BAB 24: THE BLACK DRAGON

199 21 1
                                    

LOKASI: DARI RUMAH TETAMU KE JALAN RAYA

WAKTU: SEPANJANG HARI

Berita yang dibawa Komander Imran lebih menserabutkan otak Zuhal.

Menurut siasatan dan intipan kumpulan SSH yang diupah SIU, Suzanna keluar rumah sehari selepas tarikh yang disebut Paulo. Dia tidak pergi ke syarikat pelancongannya. Tetapi yang lebih membimbangkan ialah identiti beberapa orang yang dihubungi Suzanna ketika lawatan syarikat pelancongannya ke luar negara. Mereka didapati ada hubungan dengan penyeludup senjata untuk kegunaan teroris di seluruh dunia. Siasatan sudah diambil alih oleh SIU. 

"Suzanna disyaki menggunakan syarikat pelancongannya untuk kerja-kerja daulah terpendam dengan ejen di luar negara," jelas Komander Imran.

Tembak-menembak yang berlaku di jalan antara Akbar dan penyangak pula sudah masuk fail merah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Maknanya pihak polis sudah terlibat secara mendalam.

"But that is an isolated case, Commander," kata Zuhal.

"Indeed. But I can't tell them that. It will affect SNAP and Adrian."

Zuhal mengangguk.

"I don't want Adrian to fall into the radar of the interpol," tegas Komander Imran.

"But we're already in it," balas Zuhal.

"Yes. That's had something to do with some parts of human's bodies found in some States in South America," jawab Komander Imran, dengan kenyitan mata, "which has raised some unanswered questions."

Zuhal angkat muka. Jerung ni bagi makan pun tak nak habiskan.

"I don't want to know about the sharks," kata Komander Imran. Macam tau-tau saja. Memang tau pun.

Suara ketawa kedengaran di luar. Dia kenal sangat suara lunak itu. Iman sedang bergurau dengan siapa? Mamakah? Dua perempuan yang sangat disayangi Zuhal.

"Kamu kena bawa dia keluar dari sini," kata Komander Imran, seperti dapat membaca apa dalam fikiran Zuhal.

Tok! Tok! Tok!

"Abang, Iman ni . . ."

Patut dia dengar suara tadi amat dekat. Rupanya memang dekat. Zuhal bangun dan membuka pintu. Iman masuk membawa kudapan.

"Eh . . . Kenapa Iman yang hantar? Mana pergi pekerja?" soal Zuhal.

"Saja . . ." Itu jawapan ringkas Iman. Hanya pandangan matanya yang menghantar mesej: Iman rindu.

Komander Imran memandang Iman sambil tersenyum. Patutlah Zuhal tak karuan dibuatnya. Mujur aku dah kahwin.

Siapa kata lelaki umur 40an tak miang? Mungkin badannya setia kepada isteri, tetapi mata dan hatinya tetap merewang-rewang ke tempat lain.

Iman letak jug kaca berisi air fresh orange dengan berhati-hati. Baklava tersusun cantik di letak di atas piring.

"Wow! Boleh potong kaki ni," gurau Komander Imran.

Sepotong baklava sudah masuk ke dalam mulutnya.

"Malam tadi uncle Azem ajar Mak Teh buat. So, ini hasilnya."

Mak Teh sudah hampir 30 tahun menjadi tukang masak keluarga itu.

Wah! Iman dah panggil Azem 'uncle.' Bila mula ni? Bersungguh-sungguh nampaknya Azem mengorat Mak Su. Kenapa aku tak tahu? Zuhal senyum sambil melayan fikirannya.

"Did I missed something?" soal Komander Imran. Senyuman yang jarang keluar dari wajah kelatnya dipamerkan. Dia pun manusia biasa juga.

"Ada seorang nak jadi permanent resident di Malaysia," jawab Zuhal.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now