BAB 21: SEPI

205 21 0
                                    

DI SEKITAR BANDARAYA DAN KAWASAN ELITE HEIGHTS

WAKTU: PETANG

Kereta hitam nekad mengekori Ferrari

Mengikut peta lalu lintas, ada banyak simpang di hadapan. Beberapa kilometer Ferrari itu dikejar, lampu merah dilanggar.

Zuhal dan Akbar mesti melepaskan diri daripada penyerang.  Mereka harus sampai di rumah sebelum helikopter pemantau trafik lalu lintas atau polis tiba. Lorong selamat dicari. Zuhal tiba-tiba membelok 90 darjah ke kiri. Terdapat banyak pokok di kiri kanan jalan. 

Mulut Zuhal becok bercakap merakam gerakannya.

"We're being targeted."

Kereta hitam semakin mendekati.

Takkan Ferrari kalah dengan kereta hitam itu? Tidak, Zuhal sengaja memperlahankan sedikit kelajuan keretanya kerana Akbar sudah bersedia untuk melepaskan tembakan.

"Prepare to retaliate," kata Zuhal kepada sistem komunikasinya.

Bang! Bang!

Kereta hitam melepaskan tembakan dahulu. Gelojoh sungguh. Penyangak nampaknya tak kisah kalau peluru sesat mengenai pihak lain yang tiada kaitan. Zuhal perlu elak situasi itu. Jangan ada orang awam yang jadi mangsa tak pasal-pasal.

Akbar membuka cermin tingkap dan membalas. Ditujukan ke arah tayar kereta penyangak. Lepas tembakan dilepaskan, Zuhal membesit laju menuju ke arah lebuh raya. Kereta hitam terus mengejar.

"Shit! Missed!

Penumpang kereta hitam terus melepaskan tembakan. Mereka cuba menghalang Zuhal daripada terlepas ke lebuh raya yang kurang sesak. Akbar tidak lagi cuba menembak tayar, tetapi terus membedek ke arah benda yang lebih besar - cermin hadapan kereta itu.

Bang! Bang! Prak!

Cermin hadapan kereta hitam pecah. Namun itu tidak memberhentikan pemburuan mereka. Ia hanya memperlahankan kelajuan sang pemburu yang kelihatan ketinggalan di belakang. Tetapi mereka masih mengejar. Nampaknya mereka memang ada misi khas. Mungkin capture and torture.

Mana Azem dan Ruslan? Tak sampai-sampai?

Bagai menjawab persoalan, dua buah scramblers muncul. Sambil memotong, penunggangnya melepaskan tembakan ke arah tayar kereta hitam. Akibatnya kereta hitam meluncur ke kiri dan ke kanan seperti tidak dapat dikawal, dengan penumpangnya melepaskan tembakan buta ke arah dua scramblers yang sudah tidak kelihatan. 

Skreech! Bang! 

Kereta hitam itu terbabas melanggar pokok di tepi jalan.

"Aggressor immobilised," Zuhal bercakap kepada sistem komunikasinya.

Dia meneruskan perjalanannya dengan tenang.

Semua tindakan perlu direkodkan untuk tujuan pembaikan pada masa akan datang. Semua pergerakan mereka dihantar ke pengkalan data di pusat SNAP yang terletak di sebuah negara Kesatuan Eropah.

Perjalanan ke Elite Heights tidak menghadapi rintangan.

"Siapa diorang dan kenapa serang kita?" ujar Zuhal yang lebih kepada lontaran persoalan, bukan pertanyaan kepada Akbar sebaik sahaja Ferrari diberhentikan di halaman rumah agam tiga tingkat di Elite Heights .

Akbar menyentuh pelipisnya. Nadinya di situ terasa sedikit pedih seperti dijentik-jentik. 

"Kau rasa sesuatu?" soal Zuhal kepada sahabatnya.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now