✦【PART 04】✦

4.5K 690 182
                                    

Part Four : M-mommy?!

New chapter;
Thanks for 400 reads in 5 days.

Lagu yang disediakan tidak mempunyai kaitan dengan jalan cerita untuk chapter ni but aku just terharu sebab dedua bias aku nyanyi and aku terharu sebab lagu ni macam ditujukan untuk Army. Agagaga.

So, kita buat Jungkook baik dan tiada scene Jungkook as badboy. Anda pilihkan🌚 jangan salahkan seya. (Sorry sebab tak balas comment sebab notice tak masuk. Kau nampak tak betapa babinya wattpad ni)

Dedicate to -psychohyuns

❀❀❀

« Kim Chaerin's pov »

Pagi yang indah membuatkan aku terpaksa bangun awal sebab semalam aku terlupa mahu mempackingkan baju - bajuku untuk tinggal di sana. Dalam hati, aku berasa sedih sebab perlu tinggalkan bongok itu seorang diri. Tapi atas sokongan dia, aku terima juga kerja ni. Walau sebongok - bongok mana pun Hyemi, aku still sayangkan dia sebab dialah satu - satunya orang yang aku dah anggap macam keluarga aku sejak aku dan dia masih kecil. Waktu kecil, kami hanya bergantung pada satu sama lain. Kami sama - sama tidak mempunyai ibu, ayah dan adik - beradik. Jadi aku menganggapnyalah segala - galanya bagi aku, begitu juga dirinya.

" Woi Chae!! " Teriaknya sebaik saja menolak pintu bilik aku sehingga menghempap ke dinding dan boleh dikatakan hampir nazaklah pintu bilik aku sekarang.

" Kenapa? " Soalku tanpa memandang ke arahnya yang menghampiri aku.

" Aku nak tolong kau, boleh? " Aku menjeling ke arahnya sebelum mengangguk. Tanganku ligat melipat dan menyusun pakaian - pakaianku ke dalam bagasi yang bersaiz besar dan mempunyai corak bunga ros berwarna merah. Hyemi duduk bersila di sebelahku dan mula menolongku.

Hyemi menolong aku melipat- ani. Dia tolong buat aku makin menyampah and rasa macam nak carik mulut puaka dia.

" Weyh Chae. Kecil gila bra kau. "

" Woi Chaerin. Biar betul kau ada panties warna - warni. "

" Chaerinnnnnnn!!!!! Kau ada baju hoodie Seventeen siak!!!! Kau tak bagitahu aku!!! "

" Rin!!!! Kau beli lighstick Monsta X tak cakap siak!!!! "

Itulah antara ayat yang keluar dari mulut Hyemi. Dah boleh nampak dah kenapa aku panggil dia bongok?

Sesi mempacking baju aku memakan hampir 2 jam setengah atas faktor kewujudan Hyemi yang katanya nak 'tolong' aku.

Akhirnya kami berdua turun ke bawah untuk bersarapan. Pukul 2 petang nanti baru Jimin ambil aku. Jadi aku ada masa untuk membongok bersama Hyemi bongok.

❀❀❀

Masanya sudah tiba untuk Chaerin bertolak ke rumah majikan barunya dengan Jimin yang datang mengambil.

" Chae. Jangan lupa dah dapat nombor telefon Jimin, bagi aku tahu. " Bisik Hyemi ke telinga Chaerin. Chaerin hanya mengangguk tapi dia tidak akan beri kepada Hyemi kerana dia tidak mahu Jimin akan berasa tidak selesa jika dia berbuat begitu.

" Hujung minggu balik tau! " Chaerin mengangguk sekali lagi. Dia berpelukan dengan Hyemi buat kali terakhir sebelum masuk ke dalam kereta Jimin.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now