Part 50 : Gomawo, Uncle Tae!
Chapter Song : Euphoria by Jungkook
Thanks for 17K! ✨
And thanks juga untuk yang join group tu. Actually group tu dah jadi group wattpaders, dah. 😂
— ☙ — ☙ — ☙ — ☙ — ☙ —
Taehyung dan hyungnya bersama dengan Jeon's siblings berpusing - pusing di dalam sebuah mall besar di Seoul itu. Seokjin berasa gembira melihat adik angkatnya yang amat karib dengan 3 orang kanak - kanak itu dalam masa yang singkat.
Jungjae, Jungna dan Jungae amat selesa berada bersama Taehyung walaupun pada mulanya, mereka menyangkakannya sebagai seorang ahjusshi jahat. Namun setelah hampir berejam - jam meluangkan masa bersama, mereka menyukainya sehingga tidak mahu berjauhan dengan lelaki itu.
" Nak pergi mana pula ni? Uncle dah tak larat dah ni nak pusing - pusing. " Kata Seokjin dengan nafas termengah - mengah kerana penat berpusing.
" Apalah Uncle Jin ni! Uncle ni dah tualah tu, sebab tu cepat penat. " Ejek Jungjae.
Terbeliak Seokjin mendengar ejekan abang sulung itu. Taehyung di sebelah yang sejak tadi mendukung Jungae mula ketawa. Sempat dia berhigh five dengan kanak - kanak itu.
" Dahlah. Taknaklah uncle ajak korang lepas ni. Mentang - mentanglah dah ada Uncle Tae, korang lupa uncle pula. " Seokjin mula merajuk dan berjalan laju meninggalkan mereka.
Dia mahu mereka memujuknya. Dia tahu, Jungjae sekadar cakap dan dia tidak terasa pun. Memang benar, usia makin melonjak naik, bukan turun mendadak.
" Uncle Jin!!!!!!! Janganlah!!!!!!! " Teriak Jungjae dan Jungna sambil mengejarnya dari belakang.
Sengaja dia memperlahankan jalannya. Kedua belah tangannya dipegang oleh mereka berdua.
" Uncle Jinnnnn... Jae minta maaffffff...... Ambillah kitorang lagiiiiiii..... " Rengek Jungjae sambil menghayun - hayunkan lengan Uncle Jinnya yang sedang merajuk itu.
" Taknaklah. Pergilah dekat Uncle Tae. Jae kata uncle tua. " Rajuk Seokjin.
Pinggangnya dipeluk oleh Jungjae pula.
" Aniyaaaaa.... Jae nak uncle jeeeee.... " Mukanya disebamkan pada perut Seokjin yang dilapik dengan kemeja denim yang melapik t-shirt putih lengan pendeknya.
" A'ahhhhhhhh...... Nana pun nak uncle jeeeeeeeeee....... " Pujuk Jungna.
" Kiss uncle dulu. " Kata Seokjin sambil menjeling - jeling manja ke arah mereka.
" Uncle tunduklah. Mana Jae sampai. " Jungjae memuncungkan bibirnya, bersedia untuk mencium pipi Seokjin.
Lelaki berusia awal 30-an itu menunduk dan membiarkan kedua - dua kanak - kanak itu mencium pipinya.
Wajahnya terus mengukir senyuman.
" Arayo. Uncle Tae bukannya best pun. Uncle Jin lagi bestttttttt!!!!!! " Soraknya.
Si adik yang memerhati, menggulingkan anak matanya.
What a Korean Drama.
" Yedeura! Kaja, aiskrim mogho! " Ajak Taehyung.
Mereka bersorak riang. Sebuah restoran Baskin Robbin dimasuki oleh mereka.
" Jae dengan Nana nak perisa apa? " Soal Seokjin.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfic[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...