Part 58 : Welcome Back To Seoul
Chapter song : Seoul by RM
Hai guys. Welcome back! 😂🖐❤
Dekat chapter lepas, ramai yang confuse. I don't knowlah why. Maybe korang still blur dengan plot twist tu. But, aku malaslah nak ulang balik. Korang bacalah balik untuk yang tak faham tu, ye. ☺
☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙
Hampir 9 hari Chaerin dan Tuan Jeon bercuti di Jepun dan harini merupakan hari untuk mereka berlepas pulang ke Kota Seoul. Pasangan suami isteri itu bersarapan di bilik hotel mereka buat kali terakhir.
Pada lewat tengahari nanti, barulah mereka akan check - out dari hotel dan selepas itu, mereka akan ke lapangan terbang dengan menaiki teksi yang ditempah oleh Tuan Jeon.
Seminggu lebih mereka berada di sana dan kini sudah mahu pulang. Berat hati Chaerin ingin meninggalkan hotel itu kerana di hotel itulah yang telah menyimpan banyak kenangan manis dan pahit mereka di situ. Dari semasa hari pertama di mana Chaerin dibiarkan mengangkat sebuah bagasi berat milik suaminya dengan hanya memanjat tangga ke tingkat bilik mereka yang berbelas, dibiarkan tidur di atas lantai tanpa sebarang alas dan sehinggalah dua hari lepas, di mana kedua pasangan suami itu mendapat berita menggembirakan. Berita tentang kewujudan kandungan Chaerin yang hampir 6 bulan berada di dalam perutnya tanpa dia sendiri sedari. Dan berita itu juga pasti merupakan berita paling menggembirakan buat kesemua ahli keluarga yang berada di Korea.
Dan sejak dua hari yang lalu juga, Tuan Jeon sudah mula bersikap over - protective terhadap bakal ibu itu. Segala yang dilakukan dan apa saja yang dimakan oleh Chaerin, kesemuanya dipantau oleh si suami. Ke mana saja isterinya pergi, Tuan Jeon pasti akan membontoti gadis itu termasuklah ke dalam bilik air. Dia tidak mahu apa - apa berlaku pada isteri dan anak pertama mereka berdua. Dia mahu menjaga kedua - dua permata hatinya dengan baik.
Walaupun sikap Tuan Jeon merimaskan dirinya, dia tidak mahu ingkar atau bantah apa - apa yang dibuat oleh suaminya kerana dia tahu itu semua ialah kebaikan untuk dirinya juga. Dia tahu bahawa suaminya amat teruja untuk menimang anak sulung mereka nanti.
Tuan Jeon membantu Chaerin mengemas barang mereka dan memastikan tiada barang mereka yang tertinggal di bilik itu. Segala keperluan mereka juga dia periksa termasuklah tiket dan passport. Katil dikemas oleh lelaki itu dan segala selimut dilipat dengan kemas. Itu pun, Chaerin yang suruh -_- mahu biar gadis itu melakukannya? Sudah tentulah Tuan Jeon tidak akan membenarkannya dan dari membiarkan isterinya melakukan kerja itu, dia membiarkan dirinya yang melakukan kerja - kerja itu.
Lelaki itu memerhatikan isterinya yang sedang duduk di sebuah kerusi untuk menyarungkan kasut tumit tinggi. Dia berkerut seribu melihat tindakan gadis itu. Laju saja dia meluru ke arah isterinya dan merampas sepasang kasut tumit tinggi dari tangan isterinya.
" WAE?! " Teriak Chaerin kerana bengang apabila kasut itu dirampas dari tangannya yang baru saja itu menyarung ke kakinya.
" Jangan pakai kasut tumit tinggi mulai dari sekarang. Hubby taknak sayang pakai walaupun tinggi dia cuma 2 inci. " Pesannya pada si isteri dengan nada yang tegas membiarkan isterinya tahu bahawa dia benar - benar memaksudkan pesanan atau lebih sesuai dikatakan sebagai amarannya.
Wajah cemberut gadis berbadan dua itu dipandangnya. Tercebik - cebik bibirnya tidak suka dengan teguran suaminya. " Kenapa pula? " Dia bertanya.
" Kasut tu tinggi. Sayang tu dah berbadan dua, macam mana kalau sayang tak seimbang? Kalau jatuh nanti macam mana? " Chaerin mengeluh kerana dia mengalah mendengar alasan suaminya.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfic[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...