Part 35 : Lee Seorin's comeback
Chapter song : Burn It Up by Wanna One
Do I late?😪
❀ ❀ ❀
Pagi kedua ketiadaan Tuan Jeon bermula dengan baik kerana Pakiu tidak menunjukkan sebarang tanda - tanda ingin melancarkan peperangannya malah dia menegur Chaerin dengan baik.
Walaupun penuh dengan rasa sangsi, Chaerin juga tidak mahu menunjukkan sikap biadapnya walaupun baru semalam mereka menarik rambut satu sama lain. Jadi dia hanya melayani madunya itu seperti tiada apa - apa.
Masing - masing menjamah makanan mereka dalam keadaan senyap. Sesekali Pakiu melirik Chaerin yang sedang menyuap anaknya. Timbul perasaan dengki dan cemburu di dalam hatinya apabila melihat gadis itu melayani anaknya seperti anak gadis itu sendiri walhal mereka bertiga itu datang dari rahimnya.
Habis saja makan sarapan, mereka berdua membiarkan Jungjae, Jungna dan Jungae bermain di ruan tamu manakala mereka berdua pula mencuci pinggan. Pembantu rumah pula sedang menjemur kain di halaman belakang.
Pelik bagi Chaerin apabila Pakiu menawarkan diri untuk membantunya. Dia sibuk mencuci dan membasuh pinggan manakala Pakiu pula mengeringkan pinggan dan menyimpannya.
Mereka berdua mendiamkan diri sebelum Pakiu mula bersuara.
" Dah berapa lama kau dengan Jungkook berkahwin? " Soal Pakiu, matanya hanya memandang pinggan dan tangannya sibuk mengelap.
Chaerin menoleh sebentar memandang wanita 30-an itu sebelum kembali matanya ke singki.
" Lepas hari lahir Jungae, Jungkook dah minta saya untuk berkahwi dengan dia. Dan sebenarnya kami berkahwin bukan sebab suka satu sama lain, tapi sebab dia terlalu sayangkan anak - anak dia sampai dia sanggup menurut apa yang anak dia nakkan. Bukan saya minta untuk ganggu rumah tangga unnie, tapi disebabkan nakkan duit untuk sara hidup, saya terpaksa mencari kerja dan, ya. Saya dapat satu tawaran bekerja dari Jimin memandangkan dia seuniversiti dengan saya. Saya pun apa lagi, terima jelah. Saya anak yatim piatu, dari kecil dibesarkan di rumah anak yatim. Saya membesar pun dengan seorang kawan yang saya dah anggap dia macam adik - beradik dah. Saya sendiri tak tahu kenapa budak - budak tu nak sangat saya berkahwin dengan Jungkook dan ya, di depan unnie ni, saya yang menjadi isteri kedua Jungkook. Sampai sekarang saya tak tahu, apa perasaan Jungkook terhadap saya tapi saya tak nak bertanya, sebab cukuplah dia boleh layan saya sebagai mak kepada anak - anak dia. Saya tak minta pun untuk rampas Jungkook dari unnie tapi saya harap, unnie boleh terima kehadiran saya mulai sekarang. " Jawab Chaerin dengan terang.
Pakiu hanya mendiamkan diri. Buat entah kali ke berapa, dia mengesali perbuatannya dan perlahan - lahan dia cuba menerima Chaerin walaupun sungguh perit apabila mengingatkan bahawa dia terpaksa bermadu.
" Aku cuba. " Itu saja jawapa dari Pakiu.
Chaerin hanya mengangguk. Dia juga tidak boleh menerima bahawa dia merupakan isteri kedua pada mulanya kerana baginya isteri kedua ibarat perampas kebahagian kepada madu mereka sendiri. Namun dia tetap juga sabar dan mencuba menerima kenyataan bahawa Tuan Jeon mempunyai dua isteri.
❀ ❀ ❀
Chaerin sudah berangkat naik ke biliknya manakala Pakiu pula sedang menonton televisyen, ditemani oleh Jungjae yang sedang bermain permainan video menerusi telefon pintar dan headphonenya manakala Jungna dan Jungae sedang bermain patung Barbie.
Suasana yang aman dan damai itu terhenti seketika apabila loceng rumah mereka dibunyikan secara bertubi - tubi. Siapa pulalah orang yang tidak beradab itu?
Jungae berlari ke arah pintu dan membukanya. Melihat gerangan orang yang sedang berdiri di hadapan rumahnya membuatkan Jungae menjerit memanggil mamanya.
