ALHAMDULILLAH!
Nobody is perfect!
Walau macam mana kita mahu jadi perfectionist!
Yang perfect ialah kebaikan akhirnya mengatasi kebejatan.
Kesucian hati Iman, walaupun dia mengada-ngada dan manja, akhirnya melembutkan hati Zuhal yang keras penuh dendam kesumat terhadap Farooq Khan, bapa mentuanya.
Lalu ia meruntuhkan ego besar Farooq, bekas Ketua Mafia, penyeludup senjata api dan bunga popi.
Sekaligus, ia merawat penyakit baran yang ditanggung Zuhal.
Ketulusan Lila yang sanggup membuang saudaranya demi cinta, walaupun dia disakiti secara fisikal, akhirnya menjernihkan kekeruhan jiwa Joshua, tauke cruise percutian mewah, landed dan floating casino, untuk menerima suaminya, Danny, seadanya.
Joshua akhirnya sedar, setelah kecacatannya dirawat Asyraf, manusia tidak boleh disisihkan kerana agama yang berbeza.
Ketegasan cinta Azem, walaupun dia asalnya ganas, akhirnya mengubah sikap Cempaka yang sebelumnya sinis dan mencemuh lelaki yang mendekatinya.
Kesabaran, kesetiaan kepada kekasih, Asyraf, walaupun tindakannya licik, akhirnya berjaya mendapatkan cinta halal daripada Nur Saadah, ibu Iman.
Juara Jerung yang digeruni di kalangan para jerung, Tan Sri Adnan terus unggul menguasai bursa saham tempatan. Siapa yang cuba mempermainkannya alamat menanggung risiko kejatuhan nilai sahamnya atau jatuh bankrap.
Dibantu rakan-rakan yang hebat seperti Komander Imran, Ruslan, Akbar, Jonathan, Kaisar dan bodyguards Iskandar dan Asri maka protagonists berjaya mengalahkan antagonists.
Di belakang mereka berdiri teguh Puan Sri Mariah yang tabah menempuh gelombang mengemudi bahtera melawan segala musibah. Bersama mereka Kamariah yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang hampir dua kali ganda usianya kerana ingin menjaga anak-anaknya.
Akbar kesetiaannya kepada agensi dan arahan bos, hampir meragut nyawanya. Tapi dia tetap setia.
Tidak lupa Irdina, walaupun wataknya kecil, tetapi dialah yang menjadi penghibur kesunyian hati Iman, sebagai rakan baik, telinga yang mendengar.
Dengan dukungan staf mereka, Juriah, Habsah, Chef Salman, Pak Mail, Mak Teh, Dr Kamil, Kalam, Jalil, Pengawal Keselamatan, Staf Klinik Asyraf dan Cempaka Sari serta pembantu dapur, maka Kumpulan SLY dan SNAP berjaya melakar nama sebagai multinational companies.
Bagi antagonists Datuk Raduan, Suzanna, Kenny, Iqbal dan Tan Sri Sabri yang hidup mereka dibelenggu sifat tamak 'matlamat menghalalkan cara' - segala usaha jahat tidak akan membawa kemenangan.
Watak sampingan, Roger dan Edwards tidak wajar terus menuai laba setelah melakukan kekejaman. Kejahatan harus menerima hukuman.
Walaupun kisah ini dibalut dengan unsur cinta, tetapi itu bukan fokus naratifnya.
Namun cinta tetap wujud, sama ada didahulukan atau dikemudiankan.
Bagi Danny ia didahulukan.
Bagi Zuhal ia dikemudiankan.
Danny sanggup meninggalkan organisasi yang disertai dengan penuh semangat dan keghairahan demi bersama Lila.
Zuhal pula berpendirian menyelamatkan syarikat keluarga angkat (ibu saudara) yang bersusah-payah membesarkannya adalah tanggungjawabnya. Merungkai mimpi silam yang menyakitkan harus didahulukan sebelum berhadapan dengan Iman.
Tiada makna kehidupan jika tiada perdamaian.
Tiada yang benar.
Tiada yang salah.
