LOKASI: PEJABAT SLY DAN KAWASAN PERBUKITAN GONDOL
WAKTU: SIANG
"Jadi bos nak tolong Suzanna?" soal Akbar.
Semua perbualan Zuhal dengan Dato' Iqbal dan peguamnya yang dirakam, telah dilihat oleh Akbar dan Ruslan.
Zuhal pula baru mendengar laporan Ruslan tentang Edwards dan Roger. Kedua-duanya sudah pulang ke rumah masing-masing dan menyorok daripada pemberita.
". . . They allegedly raped their own classmate in a home party, some thirteen years ago. The main suspect died in an illegal dirt bike race some weeks after the alleged incident . . ."
Begitulah tulisan sebuah berita News Online. Zuhal syak pemberi maklumatnya Danny.
Zuhal abaikan dahulu berita tentang Edwards dan Roger.
"Aku kesian pada Dato' Iqbal. Aku tak tahu aku punca semua kegilaan Suzanna."
"Jangan rasa bersalah pula. All is fair in love and war," balas Ruslan.
Zuhal pandang Ruslan. Dia dapat melihat kesedihan melintas di wajah Ruslan yang disembunyi di sebalik janggut lebatnya. Ruslan sendiri terpaksa menjadi warganegara lain demi keselamatannya. "Entah . . . aku belum pernah pergi perang macam kau Ruslan . . . Aku harap hidup aku pun tak akan sampai ke situ."
"Perang dunia ketiga nanti tiada siapa yang menang. It's the end of civilisation," tambah Akbar.
Zuhal senyum senget. Dia bukan ahli falsafah. "Sekarang ini pun kita sedang berperang. Cuma senjatanya bukan peluru berpandu hipersonik,"
"Setuju. Senjata ekonomi lebih cepat membuat negara tersungkur," balas Akbar. "Terperangkap dalam mulut jerung pemberi hutang skala mega!"
"Ramai orang muda Malaysia bengap! Tak belajar daripada apa yang sudah kami tempuhi!" Marah sungguh Ruslan. "Negara tak akan aman selagi anak muda tak kritis. Cuma tahu nak cepat senang jadi jutawan segera."
"Sabar Ruslan . . ." Akbar memujuk. Belakang Ruslan ditepuk beberapa kali. "Kita pun orang muda . . ."
Bila bercakap tentang kemanusiaan, Ruslan akan menjadi sangat emosi kerana terkenang tanah airnya Chechnya.
"Guys! Kita fokus pada isu sekarang. Lantaklah mana-mana Negara lain nak bankrap kerana pemimpin yang bodoh. Kita jaga negara kita," tegas Zuhal.
"Aku tak ada isu lain . . . Pengkhianat mesti dihukum," tegas Ruslan.
"Betul. Sekarang kes ini bukan lagi SLY lawan AMRA IT. Tetapi isu Deep State," Jawab Zuhal.
"Suzanna bukan tahu apa itu Deep State. Dia cuma tahu nak balas dendam," Akbar mencelah. Luka-luka di badannya masih terasa ngilu, kerana ada yang belum sembuh.
"Aku percaya, Datuk Raduan tahu apa yang dibuatnya. Dia bukan tak kenal politik," balas Zuhal.
Tiga sahabat itu diam.
"Berbalik kepada isu pokok, kau nak buat apa sekarang?" soal Akbar.
"Aku tak akan bantah kalau peguam bela Suzanna nak bawa dia ke Hospital Bahagia . . . Walaupun aku tak percaya dia akan sembuh," jawab Zuhal.
Bagi Zuhal ia keputusan yang berperikemanusiaan. Hati dinginnya tersentuh melihat Dato' Iqbal mengongoi ketika meminta supaya Zuhal jangan mendakwa anaknya.
"Terus terang, kau tak tau ke, Minah senget tu suka kau - tahap Fatal Attraction?" soal Akbar. Dia tak percaya Zuhal tidak langsung sensitif tentang perkara itu.
YOU ARE READING
JERUNG-JERUNG
Mystery / ThrillerPEMENANG: BEST THRILLER (SILVER AWARD 2020)⚜️ MEJOR SUSPENSO (DE GODEN LIVRE AWARD 2020)⚜️ THE STAR BEST WRITING (ADBT 2020/ 2021)⚜️BEST CHARACTER THRILLER (THE AMINE AWARD 2020) ⚜️THE BEST THRILLER *2 (DREAMHIGH AWARD 2020)⚜️. BLURB: Ini bukan kis...