Part 55 : I'm sorry
Chapter Song : Through The Night by IU
Aku ada baca someone komen suruh aku update lagi sebab dia dah nak balik asrama, so aku buat ni untuk dia. ❤
Okay, guys. Kat sini aku nak terangkan. Di chapter 53, Chaerin salah faham dengan Jungkook dan ingat lelaki tu tinggalkan dia, dan di chapter ni terdapat yang sebaliknya. So, aku taknaklah korang pula yang salah faham dengan chapter - chapter ni.
— ☙ — ☙ — ☙ — ☙ — ☙ —
◤❝Jeon Jungkook's pov❞◢
Aku pulang ke bilik hotel dengan perasaan hampa. Sudah merata tempat aku mencari Chaerin namun tetap juga tidak junpa atau melihat kelibatnya.
Keluhan lesu aku hembus sebaik saja melabuhkan punggungku ke atas katil. Masih dapat dirasai kehangatan badannya di tilam itu.
Ke manalah dia pergi? Dan mengapa dia pergi?
Aku yakin dia sedang tidur. Mustahillah kalau dia pura - pura tidur kerana dia benar - benar tidur waktu tu.
Mustahil, memang mustahil melainkan dia sendiri rancang. Rancang untuk melarikan diri.
Tapi, kenapa?
Sebab, aku dera dia? Sebab tu ke dia tinggalkan aku? Sebab tu ke dia pergi?
Dua sisi aku muncul dan menambahkan lagi kerunsinganku.
" Dia cintakan kau, mustahil untuk dia tinggalkan kau. Sejahat, sekeji mana pun kau, kalau dia cintakan kau, dia takkan pernah sesekali tinggalkan kau. " Sisi baikku menasihatiku agar bertenang.
Aku menghelakan nafas lega. Sekurang - kurangnya hatiku sedikit terpujuk.
" Tidak mustahil kalau dia boleh larikan diri. Kau seksa dia. Kau buat dia derita tanpa dia tahu apa salah dia. Kau patut terimanya sebab ini berpunca dari kau. Kau sendiri yang buat dia tinggalkan kau. Kau selalu pentingkan diri kau, Jeon Jungkook. " Senyumanku pudar.
Aku penyebab dia pergi. Kalau aku tak dera dia, seksa dia, mesti dia akan sentiasa ada dengan aku. Dia takkan tinggalkan aku, macam yang Pakiu buat dan buat aku terluka sehinggakan kena ambil masa yang lama untuk move on.
Memang benar, aku sendirilah penyebab kenapa diorang tinggalkan aku. Memang layak pun untuk terima semua ni.
Belakang badanku menyentuh tilam katil dan aku memandang siling putih. Ruang bilik menjadi sunyi, sesunyi hati aku.
Bilalah aku boleh berhenti dari menyakitkan orang yang aku sayang?
— ☙ — ☙ — ☙ — ☙ — ☙ —
◤❝Jeon/Kim Chaerin❞◢
Ethan membawa aku makan di sebuah kafe di pantai memandangkan aku kata aku masih belum makan padanya. Selepas makan, kami berdua duduk berbual - bual sehingga tidak sedar hari sudah semakin senja." Ethan, sebelum awak jumpa saya dekat saya, awak pergi mana? " Aku menyoalkan soalan ini dalam salah satu perbualan kami.
Secawan kopi ekspressi aku sisip dari cawan berwarna putih sebelum diletakkan semula ke piring.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfiction[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...