Begitulah kisah JERUNG-JERUNG yang penulis sudah tamatkan.
Mengapa JERUNG-JERUNG?
Mengapa tidak diberi tajuk ala-ala romantika, 'Suamiku Encik Dingin' atau berbunyi ganas 'Dendam' atau dalam Bahasa inggeris, ' I Love Mr Shark' misalnya?
Maaf. Tajuk-tajuk di atas sangat predictable isinya.
Bagi Penulis, tajuk novel mestilah membayangkan fokus novel, tetapi menyimpan misteri isinya, sehingga ia dibaca. Sebab itu tajuk novel ini 'JERUNG-JERUNG' kerana mereka 'actors' utama yang beraksi di dalamnya dari mula hingga akhir. Mereka adalah, pada hakikatnya 'JERUNG' yang berkeliaran dalam pasaran saham, yang melakukan 'tugasan tertentu' mengikut percaturan mereka, demi mempertahankan gelaran 'JERUNG' yang dipakai dengan bangga.
Pendeknya istilah 'JERUNG' bukan semata-mata gambaran sifat ganas atau hanya tempelan.
Tentang pemilihan kenderaan. Mengapa Zuhal memandu Ferrari, Asyraf memandu 4X4 SUV buatan Rusia dan Danny membawa SUV Mitsubishi? Ahli SNAP yang lain juga membawa SUV. Kenapa tidak Mercedes Benz atau BMW 7 Series? Keluarga pula menaiki Vellfire. Tan Sri Adnan pergi ke tempat jauh menaiki helikopter syarikat. Semua itu menunjukkan keperluan mereka, bukan semata-mata nak menunjuk-nunjuk.
Kereta Tan Sri Adnan tidak disebut. Mungkin Mercedes Benz. Mungkin BMW 7 Series. Ahli politik tak kaya pun membawa Mercedes Benz yang dibeli dengan duit rakyat. Justeru, apa jenama kereta Tan Sri Adnan tidak penting sebagai gambaran kekayaannya. Penulis menggambarkannya sebagai tokoh korporat yang kelihatannya ego, tetapi dermawan dan budiman.
Tentang pemilihan senjata. Penulis mendapat nasihat daripada rakan yang bekerja di dalam 'agensi' tentang senjata yang digemari oleh penyangak, professional agents dan penguatkuasa undang-undang.
Pilihan senjata mereka berbeza beb! Bukan boleh main terjah sahaja!
Dalam novel ini tiada siapa yang sempurna.
Dunia korporat sangat ganas. Sifat tamak dan perebutan sumber boleh membawa pembunuhan sesama manusia sejak zaman bahari.
Di samping itu, Penulis berharap penjelasan istilah seperti 'Jerung', 'Mafia', 'Private Military Contractors', Mercenaries, 'Gangsters' dan lain-lain dapat memberi pencerahan kepada yang 'malas' atau kurang teliti dalam membuat kajian sebelum menulis.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata.
Namun, diharap mesej yang cuba Penulis bawa boleh memberi sedikit pengajaran.
GENTLE REMINDER ESPECIALLY TO MYSELF! BE YOURSELF! ACCEPT YOUR INADEQUACIES!
APA-APA KESILAPAN DALAM PENULISAN NOVEL INI ADALAH KERANA KELEMAHAN PENULIS SENDIRI.
MAAF JIKA ADA YANG TERSINGGUNG DENGAN CERITA DALAM NOVEL INI.
Jika suka cerita ini, mungkin anda juga suka baca sequel: DEWI JERUNG. Hero dan Heroin watak lain.
*TAMAT*
*****
YOU ARE READING
JERUNG-JERUNG
Mystery / ThrillerPEMENANG: BEST THRILLER (SILVER AWARD 2020)⚜️ MEJOR SUSPENSO (DE GODEN LIVRE AWARD 2020)⚜️ THE STAR BEST WRITING (ADBT 2020/ 2021)⚜️BEST CHARACTER THRILLER (THE AMINE AWARD 2020) ⚜️THE BEST THRILLER *2 (DREAMHIGH AWARD 2020)⚜️. BLURB: Ini bukan kis...