BAB 32: JERUNG LAPAR

204 18 2
                                    

LOKASI: DI SEBUAH TEMPAT RAHSIA

WAKTU: SIANG

Inilah pertama kali SNAP terlibat dalam kes pemerdagangan manusia. Banyak maklumat yang didapati daripada telefon bimbit Suzanna Iqbal. Melaluinya Ruslan berjaya menggodam sistem komputer dalang yang berpengkalan di sebuah pulau di negara asing. 

Operasi mereka amat menggerunkan. Setiap hari ada saja pendatang tanpa izin yang diseludup ke Malaysia. Beratus ribu juga yang masuk kononnya sebagai pelancong, tetapi tidak kembali ke Negara asal.

Kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di negeri utara itu cuma satu puncak bongkah ais yang sedang terapung di lautan pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.

Dalam kes itu dalang dikatakan dari negara asing. Pendatang ditipu dengan dijanjikan pekerjaan. Tetapi mereka ditahan sehingga keluarga masing-masing membayar duit yang dikehendaki, barulah dibawa masuk ke Malaysia.

Bukan mereka peduli jika pendatang itu meninggal dunia semasa dalam tahanan. Malah, kerana ketiadaan ubat, ramai yang jatuh sakit akhirnya mati katak.

Tetapi kalau ada pengkhianat dalam mekanisma Kerajaan, sampai kiamat tidak akan selesai. Negara akan hancur.

Tanah air kita akan menjadi negara penyangak kerana dikuasai oleh penyangak. 

Semua itu maklumat yang perlu dicerakin oleh SNAP dan diselesaikan dengan tindakan yang pantas. Bukan omong-omong kosong di pentas politik atau di kedai kopi. 

"Tidak guna tuding jari kepada pihak negara asing, jika ketamakan agensi pengambilan pekerja dan korupsi penjawat awam tidak dibanteras," kata Asyraf.

"Setuju," jawab Komander Imran. "Kita boleh tuduh dalangnya duduk di negara sekian-sekian. Tetapi kalau pihak yang jaga sempadan sering menoleh ke arah lain, atau membutakan mata, aktiviti penyeludupan manusia yang berlaku di negara ini tidak akan selesai."

"Kalau kita percaya keterangan Suzanna, jelas dalang sebenar penyeludup ini ada agenda yang lebih besar," kata Zuhal.

"Mereka ingin mewujudkan keadaan yang tidak stabil di negara ini dengan kerjasama firma-firma penyangak yang nak cepat kaya. Ratusan ribu  pendatang tanpa izin ditahan kerana berniaga tanpa kebenaran. Ribuan majikan sudah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Tapi mereka tetap degil kerana adanya pembiaya," jelas Komander Imran, sambil menunjukkan beberapa carta operasi sebuah penguatkuasa.

"Menurut laporan, pendatang tanpa izin ini dilindungi kumpulan kongsi gelap terutama di Lembah Klang. Perniagaan mereka seolah-olah 'kebal' daripada tindakan pihak berkuasa," tambah Komander Imran. "Belum lagi disiasat di bandar-bandar lain . . ."

"Bukankah peraturan negara kita tidak membenarkan warga asing berniaga atau buka kedai runcit menggunakan lesen milik penduduk tempatan?" soal Zuhal. Baginya yang baru pulang, cerita jutaan pendatang tanpa izin di Negara ini adalah berita yang baru dia nak hadam.

"Ya. Memang ada Kementerian mengeluarkan Pekeliling Pengeluaran Permit Perniagaan Kecil, yang menyatakan dengan jelas aspek kawalan dan penguatkuasaan yang perlu peniaga kecil patuh. Tapi mereka degil kerana menyewakan premis kepada pendatang asing lebih mudah untuk buat duit," tegas Komander Imran.

"Maknanya ia perlu pemantauan dan operasi bersepadu. Tak boleh serah hanya kepada Kerajaan Tempatan atau Dewan Bandaraya sahaja," sambung Asyraf.

"Sebenarnya ini sebahagian tugas penguatkuasa tempatan juga . . . Polis, imigresen dan sebagainya. Tetapi apabila ia melibatkan pengkhianat yang beroperasi di negara asing, SIU terpaksa ambil alih," tegas Komander Imran. "Tentulah ada pihak yang selama ini kenyang dengan duit haram tidak gembira. Tapi kita wajib pertahan Kedaulatan negara kita."

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now