju laju ke syarikat miliknya sebaik dihidupkan enjinnya.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now