BAB 19: DIARI IMAN - SEDIH

208 20 1
                                    

LOKASI: TERATAK MARIAH, ELITE HEIGHTS

WAKTU: ANTARA PAGI HINGGA DINIHARI

Malam itu Iman menulis diari. Hatinya tergerak untuk menulisnya. Dia menulis tentang cinta hatinya, tentang sahabat karibnya, tentang benci yang bersalut rindu kepada ibu bapanya . . .

*****

Aku memang tak tulis diari. Tapi pada malam selepas aku bertunang, aku buat catatan apa yang penting buatku.

Sebab apa?

Sebab aku tak mahu melupakan saat bersejarah ini. Kesedihan di tinta kegembiraan.

Mula-mula mengenai tunang aku, Zuhal Amir Bakhtiar.

Dia seorang enigma.

Aku seperti baru mengenalinya selepas 10 tahun berpisah.

Dia bawa aku mengenali Dewi Arum. Dia kenalkan aku kepada bunga seroja. Aku tidak pernah peduli tentang itu semua.

Rupanya ada sebuah lagu mengenainya.

Lagu itu bukan generasi aku. Mungkin generasi Papa dan Mama atau Opah Kamariah..

Aku perhatikan liriknya - macam menyindir aku pula.

Rupa yang elok dimanja, jangan dimanja.

Lalu aku terpaksa muhasabah diri tentang pertunangan aku dengan Abang Zuhal. Terus terang sebelum ini aku memang tak setuju untuk bertunang dengan Abang Zuhal. Bukan aku tak sayang dia. Bukan tak cinta dia. Tapi aku tak percaya dia sayang aku. Jauh sekali cintakan aku.

Perbezaan usia kami - 8 tahun . . .

Tetapi bukan perbezaan usia itu yang menjadi persoalannya. Aku belum pernah mengundi pun. Sedangkan Abang Zuhal pula sudah melihat satu dunia.

Tak adil bukan?

Dewi Arum mengorbankan dirinya demi rakyat negaranya. Mampukah aku berbuat begitu? Bukan untuk Negara tapi untuk orang yang aku sayangi . . .

Abang Zuhal kenalkan aku kepada Dewi Arum. Sebuah dongeng sedih bersemi harapan. Adakah dia jiwang?

Aku langsung tak nampak ciri-ciri jiwangnya.

Apa yang aku nampak, ketika aku menyelinap ke dalam biliknya, dia keluarkan pistol. Dia sudah bersedia untuk menembak aku. Lantas di mana jiwangnya? Dia seperti sudah biasa menggunakan senjata api.

Sungguh. Aku memang terkejut dan takut ketika itu. Kenapa dia ada pistol? Kenapa dia ke sana ke sini membawa Azem yang terselit Walther PPS di pinggangnya?

Abang Zuhal di luar negara kerja apa sebenarnya?

Aku yakin dia bukan teroris. Kalau teroris tentu wajahnya sudah lama terpampang di dada media. Tetapi tiada langsung maklumat tentang dirinya di dalam internet. Dia tiada Facebook, tiada Instagram dan tiada Twitter. Sangat sedikit maklumat tentang modal insan di laman rasmi SNAP. Hanya ada wajah Adrian Vasile dan Veronica Zimmermann, modal sosial, dan kejayaan mereka dalam membina sistem keselamatan data di beberapa syarikat Fortune 500.

Masa pertunangan aku, Pak Lang Asyraf mewakili Abang Zuhal meminang aku. Dia datang dengan Opah Kamariah. Dan Opah Kamariah yang menyarung cincin tunang di jariku.

Aku temui Abang Zuhal masa resepsi. Dia nampak tersangat ceria. Seperti ada perubahan 180 darjah! Dia turut ketawa bersama pengurusan atasan syarikat dan konco-konco mereka. Aku diperkenalkan kepada mereka. Aku tahu mereka jerung-jerung korporat dan ada setengahnya keparat. 

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now