✦【PART 70】✦

2.5K 332 66
                                    

Part 70 : Aku akan tunaikan permintaan terakhir kau...

Chapter Song : Lights by BTS


Guys...  We got wattys for this ff!! 😭 im crying when I saw it 😭 I registered this book & the OPT book for the wattys.

Here! Another update 4 ya! ✨

☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙ ✦ ☙

❝ JEON PAKIU ❞

Hampir 2 jam sudah berlalu sejak aku bertembung dengan Taehyung. Dan sejak tadi juga, dia langsung tidak beralih dari sisiku.

Semuanya sudah dia tahu. Rahsia yang aku ingin simpan sampai aku mati sudah dia ketahui. Tiada lagi pembohongan mahupun penipuan yang boleh aku buatkan.

Doktor peribadiku sendiri sudah menerangkan segala - galanya kepadanya. Dan sejak itu, dia semakin tidak berenggang dari sisiku.

Langsung... Dia tidak mahu berenggang.

Ke mana saja aku pergi, pasti dia akan bontoti dan ke mana jua dia pergi, pasti aku akan diheret bersama.

Sampaikan pada satu masa itu, aku mahu ke tandas pun dia ikut.

Terpaksalah aku berbalah dengannya kerana setiap kali aku ingin menutup pintu, pasti dia akan menolaknya.

Sampailah aku kata aku akan tahan dari kencing, barulah dia melepaskan aku masuk ke dalam bilik air.

Itu pun dia tunggu di luar tandas. Macamlah aku tak tahu, boleh nampak bayang - bayang kaki dia dekat bawah tu.

Taehyung bercadang ingin membawaku keluar bersiar - siar sebaik saja kami berdua habis temu janji dengan doktor.

Aku sendiri masih tidak faham dengan perbuatan baiknya kepadaku. Kami baru saja bertemu dalam masa lebih kurang hampir 2 bulan dan dalam tempoh itu, kami berdua langsung tidak bercakap satu sama lain.

Nak tatap mata masing - masing pun akan menimbulkan lebih kejanggalan. Tapi, harini berubah pula.

Aku dan dia lebih banyak berbual bersama dan perbualan kami langsung tidak ada janggalnya.

Sejujurnya dia nampak sangat yang dia ambil berat dekat aku. Mungkin disebabkan suami aku yang lebih meluangkan masa dengan adiknya sampaikan tak tahu tentang penyakit aku dan aku yang terpaksa tanggung semua ni sendiri.

Dalam hati, aku berasa sangat bersyukur. Walaupun dia bukanlah temanku mahupun keluargaku, dia tetap boleh diharap.

Masih terngiang - ngiang kata - katanya padaku sebaik saja dia tahu semuanya tadi.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now