BAB 55: WARNA-WARNA AURA

157 18 3
                                    

LOKASI: SEBUAH PULAU DI TENGAH TASIK

WAKTU: SEPANJANG HARI

Aku nak Iman! Sunyi hidup aku tanpa Iman.

Kau dah halau dia kan?

Aku tak ingat. Dia masih isteriku. Aku cinta dia.

Dia sudah pergi. Kau yang halau dia . . .

Tak! Aku cinta dia!

Kau halau dia!

Otaknya terus berantakan. Zuhal bangun dan menamatkan perbalahan yang tiada hala tuju itu. Dia pergi ke tingkap dan nampak air biru di sekeliling.

Lalu dia sedar dirinya berada di sebuah pulau. Entah di mana. Tapi dia tahu ini bukan di Malaysia. Papa Adnan ada ramai kawan bilionaire yang memiliki pulau. Entah kenapa bilionaire suka pada pulau-pulau. Setelah meraih untung ratusan juta (ada kalangan bilion) daripada manusia, mereka lari ke pulau yang biasanya tiada manusia.

Zuhal kembali berbaring di atas katil.

"Kau dah bangun?" Azem bertanya, lebih kepada mengesahkan kenyataan.

"Kenapa bawa aku ke sini? Apa nama tempat ni?"

"Relaks. Kalau kau tak buat tindakan bodoh, tak adalah susah payah kami bawa kau ke sini."

Dia merenung tajam wajah Azem. "Aku cinta isteriku. Cinta isteri bukan bodoh. Benci isteri itu yang bodoh. Aku nak bawa dia balik."

"Cinta isteri pun, takkan sampai terjun tingkap macam orang gila. Mujur tak patah kaki."

Zuhal melihat kakinya. Baru dia sedar kaki kanannya berbalut. Dia gerakkan kakinya.

"Arrgh!"

Dia teringat kembali. Dia terjun dari tingkap di bilik Iman di TERATAK MARIAH kerana pintu dikunci. Ini bukan pertama kali dia terjun tingkap. Tapi kali ini dia tersilap landing. Kerana keletihan meraung, konsentrasinya terganggu. Kakinya tergeliat. Akibatnya dia ditangkap oleh pengawal TERATAK MARIAH, dan dipengsankan lagi. Sedar-sedar sudah berada di pulau entah di mana.

"Kau nak ke mana? Bukan boleh pergi Tashkent pun," kata Azem. Suaranya perlahan sahaja. Kasihan dia tengok Zuhal macam orang hilang pedoman.

"Bagi balik passport aku!" jerkah Zuhal.

"Passport kau Tan Sri simpan," jawab Azem. Masih bersahaja. Dia sudah diingatkan supaya sabar. "Zuhal. Kita ada misi."

'To hell! Misi aku nak bawa Iman balik."

"Zuhal! Kenapa degil sangat?" Kedengaran suara yang biasa didengarnya. Mak Su Cempaka! Wajahnya manis, tidak selari dengan suaranya yang tegas. Di tangannya ada dulang berisi makanan.

"Mak su! . . . Of all the people!"

Cempaka abaikan protes Zuhal. Dia letak dulang berisi makanan barat, kegemaran Zuhal. Steak separuh masak dengan sos mentega yang digabungkan bersama lobak merah, mustard dijon (dari Perancis), bawang putih, daun kucai, bawang merah, thyme segar, secubit lada cayenne, garam dan lada putih.

Sungguh yummy!

Zuhal hanya memandang makanan itu dengan wajah kosong, tidak beriak.

"Makan dulu nanti mak su cerita," ujar Cempaka.

"Engkau taknak makan aku makan," kata Azem, terliur dengan hidangan itu. Cempaka jeling dia.

"Pergi ke dapur, minta Chef Salman buat untuk awak," kata Cempaka.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now