Part 82 : Should We Go?
Chapter Song : Should We | Exo Chen
Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan. ✨
First of all, nak minta maaf sebab lambat update 😭 aku sibuk layan drama sampai tak ingat dunia 😂 dah alang - alang data banyak. 😂
🌸 Enjoy Your Reading! 🌸
☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙
" Yoongi! "
" Yoongi! "
" Min Yoongi! "
Seolrin mencubit kedua - dua belah pipi gebu kepunyaan Yoongi dengan kuat.
Terjerit lelaki itu apabila pipinya dipulas semahu - mahunya. Segera dia bangkit dari baringannya manakala kedua belah tapak tangannya mendarat di pipinya yang kini sudah merah.
" Apa ni?! " Lelaki itu mendengus geram sebaik melihat wajah Seolrin di hadapannya.
" Bangunlah! Semalam awak sendiri yang suruh saya kejutkan awak bangun! " Kini tubuh Yoongi pula menjadi tolakannya.
Dia sendiri yang suruh wanita itu bangun awal - awal dan mengejutnya bangun selepas itu. Katanya dia mahu membawa wanita itu ke satu tempat.
Tapi lelaki itu sendiri yang tidak bangun walaupun sudah banyak kali dikejutnya. Entah apa cara lagi dia mahu lakukan untuk mengejutkan lelaki yang sememangnya sangat liat untuk bangun pagi itu.
" Oh! Aku lupa. " Jawabnya. Keluhan di bibir dihembus lembut.
Memang dia yang suruh tapi apabila tidurnya diganggu, sememangnya dia marah.
" Pergilah mandi. " Suruh Seolrin yang kini sedang mengemas katil yang ditidur Yoongi.
" Kau dah mandi ke? " Lelaki yang berada di atas lantai itu melangut memandang wanita yang sedang memperbetulkan cadar katil.
" Dah lama mandi. " Jawabnya mendatar.
" Meh sini, nak bau shiket. " Lengan Seolrin ditariknya sedikit, menyuruh wanita itu mendekatinya.
" Pergilah mandi. Bila orang lambat, dia bebel. Tapi bila dia lambat, boleh pula suruh orang sabar. " Ditepisnya tangan lelaki itu.
Yoongi perlahan - lahan berdiri. Tubuh Seolrin dipeluknya.
" Nak morning kiss. " Bibir berwarna merah jambunya dimuncungkan di hadapan wajah wanita itu.
" Boleh tak jangan memain? " Yoongi membuka kedua belah matanya. Wajah berkerut Seolrin menyapa pandangannya.
Sengihan diberikan pada wanita itu. " Sorry. Sorry. Ye, aku pergi mandi. " Yoongi berlalu masuk ke dalam bilik airnya.
Pintu bilik air dipandangnya. Gelengan dia berikan apabila mengenang sikap kebudak - budakan Yoongi yang tidak pernah berhenti.
Tilam ditepuknya buat kali terakhir sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur kepunyaan Yoongi.
☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙
Derapan tapak kaki Tuan Jeon yang sedang meneruni tangga bulat, bergema di seluruh ruang di tingkat bawah.
Lelaki yang berusia lewat 20-an itu melangkah ke ruang meja makan untuk bersarapan pagi dengan keluarganya pada pagi hujung minggu itu.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfic[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...