PROLOG

1.3K 47 8
                                    

LOKASI: LORONG BELAKANG SEBUAH BANDAR DI BENUA AFRIKA

WAKTU: MALAM

Malam yang gelap pekat tanpa sebutir bintang itu membantu Zuhal menyiapkan kerjanya memasang pepijat pengintip di sebuah bangunan milik kartel penyeludup senjata api. Tanpa diduga, rupanya ada pengkhianat di dalam SNAP. Zuhal dijejaki oleh sekumpulan pembunuh upahan, ketika mahu keluar dari tempat berbahaya itu. Dia dapat melepaskan diri ketika berlari di celah-celah bangunan di bandaraya paling tinggi kadar jenayahnya di benua Afrika itu. Tetapi untuk sampai ke tempat Azem menunggu, Zuhal terpaksa menempuh lorong belakang beberapa bangunan buruk di kawasan itu.

Jalan keluar dalam perancangan awal sudah menjadi kucar-kacir kerana dikepung pembunuh upahan yang kejam. Kini Zuhal hanya bergantung kepada kegelapan malam sebagai pelindung. Dia berlari dengan laju. Di belakangnya masih ada tiga orang memburunya.

Bang! . . . Bang! . . . Bang!

Mereka melepaskan tembakan. Entah berapa kali. Lariannya dan kegelapan malam itu menyukarkan pemburunya untuk menyasarkan peluru mereka dengan tepat. Namun, sebutir peluru hinggap di kakinya. Kesakitan mencengkam betisnya. Langkahnya terganggu. Tetapi Zuhal masih berlari.

Bang! . . . Bang! . . . Bang!

Kali ini Zuhal tidak dapat bertahan lagi. Kebas di belakang lehernya. Dunia berpusing. Dia jatuh tersungkur. Tiga penembak merapatinya dengan berhati-hati. Sedia mengepam peluru ke tubuh Zuhal yang kini nyawa-nyawa ikan.

Zuhal terasa dirinya di dalam kereta yang sedang berguling-guling di cerun. Tiada lagi kedengaran suara gelak ketawa ibu bapanya. Hanya jeritannya yang kedengaran sayup-sayup... 

"Arghh! Mama . . . Papa . . . Zuhal akan ikut . . ."

Bunyi brek dan tayar yang bergesel dengan lorong aspal sebuah kedengaran membingitkan telinga, diikuti bunyi sub machine gun  HK MP5 memuntahkan pelurunya  bertalu-talu. 

Dat . . . Dat . . .  Dat . . . Dat . . . Dat!

Tiga lelaki yang tadi merapati Zuhal, jatuh menyembah bumi. Tidak berkutik sedikitpun. Lorong belakang itu dipenuhi cecair merah yang mengalir laju daripada tubuh-tubuh yang kaku. Zuhal masih dapat mendengar derap kaki yang berlari dengan pantas. Badannya dicepung sepasang tangan kukuh, dibawa masuk ke kereta 4WD, yang terus dipecut laju. Bunyi siren polis kedengaran menghampiri kawasan tembak-menembak itu. Semakin laju kereta 4WD itu dipandu, semakin menjauh bunyi siren itu. Akhirnya tidak kedengaran lagi.

"How's he?" soal Ruslan yang memandu kereta 4WD itu.

"Bad!" jawab Azem.

Accelerator 4WD ditekan.

"Zuhal! . . . Please open your eyes . . . Zuhal!" Kedengaran suara Azem, serak. Tangannya menepuk-nepuk pipi Zuhal. Kepala Zuhal yang membuak cecair pekat, merah, di atas pangkuan Azem, sudah menukar warna seluarnya.

"I shouldn't let you do your job alone!" Kesesalan meruntun hati Azem.

Dia tahu Zuhal yang paling cekap memanjat dinding. Itu memang kerja dia. Tetapi Azem tetap kesal.

Danny hanya diam membisu. Terlalu pilu baginya untuk menuturkan kata-kata. Air mata lelakinya sudah bergenang.

Zuhal cuba membuka mata. Kelihatan wajah Danny dan Azem yang semakin kabur dan kemudian hilang. Gelap.

"NO! Zuhal please don't die!" seru Azem yang tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

*****

*****

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now