BAB 33: PEREMPUAN BESI

169 21 7
                                    

LOKASI: KLINIK HAIWAN CEMPAKA SARI

WAKTU:PETANG

Dalam perjalanan ke klinik, Iskandar berbual-bual dengan Azem. Cempaka rasa lega kerana Azem tidak lagi menunjukkan wajah bengis kepada Iskandar. Dia melayan Iskandar dengan tenang. Cempaka mahu mereka berbaik-baik. Cempaka dengar Iskandar bercakap tentang keluarganya, isterinya seorang guru dan dua anaknya yang masih kecil.

Cempaka dapat membaca sikap Azem sangat possessive. Mungkin didorong oleh kisah silamnya semasa kecil. Cempaka sudah tahu semua kisah hidup Azem daripada cerita Asyraf dan Zuhal. Asyraf mahu Cempaka berhati-hati. Zuhal pula mahu Cempaka mengasihani. Sikap itu langsung tidak disembunyikannya. Kadang-kadang lucu. Lebih-lebih lagi dengan Komander Imran. Sedangkan Cempaka anggap Komander Imran itu seperti abang sahaja. Abang angkat. Sikap Azem ini bercanggah dengan penampilannya sebelum ini yang menunjukkan wajah polos tanpa emosi. Cempaka tahu, di sebalik wajah ketat Komander Imran, dia hanya suka menyakat Azem, bukan mendengki.

Apa pun bagi Cempaka, lebih baik dia tonjolkan begitu. Sekurang-kurangnya dia tahu perasaan Azem, sama ada suka atau tak suka.

Hari ini Cempaka hanya nak pergi ke kliniknya. Azem nak ikut, walaupun sepatutnya dia rehat sampai luka di bahu benar-benar sembuh. Tetapi dia degil.

Setibanya mereka ke klinik Haiwan Cempaka Sari, milik Cempaka, mereka disambut oleh pembantunya Salimah, Lana, Nazri dan kucing klinik, Tempe. 

"Eh, siapa yang Kak Eka bawa ni?" soal Lana yang sedikit kepoh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh, siapa yang Kak Eka bawa ni?" soal Lana yang sedikit kepoh.

"Ini anak saudara akak, Iman. Yang lelaki tu pembantu driver," kata Cempaka merujuk kepada Azem.

Mujur Azem berada agak jauh sedang berbual dengan Iskandar. Tetapi dia seperti terasa Cempaka sedang bercakap mengenainya. Di menoleh. Cempaka terus menarik Lana untuk menuju ke stor yang terletak di bahagian belakang klinik.

Terdapat berlonggok stok yang baru sampai.

"Seperti biasa letak sebahagian makanan haiwan ini di hadapan, dekat ruang menunggu," kata Cempaka kepada pekerjanya.

Laju sahaja pekerjanya membuat kerja. Sebenarnya mereka sudah bosan duduk di komputer mengemaskini stok dalam sistem inventori. Danny banyak membantu Cempaka membina sistem inventori untuk syarikat kecilnya. Sistem itu ada pautan kepada pembekal di luar Negara dan doktor-doktor haiwan di seluruh dunia. Ia seperti satu sistem pengurusan ilmu mini. Dengan adanya sistem itu mudah bagi Cempaka berinteraksi dan berkongsi ilmu dengan mereka yang sama profesyen dengannya. 

Iman pula duduk di satu sudut, main game di telefon bimbitnya. 

Cempaka sudah terkenal di kalangan doktor yang mengkaji kelakuan dan penyakit haiwan liar di hutan di Asia Tenggara, kalau tidak di dunia. Cita-cita Cempaka untuk memiliki sebuah makmal penyelidikan makanan haiwan liar belum tercapai.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now