✦【PART 17】✦

4.1K 634 106
                                    

Part 17 : Being his wife

Chapter song : Marry me by Yesung (SuJu)

Thanks for 4k votes, 17k reads & 800 followers. 💃❤

Disebabkan Tae oppa buat kerja yang baik untuk chap lepas, aku setuju untuk benarkan dia bekerjasama. But tak sure if chap ni best macam chap lepas.💃 mommy aku busy lagi. So aku nanak kacau dia agagagaga.

❀ ❀ ❀

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Tuan Jeon dan secara rasminya lelaki itu sudah berusia 28 tahun. Namun hari ini Tuan Jeon bukan saja akan menyambut hari kelahirannya, namun dia juga akan menyambut hari perkahwinannya bersama Kim Chaerin.

Lelaki ini bersetuju untuk menunaikan permintaan anak bongsunya di hadapan orang ramai di malam itu. Dan hari inilah dia dan Chaerin akan dikahwinkan bersama.

❀ ❀ ❀

Dewan majlis riuh dengan suara tetamu yang sibuk berbual satu sama lain. Namjoon, Jimin, Yoongi dan Hoseok serta Seokjin sibuk melayan tetamu yang hadir. Tidak kurang juga anak - anak Tuan Jeon yang gembira kerana mereka akan mendapat 'mommy' yang rasmi tidak lama lagi. Sibuk mereka membantu melayan uncle - uncle mereka melayan tetamu.

Chaerin dan Tuan Jeon yang berada di bilik berasingan mula merasa gementar menanti pengumuman dari MC majlis yang akan meminta mereka masuk ke dalam dewan.

Gadis yang berada di kerusi besar dengan memakai gaun pengantin bermain dengan jarinya. Entah mengapa dia berasa takut dan gementar.

Dia juga menunggu ketibaan rakannya, Hyemi yang masih belum sampai.

Tidak lama itu, pintu bilik menunggu yang diduduknya terbuka dan figura Hyemi masuk ke dalam bilik.

Gadis itu menghampirinya. Chaerin bangun lalu memeluk gadis itu. Sejak dia bekerja di rumah Tuan Jeon, gadis itu sibuk dengan kerja - kerjanya sehingga dia tidak mempunyai masa untuk berjumpa atau berbual bersama Hyemi.

Pasti rakannya itu terkejut mendengar berita yang dia akan berkahwin dengan majikannya sendiri.

" Kau okay tak ni, Chae? " Chaerin hanya mengangguk perlahan.

Hyemi duduk di sebelah pengantin perempuan itu dan menggenggam tangannyanyang berpeluh. Gementar mungkin.

Masing - masing berdiam diri menghayati kesunyian itu sebelum seorang wanita yang berusia 30-an memanggil Chaerin untuk masuk ke dewan.

Makin erat pegangan tangan Chaerin ke tangan Hyemi.

Perlahan - lahan mereka berdua bangun dan melangkah keluar dari bilik menunggu, memasuki dewan.

Pintu dewan terbuka dan dapat dilihat kesemua mata penghuni dewan termasuk Tuan Jeon sedang memandang ke arahnya.
Namjoon yang akan mengiringkan Chaerin datang dengan senyuman. Lelaki itu kacak dengan suit formal yang dipakainya.

Lelaki itu berdiri di sebelah Chaerin dan meminta Chaerin memaut lengannya.

Dengan pengumuman ketibaan dari MC, mereka berdua berjalan masuk menerusi karpet merah yang dibentang. Para hadirin sibuk menepuk tangan mengalu - alukan pengantin perempuan itu.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now