Part 61 : Tetamu yang tidak diundang
Chapter Song : Dionysus by BTS
Sorry for no update for a long time :)
Im back with D Style DNA mix with my blood 😂
Okay, Now im ready for sho 😌
Do anyone miss our Taehyungie? Here he comeback with me with D Style 😂
Shower me with a lot of loves!! Go check out Ustaz Mafia & Insane Love juseyo! ❤
Miss your comments :)
☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙
Hari demi hari berlalu dengan pantas sejak hari di mana Chaerin mengetahui tentang pekerjaan haram Tuan Jeon dan rakan - rakannya. Memang pada mulanya, wanita itu sedikit kecewa apabila mengetahui tentang itu namun dia membiarkan saja memandangkan suaminya berkata yang kerja itu ialah untuk menolong anggota polis.
Kandungannya juga semakin sihat dan sangat berselera untuk makan. Selera makannya kini dilayani oleh madunya dan suaminya yang akan sentiasa memenuhi keinginannya.
Hari ini, wanita berbadan dua itu bangun awal seperti biasa untuk melihat Tuan Jeon dan 4 orang lagi rakannya bertolak ke kerja.
Dan pada harini jugalah, rutin harian baru mereka dimulakan. Rutin harian di mana mereka akan mula membuat sedikit senaman sebelum ke kerja dan setelah pulang dari kerja. Iaitu, tekan tubi sebanyak 30 kali sebelum ke kerja dan 30 kali setelah sampai ke rumah.
Jeon Chaerin menyuruh mereka melakukan semua itu untuk mengusik 5 orang lelaki itu. Geram? Semestinya dia masih geram dan tidak percaya tentang kerja haram yang dilakukan, kerana itulah dia menyuruh mereka membuat senaman itu.
Namjoon juga sering diugutnya. Jika lelaki itu mula bertindak malas, pasti saja nama Hyemi bakal disebut oleh Chaerin untuk menaikkan semangat lelaki itu. Ya, Hyemi masih belum tahu dan Namjoon tidak akan memberitahunya sehinggalah mereka mempunyai hubungan yang lebih terikat.
Dia menonton lelaki - lelaki itu yang sedang menekan tubi dengan berpakaian pejabat.
Jika ditanya dia cair ke tak bila tengok muscle - muscle diorang yang sekarang tengah mengetat di bahagian lengan tu, mesti dia akan jawab dia tersangat cair.
Cubalah bayangkan 5 orang lelaki kacak sedang bertekan tubi di depan kau yang tengah duduk dekat kerusi macam seorang permaisuri ni. Lagi - lagi 5 lelaki yang tengah ikut cakap kau tu ialah mafia? Gosh, sila sebat kelima - lima sekali.
" Weyh. Harini baru hari pertama weyh, mahunya mampus kita semua bila sampai hari ketujuh. " Namjoon membisik kepada ketua mafia mereka yang ganas dan kejam namun berubah menjadi jinak bila datang pada permaisurinya.
Tuan Jeon mengeluh sambil memejam mata. " Molla. Lagi aku rela buat benda ni dari kena halau tidur luar dengan Chaerin. " Lelaki itu membalas pasrah. Dia sendiri tidak tahu apa perlu dibuatnya bila Chaerin yang memutuskan semua itu.
Namjoon juga ikut mengeluh apabila menyedari bahawa bossnya sendiri tiada idea. Mereka berlima menyambung menekan tubi dengan keluhan yang tak henti - henti keluar dari bibir mereka.
" 27, 28, 29, 30!!! Kkeut! " Chaerin bersorak memberi semangat kepada mereka.
Tuan Jeon, Namjoon, Yoongi, Hoseok dan Jimin terbaring di lantai kepenatan. Yelah, dengar 30 kali tu memang mudah. Tapi cuba buat, kau tahulah betapa penatnya. Ini baru nak pergi kerja, entah balik kerja nanti boleh pengsan apa. Dengan penat baru balik kerja lagi. Tapi tulah, siapa je mereka ni nak bantah kata - kata maam besar? *sigh*
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfic[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...