✦【PART 76】✦

2K 269 16
                                    

Part 76 : Rasa Kehilangan...

Chapter Song : Let Go by BTS

Here another update! Aku rasa idea datang banyak sangat 😂 jadi kita updatelah untuk tak hilangkan idea. ❤

Wah! Terima kasih untuk semua yang sudi baca!! 😭 aku fikirkan takde dah yang nak baca. Rupa - rupanya ada!! ✨

Alhamdulillah!! Thanks untuk vote dan komen yang korang kasi, aku akan gunakan sebaik mungkin 👌

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

Raungan anak - anak Tuan Jeon memenuhi ruangan bilik di mana tetamu boleh memberikan penghormatan terakhir pada mendiang Pakiu.

Ramai tetamu Tuan Jeon datang untuk mengucapkan takziah kepadanya. Lelaki itu pula semakin kelihatan tidak terurus. Dia kelihatan seperti seseorang yang sudah hilang akal.

Semenjak mayat isteri pertamanya ditemui di dalam bilik, dia menangis dan tidak berhenti - henti menyalahkan dirinya yang tidak tahu akan penyakit yang dihidapi Pakiu selama ini.

Dia terlalu leka dengan Chaerin sampaikan dia lupa untuk memberi waktu dan kasih sayang pada isteri pertamanya. Dia benar - benar menyesal.

Kesemua anak buah Namjoon, Hoseok, Jimin dan Yoongi turut datang untuk memberikan penghormatan terakhir. Mereka bersimpati akan kehilangan Pakiu, ditambah pula dengan isteri keduanya yang sarat mengandung dan masih tidak ditemui sejak diculik.

Ateez juga datang sebaik dengar berita yang disampaikan. Mereka sudah menemui di mana Chaerin berada dan siapa yang telah menculik Chaerin.

Tetapi apabila mendengar khabar sebegini, mereka menahan diri mereka untuk tidak memberitahunya lagi. Takut jikalau Tuan Jeon tidak dapat mengawal perasaannya.

Namjoon menghampiri anak - anak buahnya untuk bertanyakan perkembangan.

" Ada apa - apa yang korang dah dapat? " Soalnya dengan wajah yang muram.

Tiada lagi riak dingin yang selalu dia tayangkan pada kesemua pekerja - pekerjanya.

" Dah. Semuanya kami dah dapatkan. Cumanya, kita tangguhkan sedikit lagi masa untuk biar Tuan Jeon berehat. " Hongjoong menjawab sebagai ketua. Namjoon mengangguk setuju.

" Teruskan mengintip sampailah aku bagi arahan untuk mula bertindak. Korang semua kena sentiasa bersedia sebab aku akan bagi arahan bila - bila masa sahaja. Termasuklah tanpa pengetahuan Jungkook. " Mereka berlapan mengangguk faham akan arahan majikan mereka.

Namjoon kembali ke arah Tuan Jeon yang terduduk di lantai semenjak tadi bersama dengan Jungjae, Jungna dan Jungae.

Seorang pekerja di pusat penyimpanan abu mayat itu menghampiri mereka. Namjoon menunduk hormat, mewakili Tuan Jeon yang tidak mengendahkan kedatangan pekerja itu.

" Ada apa yang saya boleh bantu? " Namjoon bertanya dengan sopan.

" Saya nak beritahu yang kita sudah melebihi masa dan abu mayat perlu disimpan ke dalam rak mengikut prosedur. Jadi, saya nak minta izin penjaga untuk lakukan pengubahan bekas abu. " Terang pekerja itu sambil mengerling ke arah Tuan Jeon.

Namjoon turut memandang ke arah lelaki itu. " Kook. Diorang dah kena ubah abu mayat. " Dia mendaratkan tapak tangannya perlahan ke bahu lelaki itu yang sedang memeluk Jungae.

Lelaki itu memandang Namjoon sekejap sebelum mengangguk menandakan bahawa dia mengizinkan pekerja pusat penyimpanan abu itu membuat kerja mereka.

Air mata yang membasahi pipi dikesatnya. Sudah berejam - jam dia menangis. Sepatutnya dia kuat dan tidak perlu lemah sebegini. Namun, dia juga seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now