Kelam - kabut 3 beranak itu menuju ke pintu. Rupa - rupanya Seolrin aka Aunty Sihir yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah mereka.
Melihat kehadiran Pakiu dari dalam rumah membuatkan Seolrin tersenyum sinis. " Hai. Dah puas ke berseronok dekat luar? Mentang - mentanglah Jungkook dah kaya sekarang ni, kau balik nak kikis duit dia ke? " Soal Seolrin, sinis.
Pakiu menggetap rahangnya. Difikirkan dirinya saja yang menyemak di dalam rumah ini, lupa pula dia pada perempuan itu yang lebih menyemak dari dirinya.
" Suka hati akulah nak balik ke tak nak balik ke. Ni rumah suami aku, Jungkook tu masih suami aku yang sah. Kau tu, siapa kau sampai nak datang rumah dia ni? Setahu aku, kau ni cuma rakan kongsi dia je. Takkanlah sampai ke rumahkan nak berbincang pasal kerja? By the way, suami aku takde dekat rumah ni. Tengah sibuk nak mencari nafkah untuk anak - anak dan bini - bini dia. " Balas Pakiu.
Memang benar katanya, Seolrin itu hanyalah rakan sekolah Tuan Jungkook dan tidak langsung mempunyai sebab untuk datang ke rumah suaminya.
" Aku? Aku layaklah sebab aku ni bakal madu kau, bakal isteri kedua Jeon Jungkook. " Tawa sinis Pakiu terletus apabila mendengar perkataan 'isteri kedua'.
Kau cukup terlewat Seolrin. Kau tersangat lewat. Tapi itulah, memang cukup bersyukur baginya ketika itu apabila menyedari yang madunya ialah Chaerin bukan seseorang seperti Seolrin.
" Isteri kedua? Aku rasa kau masih tak tahu lagi ni. Aku fikir semua benda aku takkan tahu sejak tinggal dekat luar negara, but tak tahu pula yang kau ni sebagai 'rakan kongsi' Jungkook pun tak tahu yang Jungkook bukan hanya ada satu isteri, tapi sebenarnya dia ada 2 orang isteri. But kau fikir kau boleh jadi isteri ketiga? Harap maaflah Seolrin, aku boleh jamin yang benda - benda tu takkan berlaku sebab Jungkook bukan lelaki yang jenis tertarik kepada perempuan sundal plus persis pelacur macam kau ni. "
Kini giliran Seolrin pula menggetap rahangnya. Anak - anak Tuan Jeon hanya memerhati mama dan aunty sihir itu berperang mulut.
" Sayang - sayang. Pergilah main, ye? Mama nak bercakap dengan aunty sihir ni. " Jungjae mengangguk, memahami bahawa tidak lama lagi perang besar berlaku.
Dia mengheret adik - adiknya kembali ke ruang tamu.
" Eh perempuan. Kau jangan terlalu yakin sangatlah bodoh. 4 tahun kau tinggal Jungkook, aku yang sentiasa ada dekat sisi dia. Tapi kau? Isteri saja, tapi tak pernah jalankan tanggungjawab kau. " Pakiu memeluk tubuh.
Sudah lali dengan ayat itu. Dia sudah tanam dalam dirinya bahawa dia ingin berubah.
" Sebab tulah aku cakap, isteri kedua dia, dah tolong aku laksanakan tanggungjawab aku pada dia. " Jawabnya tenang.
Seolrin mengerutkan dahinya. " Siapa isteri kedua dia? Apa yang kau mengarut ni? "
" Kau tahu Chaerin? Dialah isteri kedua Jungkook. " Terbeliak mata Seolrin mendengar nama itu disebut.
Difikirkan bahawa Chaerin hanyalah guru untuk anak - anak Tuan Jeon, rupa - rupanya gadis itu ialah isteri kedua lelaki yang disukainya?
" Kau tipu ke ni? " Soal Seolrin, mahukan kepastian.
" Kau nak aku tanya Jungkook ke? " Terus Seolrin menggeleng. .
" So, apa tujuan kau datang ke sini? " Soal Pakiu.
" Aku datang sini sebab..... "
❀ ❀ ❀
Sorry sebab xbest + lambat update dan sebagainya.
Yelah sibuk weyh. Aku dahlah nak pindah rumah. Rasa berat hati nak tinggal Penang ಥ_ಥ
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfic[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...