Part 41 : DNA siapa?
Chapter song : DNA by BTS
Jemputlah support my new fanfic tu. Hehe❤ sekarang dah 50+ votes dah allahu. Thanks guys!
━━━━━━━━ ✤ ━━━━━━━━
❮Jeon Jungkook's pov❯
Hari ni, aku tidak ke pejabat kerana terlewat bangun dan berasa letih hendak ke pejabat. Hari - hari menghadap kerja yang sama mampu membuatkan aku jemu.
Di dalam rumah kini, hanya aku dan pembantu rumah berusia separuh abad saja yang ada. Isteri pertamaku membawa anak - anak kami bersiar - siar di luar, isteri keduaku pula menghadirkan diri ke kuliah di Universitynya dan 4 orang rakanku pula sudah masuk hari ke 3 tidak pulang ke rumah.
Aku berada di pejabat peribadiku, sedang berhadapan dengan laptop berjenama yang dihidupkan dan selepas membuka kata laluannya, aku bingung tidak mengerti mahu berbuat apa.
Punggungku diangkat dari menduduki kerusi beroda itu lalu aku keluar dari bilik peribadi. Ani. Tingkat peribadi di mana ianya dijadikan sebagai pejabat peribadiku di tingkat terakhir iaitu tingkat 3 rumahku.
Tangga dituruni dengan perlahan, aku berura - ura ingin ke bilikku yang berada di hujung tingkat dua yang terletak bersama - sama dengan bilik - bilik yang lain. Namun langkahku terhenti di hadapan pintu bilik Namjoon, Yoongi, Hoseok dan Jimin. Rakan - rakan yang aku amat percayai, namun aku waspada pada mereka.
Sejak 3 hari tanpa kehadiran mereka, aku susah hendak menguruskan ahli - ahli Bombangtan. Mereka diibaratkan tulang belakang yang membantuku menanggung beban - beban yang aku tanggung.
Tanganku diangkat dan mendarat pada tombol pintu bilik mereka berempat. Selepas keluhan dilepaskan, aku memulas perlahan tombol itu dan menolak daun pintunya. Maka pintu itu terbuka luas dan memaparkan ruang bilik yang amat besar dan diisi dengan 4 buah katil. Bilik yang sentiasa kemas kerana dibersihkan oleh m--- apa - apa? Kau expect aku nak cakap diorang yang bersihkan? Memang tidaklah. Semuanya kerja pembantu rumah. Apa yang mereka lakukan ialah semakkan semula bilik itu setelah dikemaskan.
Aku menggeleng apabila melihat iguana peliharaan Namjoon, Cutie, sedang dikurung di dalam sangkarnya. Banyak hari tuannya menghilang, makanan di dalam sangkarnya juga sudah habis.
Keluhan keluar lagi dari bibirku. Aku beralih ke arah laci bertingkat yang sederhana kecil, di mana kesemua kelengkapan Cutie dikumpul dan diletakkan di situ. Sepeket makanannya aku keluarkan, dan aku menghidangkan ke dalam sangkarnya.
Cutie memakannya dengan lahap sekali. Aku berdecit lalu tersenyum. Melihat iguana itu makan pun sudah mengingatkan aku pada cara dan habit Namjoon ketika makan.
10 minit aku memerhatinya makan sehinggalah habis. Haiwan aneh itu aku keluarkan dari sangkar, dan mendukungnya. Haiwan ini benar aneh, dan kadang - kadang, ia juga menjijikkan aku kerana rupanya. Tertanya - tanya juga aku mengapa tuannya membelanya dari membela haiwan jinak yang lain seperti kucing, arnab atau anjing.
Kepalanya aku usap lembut. Ekornya yang panjang itu melilit lenganku, mungkin habitnya.
Tidak lama itu, aku merasakan lenganku seolah - olah mempunyai sesuatu yang basah dan cair melekat padanya. Aku mengecheck kerana Cutie yang sedang duduk di lenganku. Dan sangkaanku tepat, Cutie telah membuang air besar di lenganku.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfic[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...