✦【PART 80】✦

2.3K 259 43
                                    

Part 80 : New Born Babies

Song Chapter : My Beauty by VeryVery

Assalammualaikum dan hai! Hope korang semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan. ❤

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih sebab kita dah berjaya reach 30K votes! 😭 Ya Allah, aku tak tahulah apa yang aku dah buat sampaikan aku boleh berjaya dapat 30K ni 😔

Terima kasih banyak - banyak sebab sudi vote dan beri sokongan untuk aku teruskan fanfic ni sampailah penamat dia. 🙏❤ and, sorry for late hehehe.

Enjoy Your Reading! ❤

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Usai selesai proses bersalin, Chaerin dihantar ke wad VIP. Wanita yang sudah bergelar seorang ibu itu diberi rehat secukupnya.

Tuan Jeon tersenyum gembira. Dia berasa sangat lega. Isteri dan kedua orang anaknya, hasil perkahwinannya dan Chaerin telah dilahirkan dan berada dalam keadaan yang sihat.

Ya, Chaerin selamat melahirkan dua orang anak lelaki. Kembar itu sangat comel dan cukup membuatkan Tuan Jeon mengalirkan airmatanya.

Dia sudah mengdaftarkan mereka berdua dengan nama Jeon Jungchan pada anak sulung dan Jeon Jungtae untuk nama anaknya yang kedua.

Hampir seharian Chaerin tidur, akhirnya dia sudah sedar dan dapat memegang anaknya buat kali pertama sejak dia melahirkan mereka.

Jungchan yang berada didukungannya, diusap pipi bayi itu lembut. Senyuman lebar di bibirnya tidak pernah pudar.

Itulah anak sulungnya. Anak sulung kandungnya dan Tuan Jeon.

" Apa nama dia, hubby? " Chaerin bertanya kepada suaminya yang sedang memegang Jungtae.

" Hubby namakan anak sulung kita ni dengan nama Jungchan dan yang ni dengan nama Jungtae. Sayang tak kisahkan? " Chaerin melangutkan wajahnya, memandang suaminya. Senyuman dilemparkan bersama dengan anggukan menandakan dia tidak kisah.

" Untunglah Jae. Dia selalu mengadu dekat hubby yang dia nakkan kawan. Sekarang dia dah dapat adik baru. Bukan satu, dua pulak tu. " Kata Tuan Jeon.

" Oh! Mana anak - anak yang lain? " Rindu pula pada anak - anak tirinya.

Sememangnya sejak dia diculik sehinggalah dia masuk ke hospital, dia tidak berjumpa dengan tiga orang anak tirinya.

Rindu? Sememangnya dia rindu.
Sayang? Baginya mereka sudah seperti anaknya sendiri.

Manakan tidak, merekalah yang telah membuktikan padanya bahawa dia layak menjadi seorang ibu untuk mereka dan untuk anak kandungnya sendiri.

" Kejap lagi Hongjoong dengan kawan - kawan dia akan bawa diorang semua datang. Seonghwa dan Yeosang tu dah tak sabar - sabar nak tengok anak kita ni. Lagi - lagi bila hubby cakap yang kita dah dapat boys. " Chaerin tertawa kecil.

" Saya tak pernah jumpa diorang betul - betul. " Dahi Jungtae didukungan suaminya dikucup.

Lena sahaja kedua - dua anaknya itu tidur. Bagaikan tidak kisah dengan suara ibu bapa mereka yang sedang berbual.

" Perangai diorang sama je macam yang lain. Bising. " Jawab Tuan Jeon mendatar.

Memikirkan betapa bisingnya Ateez, membuatkan dia mendengus.

" Tak baik cakap macam tu. " Tegur Chaerin.

Suaminya kalau boleh, semua orang dia tidak puas hati. Macamlah dia seorang yang betul.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now