BAB 22: THE EMPRESS

217 18 3
                                    

LOKASI: SEBUAH RUMAH DI TEPI BANDARAYA

WAKTU: MALAM

"Stupid!" jerkah perempuan bertopeng itu, dalam nada suara yang rendah tetapi penuh dengan riak ancaman yang tidak menyembunyikan kejahatannya.

Ketiga lelaki asing berlutut di hadapan perempuan bertopeng itu. Sejak tiba di situ, mereka menjadi lemah. Tidak mampu mereka hendak bergerak. Kaki dan tangan seperti dibelenggu sesuatu. Pandangan juga gelap. Mereka hanya nampak perempuan yang bertopeng itu sahaja.

Perempuan bertopeng itu melibas rotan panjang di tangannya. Ia serentak mengenai tiga lelaki asing yang memang tubuh badan sudah luka-luka kerana kemalangan dua hari sudah.

"His body was stuck to the wreck! We can't save him."

"Yup . . . We've to leave him."

Perempuan bertopeng yang mereka kenali dengan nama The Empress itu menjegilkan biji matanya yang merah, sehingga hampir tersembul keluar.

Tiada apa yang kelihatan pada sosok The Empress kecuali anak matanya yang merah dan rambutnya yang kelihatan menyala seperti api. Seluruh mukanya ditutup dengan topeng berwarna hitam. Bahagian lain pada tubuhnya hanya nampak terjojol, menunjukkan jantinanya. Tetapi semuanya dibalut rapat, bagai kulit kedua, juga berwarna hitam.

"Bagaimana dengan pistolnya? Kenapa jatuh ke tangan polis?" desis The Empress yang membuat tiga lelaki itu bagai terpaku di lantai.

"Kami tak jumpa pistol itu. Kami terpaksa lari kerana orang ramai dah berkumpul," jawab John, yang paling banyak bercakap dalam pertemuan itu, dan pandai bertutur dalam Bahasa Melayu.

"Ini apa?" Perempuan bertopeng itu melayangkan 3 keping gambar mirip tiga lelaki asing di hadapannya.

Tiga lelaki itu menjeling ke arah tiga keping gambar lakaran wajah mereka. Hampir tepat. Tetapi masih ada perbezaan. Wajah mereka masih boleh disembunyikan dengan menambah misai atau jambang pada muka.

"Kalau kami lama lagi, mungkin mereka dapat rupa kami yang lebih jelas. Ada yang bawa telefon bimbit. Mujur kami sempat rampas," kata John lagi sambil melemparkan dua telefon bimbit ke atas lantai.

"Bodoh!" Perempuan bertopeng itu mendengus.

"The car is bulletproof," jawab seorang lagi yang bernama Peter pula.

"Ya . . . Aku tahu. Tapi tayar pun kalis peluru ke? Kan aku mahu mereka kemalangan?"

"Difficult to shoot the tyres. The man drove like crazy. They were prepared!" Ketua mereka, Paulo pula membantah.

Perempuan bertopeng itu menggenggam tangannya yang bersarung hitam..

"Excuses! Excuses! Stupid!"

"Kami tak tahu macam mana, tayar yang kena tembak tak bocor," John masih cuba mencari alasan di atas kegagalan mereka menangkap Zuhal dan Akbar.

Sekali lagi perempuan itu menghayunkan rotan halusnya. Tiga lelaki di hadapannya sudah mendorong tubuh mereka ke belakang untuk mengelakkan pukulan itu. Tetapi rotan itu dihayun bukan untuk memukul mereka. Ia hanya dihentak beberapa kali ke atas lantai. Bunyi hentakannya amat kuat dan bergema di dalam bilik kosong itu.

The Empress tahu, lelaki yang mati itu akan diketahui identitinya oleh polis. Oleh kerana itu tiga lelaki asing di hadapannya ini perlu bertindak dengan segera, sebelum mereka keluar dari negara ini atau terbunuh. Mereka tidak boleh kena tangkap.

Tapi kerja belum siap. Sedangkan 50% bayaran telah bertukar tangan.

"Aku tidak mahu engkau bertiga sakit, kerana engkau bertiga masih ada kerja lagi untuk aku."

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now