Part 31 : keputusan ujian DNA
Chapter song : Don't let me know by iKON
Sorry lambat huhu😌
❀ ❀ ❀
Rumah agam milik Tuan Jeon sunyi dengan ketiadaan anak - anaknya dan isterinya, Chaerin. I mean Pakiu dan Chaerin.
Hari Selasa di mana Tuan Jeon dan Yoongi ke pejabat, manakala Namjoon pula terpaksa ke markas mereka kerana perlu bermesyuarat dengan anak buahnya dan Yoongi, yang perlu menggantikan Jimin yang bercuti bersama Hoseok pada hari itu. Chaerin sudah keluar awal pada waktu pagi, membawa anak - anaknya keluar bersama Seokjin yang rindukan 3 anak Tuan Jeon itu. Pakiu? Wanita itu juga di awal pagi sudah keluar.
Hanya tinggal Hoseok dan Jimin yang terlewat bangun untuk bekerja kerana semalaman bermain permainan video bersama, serta 2 lagi pembantu rumah.
Kedua - dua lelaki itu sedang duduk di sofa di ruang tamu dalam keadaan kebosanan. Sejak bangun dari tidur tadi, mereka tidak tahu ingin berbuat apa kerana selalunya pada waktu begini mereka sibuk bekerja di tempat kerja masing - masing. Ingin menonton televisyen, tiada pula rancangan atau filem yang menambat hati. Membaca? Bukanlah sesuatu perkara yang menyeronokkan.
" Hyung. Kalau Chim tahulah kan kita akan bosan macam ni, baik Chim keluar pergi kerja je. " Katanya dengan nada sedikit menyesal.
Hoseok yang sedang berbaring di paha Jimin mendongakkan kepala, memandang adiknya yang mengeluh.
" Tahu takpe. Bolehlah hyung tolong Joon latih budak - budak tu harini. " Hoseok menghela keluhan.
Mereka berdiam sebentar sebelum Hoseok menyedari ketiadaan beberapa penghuni rumah.
" Mana Chaerin dengan budak - budak tu? Selalunya pagi - pagi ni riuh - rendah je suara diorang. " Hoseok bertanya kepada Jimin, memandangkan lelaki itu bangun sedikit awal darinya.
" Diorang keluar awal pagi tadi, pergi jumpa Seokjin hyung. " Jimin menyandarkan kepalanya ke sofa.
" Chim. Pasal Chaerin, kau rasa betul ke dia anak niat tak baik dengan Jungkook? " Pertanyaan itu membuatkan mata Jimin yang tertutup itu, terbuka semula. Kepalanya ditundukkan memandang Hoseok ya g juga memandangnya.
Keluhan kedua dilepaskan. Baru saja dia cuba menidakkan pemikirannya terhadap Chaerin itu.
" Kalau hyung tanya Chim, Chim jawab tak. Come onlah hyung. Kalau betul - betullah dia ada niat jahat dengan Jungkook, takkanlah dia layan anak - anak Jungkook macam anak dia sendiri. Kalau dia memang ada niat tak baik, dah lama rasanya dia buat perangai. Sekarang dah hampir masuk 5 bulan diorang kahwin. Takde pun benda yang curiga. Semua yang dia buat tu macam orang biasa buat. Bangun tidur, pergi kuliah, balik kuliah, jaga anak, suami balik, jaga pula suami. Hyung pun tahukan budak - budak Chim perhatikan dia? Takda apa pun yang mencurigakan. Berjumpa dengan Taehyung pun bukannya selalu. Kali terakhir diorang berjumpa pun waktu dekat funfair tu je. " Jimin membaringkan semula kepalanya ke sofa.
" Aku pun tak tahulah nak cakap apa, Jimin. Kita tunggu jelah result tu keluar. Lepas tu kita simpulkan jelah. Macam yang Namjoon cakap, jangan sampai benda ni Jungkook dapat tahu, sudah. " Pelipis diurut.
Mereka berdua mendiamkan diri sehinggalah pembantu rumah memanggil mereka untuk bersarapan.
❀ ❀ ❀
﹃Kim Namjoon's pov﹄
Aku berada di bilik mesyuarat di bangunan atau markas kami. Aku memanggil mereka untuk mengadakan perbincangan sekali gus merancang strategi untuk melawan kumpulan Taehyung. Strategi yang telah aku fikirkan, telah diolah semula oleh Wooyoung dan Mingi, anak buah aku. Yoongi yang sepatutnya menyertai, tidak dapat hadir membuatkan aku perlu menguruskan anak - anak buahnya juga.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfiction[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...