LOKASI: SEBUAH BANDARAYA DI BARAT LAUT
WAKTU: SIANG DAN MALAM
Mereka baru sahaja selesai menonton persidangan media Datuk Sulaiman. Masing-masing diam, cuba menghadam apa yang baru sahaja dilihat.
Tan Sri Adnan, Komander Imran, Zuhal, Danny, Azem dan Ruslan. Mereka saling menanti siapa mahu memulakan bicara.
"Datuk Sulaiman nampak jelas tidak gembira." Akhirnya Tan Sri Adnan bersuara memecah kebungkaman.
Komander Imran senyum senget. Dia tahu dialah antara punca ketidakgembiraan Datuk Sulaiman. Dia sudah nasihat simpan dahulu maklumat tentang percubaan membunuh Datuk Jalal itu. Ia baru puncak bongkah ais. Bagi peluang SIU selesai siasat, baru boleh memanggil persidangan media.
Kerajaan pula mahu dilihat telus dalam siasatan. Lebih-lebih lagi yang terkait dengan ahli politik. Tahu sahajalah, pihak media memang mencari berita yang sensasi.
"Lepas ini teruklah YB Menteri Komoditi, Datuk Seri Tham Wen Chye diburu wartawan. Sudahlah dia Cina. The Black Dragon pun dari blok sana." Komander Imran melepaskan perasaan geram yang dipendamnya.
"Dia ambil Setiausaha Politik dari partinya sendiri. Bukan parti lain pun. Orang Melayu." kata Tan Sri Adnan yang kenal Presiden parti berkenaan. "Kalah dia dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Bukan dia tak tahu, rakyat Malaysia ni phobia dengan komunis."
"Ini kerja Mafia. Tak ada kaitan dengan ideologi politik. Gangster dan Mafia di negara kapitalis pun berlambak," balas Komander Imran.
Cerita sudah melencong ke politik pula.
"Let's go back to the issue. Why can't Datuk Sulaiman explained to the public?" soal Zuhal. Dia tak minat politik. Tetapi mereka sebenarnya sudah terperangkap dalam permainan politik. Cuma ia politik dalam menguasai ekonomi. Kemudian ekonomi digunakan untuk menguasai politik. Zuhal mahu semuanya jelas di mana kedudukan SNAP.
"Kita suspek penyerang Datuk Jalal itu Suzanna," ujar Komander Imran.
Bagi semua yang hadir dalam perjumpaan di pejabat Tan Sri Adnan itu, ia bukan satu penemuan yang menakjubkan.
"Tetapi Datuk Sulaiman tidak pasti motif Suzanna . . ." Komander Imran menyambung kenyataannya. "Kerana itu, bila wartawan tanya, dia tidak boleh jawab. Maklumat yang dia ada belum lengkap. Tapi tekanan politik arah dia buat PC . . .Kan dah malu?"
"MKPN itu politik ke?" soal Danny. "Bukankah ia harus menjadi satu badan yang bebas?"
"Tentulah. Walaupun ahlinya termasuk Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Panglima-Panglima Angkatan Bersenjata, Pengerusinya, Menteri Dalam Negeri," balas Komander Imran.
"Mungkinkah . . . Ada pihak yang sengaja nak memalukan Menteri KDN dengan mempengaruhi MKPN?" soal Zuhal.
"Ya . . . saya pun fikir begitu," balas Komander Imran. "Macam ada daulah terpendam . . . Sedangkan Suzanna hanya mahu membunuh Datuk Jalal kerana nak selamatkan, kamu Zuhal."
Masing-masing terdiam. Komander Imran menjelaskan alasan teorinya.
"Daripada butiran maklumat percakapan antara Suzanna dan Datuk Jalal yang kamu rakam, secara tersirat, kita dapat baca kenapa Suzanna ada motif untuk membunuh Datuk Jalal. Puncanya The Black Dragon mahu menguasai saham SLY. Zuhal penghalang cita-cita mereka. Ingat! Zuhal ada 10% dan waris Puan Sri Mariah. Jadi waris harus dihapuskan dahulu oleh The Black Dragon."
Tan Sri Adnan mengangguk. "Mereka sudah menguasai 10% melalui syarikat GAMING_ONLINE atas nama proksinya HAPPY IT."
"I agree. The crazy woman wouldn't allow anyone to touch her obsession." Azem mencelah.
YOU ARE READING
JERUNG-JERUNG
Mystery / ThrillerPEMENANG: BEST THRILLER (SILVER AWARD 2020)⚜️ MEJOR SUSPENSO (DE GODEN LIVRE AWARD 2020)⚜️ THE STAR BEST WRITING (ADBT 2020/ 2021)⚜️BEST CHARACTER THRILLER (THE AMINE AWARD 2020) ⚜️THE BEST THRILLER *2 (DREAMHIGH AWARD 2020)⚜️. BLURB: Ini bukan kis...