BAB 42: BAPA MENTUA MAFIA

181 19 3
                                    

Bab ini banyak interaksi dalam bahasa Inggeris!

LOKASI: BEBERAPA TEMPAT - DARI BELUM KE KUALA LUMPUR

WAKTU: SIANG

"Kita kena cepat," kata Akbar sambil berjalan pantas keluar dari rumah agam Asyraf. Dia kelihatan sudah lengkap berpakaian, siap dengan baju kalis peluru.

Mereka berdua sudah sedia mahu meloloskan badan ke dalam Ferrari Zuhal yang diparkir di situ, apabila ditegur satu suara.

"Naik SUV ni, ada beberapa orang nak ikut."

Zuhal menoleh ke arah suara itu. Tiga lelaki muncul dari bayang-bayang kegelapan hujung malam sebelum fajar menyingsing.

Azem, Ruslan dan Danny.

Zuhal terpaku.

"Cepat masuk," tegas Ruslan yang sudah melompat ke tempat pemandu.

Mereka menaiki SUV.

"Like the good old days huh?" kata Azem sambil tersenyum.

Zuhal masih terpinga-pinga dan curiga, "Tapi . . ."

"Mama suruh kitorang ikut," jelas Danny.

Zuhal sedikit keliru. "Mama . . .?"

"Ya . . . Cepatlah," kata Akbar, "Iskandar dah jauh ke depan."

"Tak usah risau," balas Ruslan. "Kita singgah di KK, solat subuh. Breakfast . . ."

"Mana sempat?" Zuhal memprotes.

"Di sana ada helikopter menunggu. Kita boleh pintas Iskandar," jelas Danny, tenang.

"Mana kita ada helikopter?" soal Akbar. Dia paling kurang bersuara kalau ada rakan senior bersama.

"SLY ada," jawab Danny selamba.

Zuhal tepuk dahi. Ya tak ya. Kalau Mama sudah beri arahan, maknanya 'Big Bos' kena bersetuju. Dia berasa lega. Backpack digalas. Didalamnya ada dokumen penting.

"Aku dah letak pepijat pada kereta Iskandar," ujar Ruslan, tanpa ditanya. Ruslan pakar letak pepijat pada sasaran yang bergerak. Zuhal pakar untuk bangunan.

"Jadi, di mana kita nak serbu dia? Kalau di jalan bahaya kepada pengguna jalan raya," soal Zuhal.

Misi ini memang terkejut beruk sahaja. Tidak sempat menyusun strategi. Selepas Zuhal nampak Iskandar meninggalkan rumah agam itu, Akbar menghubunginya. Katanya mereka mesti ikut Iskandar. Dia sempat mandi wajib sahaja. Tak sempat peluk cium dan ucap selamat tinggal kepada isteri yang masih dibuai mimpi.

"Kita serbu di tempat dia turunkan Farooq," jawab Azem.

"Hotel?" soal Zuhal.

"Hotel Seri Wangi," jawab Danny sambil tangannya menserabutkan rambut Zuhal yang masih basah. Zuhal tepis tangan Danny.

Ketiga-tiga rakannya ketawa.

"Orang baru kahwin . . ." Sempat Danny mengusik.

"Itu Hotel kawan Papa Adnan," kata Zuhal tanpa mempedulikan usikan kawan-kawannya.

"Kita turun di sana jer," jelas Ruslan sambil menekan pedal.

Seperti biasa, apabila Ruslan memandu, SUV pun boleh 'terbang'. Jangankan mat rempit, ahli stunt profesional Hollywood pun boleh kalah. Mereka relaks sahaja solat subuh di masjid KK, dan sarapan. Jam 9.00 pagi helikopter yang dipandu Asri, Bodyguard Tan Sri Adnan tiba. 

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now