✦【PART 46】✦

2.9K 385 194
                                    

Part 46 : Kekejaman seorang lelaki bernama suami

Chapter song : Breathe by Lee Hi

Ya Allah, rindunya aku dengan Jonghyun. Bila je aku dengar lagu ni kan, automatik aku menangis teresak - esak. Dia tinggalkan pesanan untuk kita sebelum dia pergi. 😌 Sejujurnya, sejak dia takde, aku tak pernah layan Shinee. Sebab aku takut rindukan dia 😌 dialah first bias & bias wrecker aku dalam Shinee. 😌 Agak down disitu. Jadi lepas dah moveon, aku dah tak layan Shinee. Kekadang rindu nak jadi Shawol 😪 but tulah. Aku ni sensitif sangat.

━━━━━━━━ ✤ ━━━━━━━━

Teksi yang diupah, membawa kedua pasangan itu ke hotel penginapan mereka untuk seminggu nanti. Chaerin hanya menggetap bibirnya menahan tangisan. Suaminya tidak henti - henti menyakitkan hatinya.

Hampir 20 minit di jalan raya, akhirnya mereka berdua tiba di sebuah hotel yang berada di bandar ibu kota Tokyo itu. Tuan Jeon membayar tambang teksi lalu terus keluar meninggalkan Chaerin yang terkebil - kebil.

Pemandu teksi itu menolong Tuan Jeon mengangkat bagasinya memandangkan lelaki itu membayar lebih kepadanya.

Seperti semasa mereka tiba di lapangan terbang di Korea, Tuan Jeon menghalang pemandu itu bagi mengangkat bagasi milik isterinya. Kim Chaerin mengangkat perlahan bagasi beratnya. Terasa menyesal dia membawa bagasi berat sebegitu. Jika dia tahu, bagasi bersaiz kecil pun sudah memuaskan baginya.

Berlainan dengan anak buah Yoongi yang degil, pemandu teksi berwarga Jepun itu tidak langsung membantu Chaerin. Hanya sekadar memerhati saja gadis bertubuh kecil itu mengangkat bagasi yang lebih besar dari tubuhnya. Dia patuh pada pelanggan yang membayar duit gajinya.

Selepas berjaya mengangkat, Chaerin terus berlari sambil membawa bagasi itu bagi mengejar Tuan Jeon yang sudah lama memasuki lobi hotel. Lelaki itu ke arah receptionist untuk menebus booking onlinenya yang dibuat tempoh hari. Si isteri hanya berdiri saja di belakang si suami.

" I want to purchase a hotel room that I'd booking a few days before, under Jeon Jungkook's name. " Fasih lelaki itu berkata.

Seorang wanita muda yang menjaga kaunter itu melakukan tugasnya dengan memeriksa pesanan yang dibuat.

" Oh! Yes, sir. Wait a second, I'm going to take you room's key. " Tuan Jeon hanya sekadar mengangguk.

" Ouh! By the way, please tell a staff to bring another set of pillows without blanket or mattress to my room as soon as possible. " Pesan Tuan Jeon.

Chaerin mengerutkan dahinya mendengar pesanan si suami.

" Sure, sir. Here your key. Have a nice day. " Wanita muda itu menunduk hormat.

Tuan Jeon hanya mengabaikan lalu berlalu pergi. Chaerin hanya membontoti suaminya memandangkan dia tidak begitu memahami dan memgetahui tentang Jepun ini.

Tuan Jeon menekan butang lif dan menunggu sehingga lif tiba. Chaerin hanya berdiri di belakang. Di hadapan mereka mempunyai sekumpulan penyewa bilik hotel yang ingin naik ke bilik masing - masing.

Ting!

Menandakan bahawa lif mereka sudah tiba. Perlahan - lahan pintu terbuka. Orang - orang yang berada di hadapan mereka meluru masuk ke dalam lif. Tuan Jeon juga memasukinya, masih muat.

Sebaik saja Chaerin menapak masuk, bunyian nyaring menerpa gegendang mereka menandakan lif terlebih muatan.

" Lif penuh. Keluar sekarang. " Arah Tuan Jeon dengan suara dinginnya. Berasa muak dengan bunyi nyaring yang menerpa telinganya.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now