Part 28 : Menyelam sambil minum air?????
Chapter songs : Some by BOL4 & Star by Heize
Lek leh guys. Chapter ni takde lagi ex bini Jungkook menyerang 🌚 kita bagi sweet moment aku dengan Namjoon dulu. Muahahahaha.
❀ ❀ ❀
⌜Kim Namjoon's pov⌟
Aku dan Hyemi ditinggalkan berdua selepas Chaerin menarik suaminya pergi meninggalkan kami tanpa sempat aku bertanya.
Hyemi tersenyum ke arahku. " Oppa nak pergi mana? Saya tak makan lagi, jadi saya nak pergi makan. " Katanya.Baru aku sedar yang aku masih belum makan sejak pagi tadi memandangkan belum sempat aku makan, Chaerin sudah mengajak.
" Ouh. Oppa nak ikut jugaklah. " Dia mengangguk sebelum mengajakku ke deretan gerai yang menjual makanan.
Semua makanan yang dijual menambahkan lagi lapar aku.
" Hyemi nak beli ape? " Soalku. Dia menoleh, terpegun aku sesaat bila tengok muka dia yang berseri tu.
" Kita makan spaggethi tu jelah. " Dia menunjuk ke arah sebuah gerai yang menjual spaggethi.
Aku hanya mengangguk setuju.
Aku dan dia memesan spagetthi dan air yang sama sebelum masuk ke kedai kecil yang dijadikan tempat untuk makan.
Kami berdua duduk berhadapan. Masing - masing terdiam tak bercakap sebab janggal.
Tak lama tu otak aku mula memproses sesuatu dan mengingat semula tentang Chaerin.
" Hmm. Hyemi. " Aku memanggilnya. Dia yang menunduk dari tadi mengangjat kepalanya memandang aku.
" Waeyo oppa? " Sahutnya.
" Hyemi dengan Chaerin memang dari kecil berkawan eh? " Soalku, memerhati segenap wajahnya.
" Iyer. Saya dan Chaerin memang dari kecil berkawan, mungkin dari bayi, kot. " Katanya sambil mengangkat bahu.
" Chaerin ada adik - beradik tak? " Soalku lagi cuba mengorek rahsia.
" Entahlah. Menurut pengurus dekat situ, Chaerin ada adik - beradik lelaki and katanya lagi dia ialah abang Chaerin. Chaerin kehilangan eomma dan appa dia pun sebab kemalangan. Lepas tu dia dan abang dia terpisah sebab diorang dibawa oleh lain - lain orang. Saya harap sangat Chaerin tu jumpa abang kandung dia. Takdelah dia merana kena cari kerja macam dia kerja dekat rumah suami dia tu. " Memuncung bibir Hyemi memikirkan nasib Chaerin.
" Ouh. Takpe. Perlahan - lahan. Ada jodoh, dapatlah dia berjumpa dengan abang dia. By the way, macam mana pula dengan Hyemi yang manis ni. " Aku pantas menukar topik supaya tidak terlalu ketara soalanku yang bertanya mengenai Chaerin.
" Ouh! Hyemi pun sama juga nasib. Tapi Hyemi lain. Eomma dan appa Hyemi tinggalkan Hyemi. Sebab dulunye, Hyemi berkemungkinan merupakan budak OKU. Jadi diorang rasa jijik, mungkin nak jaga Hyemi. Tapi Hyemi bersyukur sebab tuhan bagi Hyemi peluang untuk hidup sebagai orang yang normal. " Aku mengangguk.
" Takpe. Hyemi cantik sekarang. Diorang sendiri akan menyesal sebab dah lepaskan puteri cantik macam Hyemi ni. " Aku bagaikan dirasuk, menyelitkan rambutnya yang terjuntai ke belakang telinganya dan membuatkan kami berdua bertatapan dan terkaku.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 MR. JEON'S HOUSEWIFE ⩩
Fanfic[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. - ' no copycat zone! ❀ © all right reserved ; @_chaefreude | 211018 - 101219 Extra id...