✦【PART 83】✦

2.7K 224 95
                                    

Part 83 : Our Happy Ending

Song Chapter : Heartbeat by BTS

Assalammualaikum dan hai, korang! Sampailah kita dekat chapter terakhir untuk fanfic Mr. Jeon's housewife ni 😊

Hope korang enjoy chapter kalini buat kali yang terakhir. ☺❤

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

5 tahun kemudian...

Tuan Jeon melangkah turun dari keretanya lalu membantu anak - anaknya turun dari kereta manakala isterinya, Chaerin keluar sambil membawa sejambak bunga mawar.

Pandangannya dialih pada anak - anaknya. Jungjae dan Jungna memegang tangan Jungchan dan Jungtae yang kini sudah berusia lima tahun itu.

Jungae pula menuju ke arah mommynya lalu memegang tangan wanita itu.

" Cuaca harini baik, mesti eomma gembira tengok kita datang, kan mommy? " Wajah Chaerin dipandangnya.

Wanita itu mengukirkan senyuman nipis. " Mestilah sayang. Eommakan ada dekat tempat yang sangat cantik dan eomma gembira bila tahu kita datang. " Rambut milik anak tiri bongsunya itu diusap.

" Lagipun nikan ulang tahun kelima eomma berada di tempat yang cantik. Mestilah eomma gembira. " Jungae tersenyum manis.

" Jom kita pergi dulu, nanti daddy datang. " Tangan Jungae diraihnya dan dia mula berjalan memasuki kawasan perkuburan.

Dia berhenti sebaik tiba di hadapan kubur kepunyaan Pakiu. Bunga yang sudah pun layu yang berada di dalam pasu itu, dikeluarkannya dan digantikan dengan bunga mawar yang baru dibelinya.

Rumput - rumput kecil yang tumbuh, dicabutnya satu per satu. Jungae tidak membiarkan mommynya melakukan kerja itu seorang diri, dia juga turut membantu.

" Eomma. Ae datang tengok eomma lagi. Eomma sihat ke? " Jungae membuka mulut, bertanya seolah - olah eommanya berada di hadapannya.

Chaerin tersenyum nipis memandang gelagat kanak - kanak itu yang semakin cerdik dan pandai melihat dunia itu.

" Eomma mesti tengah gembirakan? Daddy dan mommy bawa Chan dan Tae lagi datang sini. Unnie dan oppa pun ada. " Omel kanak - kanak itu.

" Ae berbual dengan eomma? " Tuan Jeon bertanya sebaik tiba.

Jungae memandang ke arahnya daddynya dengan senyuman lebar. Dia mengangguk mengiyakan kata - kata daddynya.

" Eomma gembira sebab daddy bawa kami datang lagi. " Tuan Jeon mengangguk sambil tersenyum.

Pandangannya dialihkan kepada kubur milik isteri pertamanya. Perasaan kesal akan dirinya masih berparut dalam dirinya.

Kesal dengan dirinya yang tidak mengetahui status kesihatan diri isterinya. Malah dia juga tidak mengambil peluang untuk bersama dengan isterinya di saat - saat akhir.

Dan lebih membuatkan dia terkesan sehinggalah kini ialah kerana dia tiada di sisi isterinya di saat wanita itu menghembus nafas terakhir.

Namun dia cuba untuk menebus kesemua kesilapannya dengan menjaga dan menyayangi isteri serta anak - anaknya sepenuh hatinya.

" Mari tunduk hormat pada eomma dulu dan lepas tu, kita boleh berbual dengan eomma lagi. " Tuan Jeon mengiringi mereka memberikan penghormatan pada Pakiu.

[ mood aku spoil bila type nama Pakiu 😌 ]

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now