Part 62 : Kedatangan Abang Ipar
Chapter Song : Hala Hala by ATEEZ
Selamat menyambut puasa al-mubarak. Sorry late. 😂🌸
Go check out my backup account BEYONDTHESHIT-, I'm just opening Batch 2.0 of my promote book.
☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙
━━ ✤ JEON JUNGKOOK ✤ ━━
Aku menggetap bibirku namun aku cuba menyorokkan perasaan terkejutku dari pengetahuannya dan aku gantikan dengan senyuman sinis yang terukir di bibir. Lagak tenang cuba aku pamerkan.
" Kau fikir rumah aku ni rumah anak yatim ke, Taehyung? Datang tiba - tiba lepas tu tanya pula adik kau. " Aku berdecit sinis ke arahnya yang kelihatan geram.
" Kau jangan main - mainlah dengan aku, Jungkook. Mana dia sekarang?! " Suara derasnya membuatkan aku menjenguk ke dalam rumah untuk melihat jika ada yang terdengar.
" Hubby! Siapa tu? " Kepalaku yang terasa gatal aku garu kasar.
Siot betullah jantan ni.
" Takde siapa pun sayang. Anjing kurap je ni. " Aku membalas soalannya dengan laungan.
Pandanganku kembali kepada musuh ketatku atau faktanya ialah abang ipar aku, abang kandung Chaerin, isteriku. Aku menariknya ke luar pagar rumah agar lebih selamat.
Setelah tiba di luar pagar, Taehyung menolak kasar tanganku yang mencengkam lengannya.
" Berhenti kacau hidup akulah, Taehyung. Mustahillah Chaerin boleh jadi adik kau. Dari berjuta manusia dekat Seoul ni? Heh! Kau fikir aku akan percaya? Ni bukan dramalah, Taehyung. " Aku cuba menafikan kenyataan, cuba untuk berdalih.
" Kau fikir aku ni hamak sangat nak ada hubungan dengan kau? Tapi ini fakta, bodoh. Kim Chaerin tu adik aku!!! " Teriak Taehyung, marah.
Dia menunjukkan jarinya ke arah aku. " Dan aku sendiri tak sangka yang adik ipar aku, rupa - rupanya jantan sial macam kau! Aku sendiri tak tahu, macam mana adik aku boleh terpikat dengan jantan macam kau ni! " Dia berteriak lagi.
Aku menghembuskan keluhan berat. Rahsia yang selama ini aku cuba untuk sembunyikan dari pengetahuan Chaerin menjadi semakin sukar apabila Taehyung juga mengetahuinya. Mataku dipejam rapat, cuba mengusir perasaan bimbang yang semakin bersarang.
" Aku rasa kau ni mimpi, Taehyung. Chaerin tu anak yatim. Dia takda keluarga, takda adik - beradik dan... Dia takda abang. " Mataku menikam tajam ke dalam matanya yang tidak kalah tajam.
" Berhenti perbodohkan aku, Jungkook. Aku dah tahu semuanya dan aku yakin, kau pun tahu pasal ni. Sebab tulah, kau rancang untuk bawa adik aku bercuti, kononnya honeymoon. Rupa - rupanya, kau dera dia dekat sana. Kau buat dia pengsan, demam, menangis dan.. Sekarang.. Kau buat dia kandungkan anak syaitan kau? " Dia bersuara dengan tenang namun aku tahu bahawa dia sedang menahan geram.
Aku menelan liurku. Dia tahu.... Kesemuanya? How?
Riak terkejut aku yang tak dapat dikawal membuatkan dia terketawa sinis.
" Kau buat adik aku macam sampah, Jungkook. " Tambahnya lagi.
Bibirku bergetar tanda gemuruh dengan kata - katanya yang benar belaka.
Sudah berapa lama dia tahu? Bila? Bagaimana?
" Kau mesti terfikirkan, macam mana aku boleh tahu? Aku terjumpa dia dekat sebuah cafe dulu. Waktu pertama kali aku daratkan mata aku dekat dia, waktu tu perasaan yang aku tak dapat kenal pasti lahir. Sama ada perasaan sayang, perasaan cinta atau perasaan suka, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku nak sangat ambil berat dekat dia. " Dia mula bercerita. Tatapannya tak pernah lari dari wajahku.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfiction[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...