✦【PART 69】✦

2.4K 371 70
                                    

Part 69 : He knows it...

Chapter Song : Promise by Ateez

Maafkan aku sebab dah lama tak update :( aku betul - betul busy 😔 sibuk dengan urusan hospital bapak aku walaupun aku cuti 2 minggu.

Terima kasihlah untuk yang masih setia tunggu fanfic ni ☺ walaupun dah makin banyak fanfic yang best - best.

Aku ada terfikir nak edit buku ni tapi aku nak tunggu bagi habis dulu. ❤

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

Masa berlalu dengan sangat pantas sehinggakan semua penghuni bumi tidak sedar akan pantasnya waktu itu berlalu.

Keluarga Tuan Jeon menjadi sangat bahagia di saat masa berlalu dengan pantas. Sekejap saja mereka dapat menyerasikan diri masing - masing.

Rakan - rakan Tuan Jeon juga sudah dapat menerima kehadiran Pakiu. Itu cukup menggembirakan hati majikan mereka.

Masa juga berlalu dengan pantas sehinggakan Pakiu tidak sedar akan hampirnya ajal yang menantinya.

Amat menyedihkan... Dia masih belum dapat memberitahu suaminya tentang penyakit yang dia alami untuk masa yang lama.

Setiap kali dia mahu berterus - terang, ada saja halangannya. Jaga Chaerinlah, sibuk dengan kerjalah, inilah, itulah.

Namun dia cuba cekalkan diri. Jika dia tidak dapat memberitahu Tuan Jeon tentang hal yang sebenar, dia bertekad untuk semuanya seorang diri.

Terpaksa. Dia terpaksa. Walaupun di ketika saat dia sedang sakit itu, dia amat memerlukan seseorang untuk berada di sampingnya bagi meluangkan saki baki masa yang tinggal untuk jadikan sebagai kenangan yang paling indah sebelum dia pergi.

Dia lakukan semua ini untuk kebaikan suaminya dan madunya sendiri. Dia tahu, akan ada yang mengatakannya sebagai seorang isteri yang mudah simpati sampaikan sanggup biarkan diri sendiri lemas dalam beban yang ditanggungnya.

Pakiu berserah, sekiranya tuhan menarik nyawanya di beberapa saat lagi, atau minit mahupun jam, dia reda dan akan menerimanya. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

❝ JEON PAKIU ❞

Buat entah kali ke berapa dalam minggu ni saja, aku keluar dari rumah untuk ke hospital bagi membuat temu janji dengan doktor peribadiku.

Aku kerap kali keluar sampaikan semalam Jungkook menanyaku, ke mana aku pergi sehinggakan aku langsung tidak dapat duduk di rumah dengan tenang.

Jawapanku hanyalah, " Pergi jumpa kawan je. " Tak pun, " Pergi ke spa atau sauna untuk tenangkan diri. "

Jungkook tidak bercakap banyak dan sekadar angguk acuh tidak acuh saja. Mungkin masih tidak percaya dengan jawapan yang kuberikan. Namun itu semua aku tidak kisah.

Yang penting adalah ajalku yang semakin hampir dan menantiku tanpa aku sedar betapa cepatnya masa berlalu.

Hari ini, seperti biasa aku perlu berjumpa dengan doktor. Dan setelah selesai bersiap, aku keluar secara perlahan - lahan tanpa diketahui oleh sesiapa.

Dapat saja aku boloskan diri ke dalam kereta, aku terus memandu pergi dari situ sebaik saja membuka enjin kereta.

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now