BAB 29: KONSPIRASI!

182 22 5
                                    

Oleh kerana sudah lama cerita ini disejukbeku, Sis dah lupa jalan ceritanya. Jadi Sis buka balik Bab yang lepas. Macam dah melencong pula. Apapun Sis buat pembaikpulih dari segi susunan ayat dan gambar-gambar baru disertakan. Yang tak relevan dibuang.

Maaf sesangat! Terlampau sibuk tak sempat nak update.

Kumpulan SNAP diburu musuh baharu iaitu The Black Dragon dan balacinya The Empress.

Bab ini Sis tulis semula dan masukkan dahulu sebelum bab menyelamat oleh Tentera Gajah.

*****

LOKASI: TIDAK DITENTUKAN

WAKTU: MALAM

Dia terasa dirinya ditipu oleh The Black Dragon

Katanya, dia akan jadi kebal. Tetapi dua butir peluru telah singgah ditubuhnya. Satu di lengan kanan, dan satu lagi di bahu kanan.

Ia balasan kepada peluru yang dihantar ke bahu Azem. Mujur Datuk Raduan ada kenalan yang memiliki sebuah klinik perbidanan. Dia pergi ke situ untuk mencungkil peluru yang terbenam di bahunya. Sementara yang di lengannya, peluru itu tembus dan entah ke mana perginya.

Doktor itu pada mulanya takut untuk merawatnya. Tetapi setelah diugut perbuatannya yang sering melakukan kerja pengguguran bayi secara haram, doktor itu bersetuju.

Segumpal wang kertas berwarna ungu bertukar tangan. Semua transaksi secara tunai untuk mengelak dikesan oleh pihak yang berkuaa.

The Black Dragon tidak dapat dihubungi untuk dia mengadu.

Memang begitu amalan The Black Dragon: "Don't call me. I'll call you!"

Tetapi petang tadi dia rasa amat gembira menerima berita daripada The Black Dragon.

Aku hanya mahu seorang. Tetapi aku dapat dua orang. Muka jambu yang mulut kelat itu akan aku kelar-kelar . . . Kalau tidak kerana luka aku ni, aku sudah sampai di sana. Kerana ini aku terpaksa tangguh sehari dua lagi . . .

Tak mengapa. Kau tak akan ku lepaskan. Masa kau akan tiba.

Dia menyeringai menahan sakit.

Luka tembakan ini . . . Sakitnya tidak terperi.

Kenapa aku tidak kebal?

Kenapa bahuku ditembusi peluru?

Bukan peluru perak, tetapi peluru biasa.

Kenapa?

Tak cukup kuatkah ilmu kebal yang aku miliki?

Siapa yang menembak aku?

Wajahnya berkerut menahan sakit. Dua pil ubat penahan sakit dikeluarkan dan terus ditelan.

Cempaka! Kau akan menyesal. Rupa kau akan aku rosakkan! Hahaha!

Dia memang sakit hati apabila melihat perempuan cantik. Kenapa perempuan lain cantik, sedangkan dia tidak? Sehingga dia terpaksa menjalani pembedahan plastik yang menyakitkan! Dia terpaksa menggunakan pelbagai teknik untuk mencerahkan kulit gelapnya. Semuanya gara-gara manusia hanya memuja yang cantik sahaja. Yang tidak cantik diketepikan. Bertambah-tambah sakit hatinya, apabila dia sering menjadi seperti wall paper sahaja pada majlis-majlis yang dihadirinya sejak remaja.

Dato' Iqbal bukan lelaki kacak. Kulitnya gelap. Kerana keturunannya. Mamanya juga sederhana sahaja. Cuma ibu tirinya agak cantik. Dia syak ibu tirinya berkahwin dengan papanya kerana wang. Dia benci ibu tirinya.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now