✦【PART 25】✦

4.4K 602 140
                                    

Part 25 : Family Time pt. 2 + Keluarga

Chapter song : No Better Than This & It's You by Jeong Sewoon. (Suara dia sedap bitch. Aku melting.)

Aku tak pergi sekolah harini sebab malas, so updatelah.

Hope azam aku tahun ni tercapailah -_-" Aku dah memang done gila dengan sekolah. Baik kahwin terus -_-" Duduk rumah tolong mak aku mengasuh. Dahlah sekarang ni aku duduk jauh dari mak aku 😭 mu tau dok aku rindu😭

Asal aku perasan yang readers aku makin berkurang 😌 cerita aku dah slow - slow hambarkan? 🙂

❀ ❀ ❀

Aktiviti diteruskan dengan menyiram pokok - pokok bunga yang hampir layu. Anak - anak pasangan itu sudah terlebih awal mengangkat kaki dari ingin menolong dan hanya meminta izin untuk mandi di kolam.

Mujurlah salah seorang bodyguard Tuan Jeon yang dikenali sebagai pengawal keselamatan rumah oleh Chaerin sibuk memerhatikan anak - anak Tuan Jeon sekaligus mengurangkan perasaan risau si bapa muda itu.

Si suami sibuk menyiram pokok menggunakan paip getah manakala si isteri mengutip daun - daun kering yang terselit di mana - mana pokok.

Melihat kekusyukan isterinya, otak Tuan Jeon mula mengakses cara untuk mengusik isterinya.

Paip air di tangan dipegang dan senyuman nakal terukir di bibir pinknya.

Secara senyap - senyap lelaki itu menjiruskan paip getah ke tubuh Chaerin. Difikirkan ingin dia ingin berlakon tidak sengaja namun paip getah tidak dilarikan dari tubuh isterinya yang mula bangun dengan wajah merah geram dengan tindakan kebudak - budakan si suami.

" Yah!!! Kenapa awak jirus saya?!! " Jerit kecil si isteri.

Makin geram dirinya melihat senyuman nakal dan riak tidak bersalah Tuan Jeon.

" Lah, awak ke? Saya fikirkan bunga tadi. Tulah yang saya siramkan tu. Bunga tu hampir layu, jadi saya nak dia tumbuh mekar balik.. " Tidak tahulah sama ada lelaki ini cuba menarik hatinya atau cuba membuat dia naik angin dengan nada sinisnya.

" Yahhh Jeon Jungkook!! " Perlahan - lahan lelaki itu berundur apabila isterinya ingin menghampiri namun si suami semakin galak menyiram si isteri.

Amboi kau. Sudahlah baju yang dipakai warna putih namun mujur saja baju itu tebal, tidak terlalu nampak susuk tubuhnya.

" Awak sudahlah!!! " Marah Chaerin.

Gelengan dari lelaki kacak itu hanya mampu membuatkan Chaerin semakin berani meredah air yang dicurah ke arahnya dan merampas paip getah itu sebelum muncung paip dihala ke arah suaminya, dibiarkan lelaki itu basah kuyup sepertinya sebagai balasan.

" Ha! Padan muka! Awak kena balik! " Riak puas di wajah Chaerin membuatkan Tuan Jeon ketawa geli hati.

" Yah! Yah! Okay! Okay! Dah berhenti. Saya buat sikit je dekat awak. " Tuan Jeon cuba menggapai paip namun isterinya terlebih pantas mengelak.

" Taknak! Awak yang mulakan dulu. Tengok! Habis basah dah baju saya. " Adu isterinya.

Tidak diendahkan si suami.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩Where stories live. Discover now